Dari Saudagar Nanas Agromfarm, kami ke Kompleks Nasyrul Quran.
Pages
Friday, November 21, 2025
Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya
Labels:
Jalan2
Thursday, November 20, 2025
Saudagar Nanas Agrofarm
Ayah suggest singgah rumah Cik Ami di Kajang. Tapi sebelum tu nak jalan² ke beberapa tempat.
Ibu ada baca di blog Ezna Khalili sebelum ni, itu yang teringat tempat ni dan datang sini. Tq Ezna share tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya. Nanti bila-bila kami pergi Beryl's pula.
Labels:
Jalan2
Walimatul Urus Aiman & Dalili
Sabtu 1/11/2025
Ibu ayah hadiri majlis resepsi anak Uncle Azhar dan Aunty Meeza di Bizmila Event Hall, Putrajaya. Mereka berdua classmate matriks ibu.
Semoga sakinah, mawaddah warrahmah buat anakanda berdua.
Labels:
Friends
Wednesday, November 19, 2025
Gift Dari Nureen
Nureen staf dari Business Development Dept last day minggu lepas.
After office jumpa ibu bagi hadiah berupa inhaler/nasal relief dan coklat berserta note dan mini kalendar.
WHEN THEY SAYS "URGENT YA"
😂😂😂😂😂
kihkih.... boleh relate!
Terima kasih Nureen.
Selamat maju jaya di tempat baharu.
Semoga terus sukses dalam kerjaya.
Labels:
Kawan-kawan
Tuesday, November 18, 2025
Makan Malam Laksa Goreng
Sedap rupanya laksa goreng ni🤭
Balance laksa semalam. Rebus sekeping laksa kering, banyak rupanya bila dah rebus.
Takkan nak makan asam laksa lagi walau ada lagi kuah frozen. Tu yang terfikir nak goreng. Bila google.... laaaa... melambak resepinya. Rupanya orang dah biasa goreng laksa 😄
Bubuh crabstick dan telur je. Malas nak defrost haiwan. Masukkan sebatang carrot yang dah hampir layu. Taugeh bubuh banyak sebab suka.
Labels:
Main masak2,
Makan2
Misi Kak Widad Mencari Kuih Lompat Tikam
Jumaat 12.30 pm, 14/11/2025 Kak Widad bersama Atiqah, Eisya dan Auni ke Kota Bharu. Drive dua buah kereta kerana Atiqah akan ke rumah saudaranya dahulu. Perginya semalam je tapi segala maknenek nak dibawa huhu...
Haiwan kanan tu kepunyaan Kak Widad.
Ibu kata... apa lah yang dimakan kalau begini. Makanlah proper sikit.
Lauk sayur banyak dah habis.. jadi makan apa yang ada je sebab dah lapar.
Innap, Kota Bharu
Penginapan semalam di Kota Bharu.
Around jam 3 sampai setelah berhenti makan dan recharge.
Ini lah yang dicari... Kuih Lompat Tikam.
Pasar Berek 12, adalah pasar yang memang dikenali oleh penduduk sekitar Kota Bharu hatta seluruh penduduk Kelantan. Pasar Berek 12 menjadi tumpuan penduduk sekitar Kota Bharu, terutama yang tinggil di sebelah timur bandar Kota Bharu.
Deluxe Room, RM120
Namun ayah dapat RM100 je semalam sebab tempat ni kepunyaan family Uncle Epu.
Kak Widad kongsi bayar dengan kawab-kawan.
AEON Mall, Kota Bharu
Rehat sekejap kemudian keluar jalan-jalan kat dalam AEON Mall.
Dah pandai Kak Widad minum. Sebelum ni jarang nak minum air gini.
Katanya terjebak dengan kawan 😁 ... mereka siap ada apps untuk beli dan dapatkan point. Pujuk-pujuk Kak Widad untuk download apps juga.
Korean chicken rasanya ni.. Nampak pun pedas.
Malam kawan-kawan Kak Widad keluar lagi tapi dia tidur. Letih katanya.
Pasar Berek 12
Kak Widad kata viral.
Ibu cakap ada je kat sini, ibu pernah beli sekali.
Katanya tak ori... nak yang dari Kelantan.
Nak yang dijual kat Pasar Berek.
hurmmm.. ye lah.. ye lah..
Jap... jap... baru ibu perasan.
Cantiknya cincin dan gelang tangan yang makcik ni pakai.
arghhh... jiwa kacau dibuatnya 😆😆
Kak Widad beritahu masa dia sampai tu makcik yang jual ni tak sampai lagi tapi orang dah berbaris menunggu nak beli.
Fuhhh.. punyalah viral sampai begitu sekali.
Camni rupanya sebelum dipotong-potong.
Kuih lompat tikam adalah kuih tradisional dari Pantai Timur Malaysia yang diperbuat daripada tiga komponen: lapisan tepung pandan hijau, lapisan santan pekat putih, dan kuah gula kabung (air nise) yang manis. Teksturnya lembut dan rasanya lemak manis, dan ia popular di Pahang, Kelantan, dan Terengganu.
Besar juga tengok dari luar. Nampak moden.
Sebungkus ni RM1 je.
Beli satu... Kak Widad kata nak hilangkan craving.
Berbaloi beratur. Sedap.
Lepas beli kuih tu masuk hotel semula untuk bersiap-siap ke kenduri doa selamat rumah keluarga Atiqah di Kota Bharu.
Sedap betul tengok menu begini.
Sedap betul tengok menu begini.
Mee Celup Lanun Toyol
Sebelum balik ke Besut, mereka singgah dulu di Mee Celup Lanun Toyol yang terletak di Jalan Pasar, 16300 Bachok, Kelantan
Bukan nak makan pun tapi nak beli dessert yang dijual oleh vendor.
Jam 4 lebih baru mereka sampai ke rumah sewa.
Penat juga Kak Widad kata... kalau ikut, drive dari Kota Bharu ke Besut mengambil masa 1 jam je (55km) tapi kenderaan banyak atas jalan raya.
Malam sempatlah study untuk test Ethics keesokan harinya.
Labels:
Anak2
Monday, November 17, 2025
Warong Manggis
Cerita dinner 12/11/2025
Ayah ajak cafe/warung hunting. Lepas solat Maghrib kita keluar.
Kali ni ke Warong Manggis yang terletak di Kampung Budiman.
Labels:
Family/Friends
Sunday, November 16, 2025
Lata Kolam Air Deru, Ecopark Jerteh
Lata Kolam Air Deru Ecopark
Alamat: 5048B, Jalan Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Negeri Terengganu, Malaysia.
Ia berada dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu (Hulu Besut) di Terengganu.
Labels:
Anak2
Osaka, Japan 2025 : Penerbangan Pulang KIX - SGN - KUL
Vietnam Airlines sudah sedia bawa kami pulang... connecting flight ke Saigon (Ho Chi Minh) dulu baru pulang ke KUL.
Selagi belum keluar dari Japan, jom lah tengok-tengok apa yang ada di terminal ini.
Selagi belum keluar dari Japan, jom lah tengok-tengok apa yang ada di terminal ini.
Labels:
Jalan2
Jom Sarapan
Mood rajin sikit hari ni 😆
Ada cekodok pisang, nasi goreng dan telur separuh masak. Ada leftover nasi walau masak satu pot je. Pagi ni gorengkan je. Bila campur 2 biji telur + buncis + kacang panjang jadi banyak.
Labels:
Main masak2,
Makan2
Osaka, Japan 2025 : Sarapan Ramen Di Kansai International Airport (KIX)
Day 4️⃣ : 20.10.2025 Monday
5:35 am : at lobby
6:00 am : Airport
10:00 am : ✈️ to Malaysia
06.25 pm : Arrived
Hari terakhir di Japan.
sob sob 😪😪🤧🤧
Sampai dah di Terminal 1 KIX.. dalam van tadi semua melayan perasaan.
Labels:
Jalan2
Saturday, November 15, 2025
Cerita Wafi
Haaa.. lepas seminggu baru call. Last week dok busy exam. Semalam baru call itupun sekejap, macam just say hello.. hai 😁. Hari ni call semula lama sikit.. itupun nak minta sedikit info. Juga dok bagitau risau pasal result exam esok yang akan diterima.
Tak apalah Wafi... terima je lah apa yang dapat. Usaha, doa dan tawakkal pada Allah.
Ni gambar² yang Wafi share beberapa minggu lepas.
Jamuan Laksamana 2025
22/10/2025
Gambar-gambar sebelum masuk dewan makan.
Labels:
Anak2
Osaka, Japan 2025 : Cari Ole-ole Di Don Quijote dan Singgah Supermarket Tamade
Dari USJ kami singgah Don Quijote (Donki) dulu sebelum cari makan. Ingat nak cari buah tangan sikit.
Labels:
Jalan2
Keluar Peluh
Hari ni paksa diri juga keluar rumah briskwalk. Ni dah selesai jadi duduk kat pangkin bawah pokok. Keringkan peluh dulu.
Sambil tu sempat blogwalking 1-2 blog.
Labels:
Family
Osaka, Japan 2025 : Makan Tengahari Di Halal Namba Ramen
Cik Fatin ajak makan di Halal Namba Ramen. Kedai makan ni berhampiran dengan hotel. Tapi kami dari Don Quijote (Donki) jadi jauh juga nak menapak.
Labels:
Jalan2
Friday, November 14, 2025
Osaka, Japan 2025 : Universal Studio Japan (USJ) - Part 2
Keluar dari Harry Porter, jalan-jalan ke tempat lain. Itu pun banyak yang skip. Besar betul taman tema USJ ni.
Masuk Jurassic Park.
Labels:
Jalan2
Bukit Bubus, Besut
Ini cerita hiking Kak Widad bersama roomate pada 20/10/2025
Post gambar kat grup jam 7.26 pagi.
Bukit Bubus terletak di daerah Besut, Terengganu. Sebuah bukit dengan panorama Laut China Selatan dan Pulau Perhentian dan Pulau Rhu di hadapan.
Bukit Bubus terletak di daerah Besut, Terengganu. Sebuah bukit dengan panorama Laut China Selatan dan Pulau Perhentian dan Pulau Rhu di hadapan.
Labels:
Anak2
Thursday, November 13, 2025
Osaka, Japan 2025 : Universal Studio Japan (USJ) - Part 1
Day 3️⃣ : 19.10.2025 Sunday
6:30 am : at lobby
6:35 am : Tour USJ by train
5.00 pm : Go home
Free & easy
Labels:
Jalan2
Ulang Tahun Kami
Satu tahun lagi penuh kasih, suka, duka dan tawa 🤍
Bersama-sama si kecil yang semakin membesar 😁
Alhamdulillah & Happy Anniversary to us 💕
Semoga sentiasa dalam kasih sayangNya.
Labels:
Family
Wednesday, November 12, 2025
Osaka, Japan 2025 : Jalan² Di Shinsaibashi dan Dotonbori Di Waktu Malam
Balik dari Kyoto, pemandu van menurunkan kami di area Dotonbori. Masa ni baru jam 4.15 pm. Dia ingatkan kena tunggu sebab van dah chartered hingga jam 6 pm. Happylah dia sebab boleh balik awal heheh... kami pun taknaklah naik van sebab nak jalan² dan shopping, nanti rushing pula sebab ada yang menunggu. Lebih baik balik ke hotel menaiki tren sahaja.
Hari mula gelap jadi banyaklah lampu² neon yang sudah dipasang. Tak jalan sampai ke hujung pun sebab kita dah target kedai mana nak masuk. Tak larat dah nak mengukur jalan.
Restoren Ketam gergasi Kani Doraku.
Labels:
Jalan2
Abang Rahimi Ke Pulau Redang
Biasa asyik cerita pasal Wafi je... si sulung ni kena masuk lah juga dalam blog.
Walaupun kadang-kala... alaaa bu.... janganlah... malu....
Ini cerita 24/10/2025 Abang Imi ke Pulau Redang dengan kawan-kawan sekolah rendah.
3 orang kawan dari Selangor singgah ke Kuala Terengganu bercuti dulu sebelum sama-sama ke Kota Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Labels:
Anak2
Tuesday, November 11, 2025
Osaka, Japan 2025 : Fushimi Inari Shrine, Kyoto
Fushimi Inari Shrine di Kyoto terkenal dengan ribuan torii merah yang membentuk laluan menuju Gunung Inari, didedikasikan kepada dewa pertanian dan rezeki, Inari Okami.
Labels:
Jalan2
Monday, November 10, 2025
Osaka, Japan 2025 : Makan Tengahari Di Yoshiya Oku No Niwa , Arashiyama, Kyoto
Dari bamboo grove tadi kena patah balik ke tempat parking.
Restoren yang kita nak masuk tu in between je.
Nengok gambar aiskrim ni menarik betul. Tapi tengok je laaaa.....
Labels:
Jalan2
Sunday, November 9, 2025
Ahad Yang Tak Jadi Hujan
Hari ni seharian memang nak duduk rumah je. Semalam Sabtu ibu masuk ofis setengah hari. Sambung kerja closing dan budget. Boleh je buat kerja kat rumah tapi memandangkan anak² buah nak masuk ofis ibu pun join sekali. Bila kerja waktu cuti di ofis ni bolehlah claim replacement leave nanti. Nak masuk ofis masa cuti kalau rumah dekat berbaloi walau kerja setengah hari tapi kalau jauh pada ibu tidak sesuai melainkan kerja sampai petang.
Labels:
Makan2
Subscribe to:
Comments (Atom)
















































