Dari Saudagar Nanas Agromfarm, kami ke Kompleks Nasyrul Quran.
Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya merupakan Pusat Pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah. ‘Nasyrul Quran’ diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘Penyebaran al-Quran’. Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dengan 70 peratus untuk kegunaan domestik manakala selebihnya boleh diwakafkan kepada negara lain yang memerlukannya. Kompleks ini juga mempunyai galeri pameran, ruang latihan kemahiran, bilik mesyuarat, surau, kafeteria, galeri melihat proses percetakan, dan pejabat pentadbiran dan pengurusan.
Antara buku-buku yang dijual.
Ibu ada beli sebiji fridge magnet di sini.
Gambar masjid merah tu Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa, Pulau Pangkor
Mini Mimbar antara pameran yang disediakan.
Mozek dengan corak geometri.
Perkataan 'mushaf' berasal daripada bahasa Arab, merujuk kepada 'lembaran-lembaran yang disatukan'
Pameran Pedang Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Laluan ni macam jambatan ke galeri percetakan.Kalau tengok kiri ke luar nampak Balai Bomba Prescint 14.
Pintu masuk ke ruang taklimat dan percetakan.
Masa kami masuk Tuan Haji Ustaz Roslan sedang memberi taklimat kepada pengunjung yang datang. Joinlah sekali walau bukan dari mula.
Taklimat dari Tuan Haji Ustaz berkenaan pembuatan Al-Quran dari awal hingga akhir.Bagaimana proses menulis, menyemak, menjilid dan sebagainya.
Sempat lagi ustaz menyelitkan tazkirah masa taklimat.
Lepas taklimat kami berpeluang menyaksikan bagaimana proses percetakan/production dilakukan. Tempat mencetak ni di bahagian bawah, kiranya kami tengok ni dari sebelah bilik taklimat. Ada pintu dari situ.
SUDAH BACA QURAN HARI INI?
Ustaz sedang menunjukkan tulisan yang betul dan salah. Even tanda bacaan pun ada yang boleh membuatkan ianya ralat. Contoh saiz tanda bacaan tak cukup panjang atau mempunyai bentuk yang berbeza.
Buat Aqad Waqaf beramai-ramai.. Alhamdulillah atas izinNya.
Keluar dari Galeri Percetakan, setiap pengunjung diberikan sebuah buku Surah Yasin. Ada few design, ibu ambil yang ini.
Kami keluar jam 5 pm namun dalam kompleks masih ada lagi pengunjung. Dibuka setiap hari 9 am - 5 pm kecuali hari Ahad.
No comments:
Post a Comment