Pages

Monday, December 30, 2013

Berjimba2 di malam Isnin

Ahad malam 22.12.13, bersama ummi, izzatun, nenek dan cik fatin, kami berjimba2 di Setia City Mall.
Almaklumlah... esoknya kan ibu dan ayah cuti.
Sesaja tengok lampu.
Dapatkan belon dari penyanyi2 lagu krismas.
Main2 sekejap lepas tu baru perasan dan baca yang belon tu dari chapel. Maka hapuskan jer lah sebab menyeramkan pulak wording GIFT tu.

Nenek marah sebab kami ambik gambar kat pokok krismas.

Lepas tu gi ngeteh laa kat mamak.
Roti tisu yang panjang. Makan memang tak kenyang la... untuk ratah2 jer.

 Tosai juga jadi pilihan.




Sunday, December 29, 2013

Kamsahamida!

Ole-ole dari Korea yuuuu.....
Daripada pak usu diorang ni lah.
Ada program U kat sana.
Hamboiiii pak su.... siap gambar dengan awek Korea nampak,

Ni Wafi punya. Sebenarnya ada sepasang. Yang pompuan tak ambik plak.
Bila dapat jer.. dia cakap... Korea.
hihihi.... tau jer... tengok baju kot.
Terus dia Wafi suruh gantung kat handphone ibu.

Ibu ngan ayah dapat T-shirt.
Tapi ayah cakap dua2 bagi ibu..
ohhhh.... i like!

Thank you pak su.....mmuahhhh

Thursday, December 26, 2013

Lawatan ke Zoo Negara juga 3 destinasi yang lain

Dah beberapa minggu Wafi dok sebut nak pergi zoo.
Katanya nak tengok tiger, lion, katak, kucing?????

Makanya hari Sabtu lepas menuju lah kami ke Zoo Negara.
Sebelum tu singgah di Batu Caves.
Melihat kejahilan mereka membuat tuhan sendiri.
 Ni di Batu Caves. Tak nak letak arr gambar patung jahil tu.


Dalam tasik ni banyak spesis ikan.


Sampai di zoo lebih kurang jam 10.00 am.
Tiket masuk RM30 dewasa dan RM10 kanak-kanak.
Tram RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak.
Waktu lawatan 9.00 am - 5.00 pm.
Animal show 11 am dan 3 pm.


Bird show. Ringgo & Koko.


Anjing laut, Bard & Zombie.


Di depan signboard cerita "Pada Zaman Dahulu"

Kat area orang utan. 1/2 jam lebih di sini sebab Wafi syok dok perati orang utan.
Katanya orang utan hands up, hands stay, hands stay, hands down.


Wafi suka dan teruja sangat.
Pergi tempat gajah dan zirafah 2 kali.
Sambil tengok, sambil nyanyi..
Lagu gajah dan zirafah yang dipelajari di sekolah.
Suka sangat tengok dia happy.

2.30 pm bertolak balik.
Singgah solat di masjid UIA.
Makan2 lagi kat kafe situ.
Yang seronok, duit lunch nenek sponsor hihi..

Sebelum sampai rumah atuk, singgah dulu UITM Puncak Alam.
Sesaja pusing2.
Bagi semangat Kawi dan Izzatun.

Gambar adalah sikit sebab sd card rosak.
Adalah yang Shohari Clan upload dari wassap.
Huhuhu... sakit hati bila satu hari punya gambar hilang begitu sahaja.

Pasrah... Redha.....

Wednesday, December 25, 2013

Ulangtahun kelahiran nenek yang ke 64.

25hb... tarikh kelahiran nenek.
Tahun lepas buat outdoor makan2.
Tahun ni buat kat rumah nenek & atuk jer lah..

Ramai rakyat tahun ni since keluarga ummi pun ada.
Since kita buat lunch adalah sambal tempoyak, sambal belacan, ulam-ulaman & sotong sambal.
Cik Elis sediakan kari, Cik Cha ayam panggang dan ibu buat Snow Cheese Cake dan juga Shephard Pie.

Selamat Hari Lahir, nenek.
Semoga sentiasa di bawah lindungaNya.

Wednesday, December 18, 2013

Kenapa ibu tak suka cuti lama2 :(

Sabtu last week alternate hari bekerja 1/2 hari.
Ibu ambik cuti since perancangan nak ke Alumni Sekolah Teknik Ipoh Batch 89-90.
Adalah diorang nak gather2 sekali ngan cikgu2. Buat pun di Hotel Seri Malaysia Ipoh.
Tak dapat join kali ni sebab ayah kena jaga student intake pada hari Ahad.
Jadinya membeli hp la di kiosk kat Giant Klang Sentral nu..
Lunch di Kompleks PKNS.
Lepas tu ke Muzium Negeri Shah Alam.
Asar di Masjid Negeri pula.

Ahadnya melepak la di rumah.
Petang shopping barang dapur di Tesco, Puncak Alam.

Isnin padat.
Beli buku2 sekolah, baju sekolah Kawi dan kemudian tukar sim card di Bukit Tinggi dan kena pegi plak ke Bandar Baru Klang since ic number sebelum ni salah register. ggrrrrrrr
Petang tu terus ke dentist sebab pain killer dah takmo jalan.
Geraham kena cabut, dah takleh selamat. Sekali ngan gigi hujung ggrrrrr...
Terbang lagi RM200.

Selasa dapat mc.
Sakit masih bersisa. Telan je lah pain killer.

Pagi ni, Rabu masuk kerja sakit hati tengok e-mail berderet2.
Sangat stressss hari ni yerrr....


Sunday, December 15, 2013

1st update from Samsung Core.... :)

Alhamdulillah... dah beli hp baru.
Hoyayyyyy.....(macam budak kecik plak)
Tapi sim lama x leh fix plak. Nak kena pegi celcom centre la plak utk dapatkan sim baru n maintain no. lama.
Ni yang malas nak menghala ke bukit tinggi tu.

Mebi esok la pegi since ibu ambik cuti untuk beli keperluan sekolsh kakak Widad.
1st pic taken using the phone. Bole laaaa...

Friday, December 13, 2013

Tragis & Najis :-(

Kesian.....
Sekarang ibu takde handphone 'pintar'.
Pinjam Bami punya, Nokia yang baling otai huhu...
Janji boleh call in call out.

Biasa sebelum tidur hp ibu letak atas katil atas.
Beberapa hari lepas, ibu tidur awal dan Wafi guna hp layan youtube rasanya.
Jam 5 pagi, Wafi kejutkan ibu sebab dah terkencing atas tilam.
Bukan satu tempat tapi dua
Huwaaaaa.... jenuh nak cuci.

Time tu laa cari hp, rupanya bawah bantal dan bantal tu tutup kencing  Wafi.
Maksudnya hp ibu tu telah terkena kencing Wafi dari jam berapa ntah.
Terendam gitu lah gamaknya.

Buka semua bateri, sim bagai... kasi kering.
Luckily sim card boleh guna lagi, tapi hp tu hurrrmmmm....

Mati kutu takleh online.. Dahlah broadband tak bayar lagi.
Kena cari juga lahh...
duit... duit...
Dahlah bulan ni nak bayar school fees, baju sekolah bagai
sob sob....

Monday, December 9, 2013

Family Getaway & Birthday Treat untuk Kawi.

Suka lah Wafi ni kalau cakap nak keluar jenjalan.
Family gathering di Wangsa Bowl, Setia City Mall.

Lepas main bowling dengan keluarga Cik Amie, Cik Baya dan Cik Cha, main2 dulu kat dalam SCM juga.

 Tenggelam Wafi nih.
 One happy baby!
 Golek2... pusing-pusing.
Lepas tu Kawi pulak nak main games. Ok lah... birthday treats untuk kakak.
01.12.2013
Jadi kakak yang jaga adik dan abang yer.
11 tahun... Lagi sebulan 12 tahun.
Lahir hujung tahun gitu lerrr.....

Monday, December 2, 2013

Majlis pernikahan sepupu ibu.


Majlis pernikahan cousin ibu di masjid Puchong Perdana.
Sahar & Gie.

Mula2, elok lah bersimpuh ayu.

Pengantin dan ahli keluarga.

Ajar Wafi untuk bersedekah (bagi tujuan membina lif masjid).

Cantik masjid ni. Belakang ada tasik. Cuma tinggi dak panjat tangga lah.
Nenek gitu lah kalau diajak bergambar, susah nak senyum :)

Sunday, December 1, 2013

Song : The wheels on the bus go round and round





Lagu ni Wafi ada dengar kat Youtube.
Bila ibu tunjuk buku ni dan nyanyi sket, terus nak beli.
Ada gambar binatang seperti gajah, hippo, zirafah, singa, burung dsb.
Tu yang dia suka.
Bawak gi school sebab nak tunjuk kat kawan2.

Sekarang ada promo 20% kat MPH, SCM sempena cuti sekolah.
Kat MPH lain pun ada rasanya.

Saturday, November 30, 2013

Lamanya tak berbowling...

Ni Selasa lepas, kami gi bowling kat Wangsa Bowl, Setia City Mall.
Ibu purposely cuti sebab nak bawak anak2 berjalan.
Ajak Cik Patin sekali, boleh tengok2 kan Wafi.

Score ibu boleh lah... boleh lah.
Dah lama tak main pun.

Buat apa tu cik tin. Cubit Wafi yer?

Dora jangan tertinggal sudah.

Gambar gegar la Cik Tin. Apa ni!

Lepas main, lapar lah pulak. Big Apple lah jawabnya since anak2 dok menyebut nak makan kat situ.
1st round, ambik Donashi, sebelum balik tapau donut 12 ketul.
 
Ini saya punya tau!
Kalau ada 5, 5 ketul Wafi boleh makan.

Lepas tu lepak-lepak sekejap depan Daiso.

Wafi yang malam 2 kali jaga sebab nak ikut main bowling.
Jangan tinggal kita tau!
Dok pesan yang tu jer.

Bila ditanya kenapa tak main bowling, "bola tu keras lah"
hahaha....
dia dok pegang2 jer.

Friday, November 29, 2013

Another Bundle of Joy

Tahniah pada Cik Nora & Cik Otin di atas kelahiran baby yang kedua.
Wahhhh... Syafiq Danish dah jadi abang lah.

So, tak boleh letak nama baby kat sini lah sebab nama pun tak confirm lagi kan.
Semoga Syafiq Junior menjadi anak yang soleh dan Syafiq Senior jadi abang yang baik.
Jangan cubit baby tau hihihi...
(apa punya pesanan laaa)

Wednesday, November 27, 2013

Tadika/Taska Pintar Sayang

16.11.2013
Majlis Graduasi 6 tahun, Tadika Pintar Sayang.
Anak2 Nurseri Pintar Sayang pun ada buat persembahan.
Wafi join dengan anak2 4 tahun.
Otw ke SRA Bukit Kapar Barat, majlis diadakan.
Turun dari kereta, Wafi cakap nak dengan ibu. Huwaaaa...
Ibu pun kena lah duduk kat kerusi depan dewan tempat anak2 kecil ni berkumpul.
Tak boleh tinggal, menangis Wafi ni.
Berkumpul tepi stage untuk buat persembahan.
Ni geng2 Wafi yang nak buat show. Duduk diam2. Tapi Wafi gi mana?
Bersedia untuk melarikan diri.
Tak nak duduk sekali. Sebab nanti ibu tinggal(????)
Larikan diri.

Ambil gambar dari tepi. Wafi kat sebelah ibu ni.
Mereka menyanyi dan menari.
Lagu Bangun Pagi, Twinkle Twinkle Little Star dan sebuah lagi lagu, tak ingat.
Dari depan. Semangat anak2 kecil ni menyanyi.
Kan seronok kalau Wafi pun sama naik stage.

Ummi, cakap suara Wafi paling kuat bila nyanyi prektis dalam kelas.
Next time, ibu letak Wafi kat ummi, pastu cakap gi kerja. mmuahhaha...

Ambil cenderahati pun ibu kena naik sekali. Kalau tak tak maunya dia.
Dah dapat hadiah, barulah boleh senyum.
Dengan rakan sekelas, Damia.
Cenderahari dari pihak taska.
Ni lah dia..
Ni lah rakan2 Wafi di taska.
Wafi di barisan 2 dari bawah. No 3 dari kiri.
Badan paling montel walhal beberapa kawan lain 4 tahun.
Frame gambar ni terpecah sebab Wafi terduduk kan waktu nak tunjuk pada ayah.
RM26 masa tu tak bayar lagi. huwaaaaa