Destinasi yang kita nak pergi adalah Osaka Museum of Housing and Living terletak di kawasan Tenjinbashi, Daerah Kita, Osaka, Jepun.
Dari Shinsaibashi Station ke Osaka Museum of Housing and Living, turun di Tenjimbashisuji Station. Perjalanan hanya sekitar 16 minit sahaja.
Muzium ni dalam bangunan, kiranya turun stesen dah boleh nampak laluan dan lift ke muzium. Naik ke tingkat 8.
Di sini boleh sewa kimono/yukata tapi kami tak nak lah sebab rasa badan berlengas. Kalau dapat mandi memang sedap. Beg boleh tinggalkan dalam locker secara percuma yang pihak muzium sediakan.
Jom masuk.
Pandangan dari bumbung rumah.
Jom masuk.
Masuk kat sini.
Boleh masuk kat rumah-rumah di kiri kanan. Setiap rumah disambung ke bahagian lain pula.
Beginilah kehidupan di zaman Edo.
ehh.. tiba-tiba teringat cerita Oshin.
Antara ruangan dalam rumah.
Ibu tak banyak ambil gambar dalam muzium ni. Hanya melihat-lihat di sekeliling sahaja dan membaca info yang ditulis.
Ke SMEG ambil ilham dari ini?
Dulu rumah atuk ada TV camni. Ada pintu boleh tutup dan buka.
Rasa ini je lah gambar-gambar yang ada. Betul-betul exhausted hehe.. orang lain relax je jalan-jalan dalam ni.
Jam 3.40 pm gerak ke tempat lain.
" Please, cooperate in lining up to ride"
Sila Beratur 😁
Dari Tenjinbashi terus ke Station Shin-Imamiya.
Singgah dulu ke Maruhan Mall.

















senibina bandar dan rumah Jepun antara yang unik di dunia , kan. Ia ada identitinya yang tersendiri .
ReplyDeletehaaa.. betul kak.. dia ada identiti sendiri. Kecil tanpa banyak perabot. Lebih praktikal.
DeleteMenariklah muzium ni... Dulu² meja kerusi kayu kan. Habis kelas cikgu suruh kemas kelas kena angkat kerusi letak atas meja adoi berat la 😅
ReplyDeleteSenang nak sapu bawah meja.
DeleteBila naik kelas, kadang dapat kerusi goyang-goyang.. cepat-cepat tukar ambik dari meja orang lain 😆
menariknya muzium ni. siap ada rumah real n boleh jalan2 dalam tu. dah macam set filem pulak :D
ReplyDeleteBetul.. macam set filem. Ada rumah.. ada kedai.
DeleteCerita Oshin menggamit memori. Maklumlah dulu bukan banyak drama, bolehlah fokus menonton.
ReplyDeletehehehe... jadi pioneer drama Jepun masa tu.
Deleteye la teringat citer oshin....best citer tu..kalau nak tengokbalik kena cari kat Youtube..
ReplyDeleteMasa kecik gebu betul pipi dia.
DeletePenah tak peha terkepit masa duduk kat kosi? Masa sekolah rendah ammi pakai pinafore tu jd selaluuuu je tersepit peha.
ReplyDeletehahhaha.... adoiii.. dia ada jarak eh papan duduk tu.. Ingatkan rapat-rapat.
Delete