Pages

Sunday, September 20, 2026

Rinduuuuu

Alhamdulillah semalam jam 8.35 pm flight touch down di KLIA.

Hari ni nak berehat je di rumah. 

Malam tadi Wafi share gambar jadi waiter untuk dinner rumah Bendahara. Student rumah lain volunteer jadi waiter. Ada sekali Pipah, Ika, Wafa dan seorang lagi tak familiar pula.

Dinner rumah Laksamana akan diadakan pada 25/9/2026 bertemakan World Culture.

Masa ibu kat Jogja adalah 2 kali Wafi call, ada sekali tu jam 8 mlm dia call tapi ibu dah tidur, penat sungguh😅

Nanti dah senang ibu balas komen dan ziarah rumah kawan² ya🥰

Nak sambung tidur ni🤗
 

Wednesday, September 16, 2026

Selamat Hari Malaysia

🎉 Selamat Hari Malaysia 2026!

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam kalangan rakyat Malaysia. 🇲🇾❤️

Quick update.

Oleh kerana company ibu shut down sampai Jumaat bersambung weekend Sabtu dan Ahad.. maka ke Jogja lah ibu, nenek dan Bami bermusafir.

Tuesday, September 15, 2026

Pertandingan Mencipta Komik


Semalam petang Wafi call beritahu tugasan yang ibu printkan dapat no 1.

Ibu ingatkan kertas tu nak tampal kat surau atau kelas.

Kan kita dah cakap, kita masuk pertandingan.

Mungkin ibu tak perasan masa Wafi bagitau.

Rupanya ada Pertandingan Mencipta Komik berdasarkan Hadith 40.

Macam AI je.

Memanglah kena guna AI tapi prompt tu kita kena reka sendiri.

Lorrr... idak lah ibu tau. Ingatkan masa balik cuti haritu dok mengadap HP,  skrol medsos je 🤭
Kan tak pasal asyik kena bebel 😬😬

Wafi kata menang mungkin juga salah satunya sebab guna kertas berkualiti dan kaler gambar pun terang.
Ibu print kat kedai printing RM1 sekeping sebab ink kaler printer kat rumah dah nak habis.

Hadiahnya berbentuk voucher dan satu lagi tak ingat.
Voucher apa pun ibu tak sempat tanya.

Sunday, September 13, 2026

Unboxing Blind Box Pop Mart

Ini yang dipilih.

  • Pucky : Closed For Today 
  • Twinkle Twinkle : Farm Tales Series 

Cekodok Roti

Sarapan pagi ni, yang senang-senang je.
Ada roti Gardenia sebungkus Cik Awie bagi tak termakan, expired dah semalam huhu. Roti masih elok lagi. Teringat ummi ada beritahu roti boleh buat cekodok. Jadi ibu siat-siat masukkan dalam blender, bubuh air secukupnya dan garam sikit je. Pastu blend.

Saturday, September 12, 2026

Ngopi Jap Di Gigi Coffee

Lepas beli blind box Wafi kat Pop Mart, Wafi ajak ambil gambar kat luar sekejap. Ibu dan Wafi je pergi ayah tunggu kat Apple Store. Lepas tu baru cari makan. Dah tak ada apa nak buat kami decide balik je. Takde lah nak mengukur mall sebab semalamnya kan dah berjalan seharian ke Beryls dan MAHA.

Keluar dari TRX sebelah kiri ada Gigi Coffee yang menuju ke stesen MRT. Ajomlah ngopi kejap.

Layankan si budak tecik ni.

Makan Malam Dengan Abang Imi Di Restoren Sotong Besar

Gambar ni dok ada dalam draft... 14/8/26 Bami ajak ibu temankan ke OC Klang Parade nak cari baju jogging. Kalau takde OC mungkin kami tak pergi dah ke Klang Parade. Sebelum ni OC ada kat Setia City Mall namun pilihan kasut dan pakaian tidak sebanyak di Klang Parade. Tutup dah pun sekarang.

Friday, September 11, 2026

Nenek Healing Sampai Ke Siam

Ibu masukkan cerita nenek yang baru balik rombongan Cik Kiah ke Kelantan-Patthalung-Songkla-Hatyai-Kedah.

Kawan masjid nenek ajak join sekali ikut rombongan Masjid A Syakirin, Gombak Batu 6. Kiranya kakak kawan neneklah yang orang Gombak.

Pergi 4hb sampai 8hb.. tapi malam semalam baru sampai sebab kawan nenek ajak balik kampung dia kat KL tidur sana, siap beli buah kat Pasar Chow Kit. Kemain kampung kat KL tapi rumah sendiri kat kampung😅

Ibu share je lah gambar yang ada berdasarkan itinerary yang nenek bagi. Gambar pun random je tak ikut susunan.


Hamboiiii nenek... jalan sakan tak ingat rumah😆

Thursday, September 10, 2026

Cari Apa Di Pop Mart?

Kisahnya Ahad 30/8/2026 bawa Wafi berjalan. 
Dia tuntut hadiah sebab ada subjek yang meningkat masa exam dan UD2 baru-baru ni.. ehhh.. tapi yang menjunam takde pulak dia nak highlight 😬😬
Maka ke Pop Mart lah kami tiga beranak. Naik MRT dari Kwasa Sentral ke TRX.

Tuesday, September 8, 2026

MAHA 2026

MAHA 2026 sudah melabuhkan tirainya Ahad lepas, tapi baru sempat nak tulis.

MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 bertempat di MAEPS, Serdang. Ia menghimpunkan pameran tentang pertanian, agro makanan, inovasi dan teknologi.

Saturday, September 5, 2026

Habis Dah Cuti Wafi

Cuti hari ke-9 sempena Cuti Persekolahan Penggal 2. Pagi ni Wafi naik ETS jam 10.22 am.

Friday, September 4, 2026

Melawat Kilang Beryl's Chocolate, Seri Kembangan

Dari rumah Cik Ami kita menuju ke Kilang Beryl's yang terletak di Seri Kembangan.
Macam drive 20 minit je.

Alang-alang dah drive jauh dari Klang, better lah jalan-jalan kat area sana.

Bawa rombongan anak-anak.
Dulu anak-anak kalau rombongan sekolah mesti akan ke sini.
Jumpa gambar masa Kawi pergi masa sekolah Taski.

Wafi dah siap tukar baju dari rumah Cik Ami.
Ibu dan Kawi ada je bawa baju salin tapi malas pulak nak tukar-tukar.





Masa kami masuk ramai pengunjung. Mungkin sebab hari Sabtu dan kebetulan cuti sekolah. Cik Ana ada pergi hari Khamis bawa anak-anak Pra. Katanya tak ramai masa tu.

Kami terus naik ke tingkat atas, bahagian pameran.
Antara info-info menarik berkaitan penanaman dan produk koko.

Juga peralatan yang digunakan.

Bacalah perlahan-lahan sebab ruang pamerannya pun tak begitu besar.

Join sekali geng-geng ini. Ada staff Beryl's sedang memberi penerangan kepada mereka.

Patung bergerak ini menarik perhatian.

Masuk kedai yang menjual coklat pula.

Ibu beli yang ini, tak kisah defect shape sebab murah. 
Kalau beli yang kotak 12 pcs RM6.90, ada offer. Beli kat Urban Fresh RM7.90
Ni beli sepeket RM10 melambak-lambak isinya.

Favourite ibu, Tiramisu.
Nampak bentuknya yang tak sama.
Is okay... dalam perut bertemu jua 😁
Rasa menten.. sedap je.

Wafi dan Kawi pilih sendiri coklat yang mereka mahukan. Ada matcha, strawberry dan lain-lain. Tak ingat pulak.

 
Ni anak-anak sedang menikmati aiskrim Dark Chocolate. Beli 4 sahaja kongsi sama-sama.
Satu pc tu RM10. Ibu ada rasa, sedap juga sebab tak manis dan terasa coklatnya yang agak pahit.

Bila dah habis makan aiskrim baru kami keluar. Masa ni pun dah jam 5 lebih.

Grinding machine yang digunakan untuk memecahkan biji koko.. lama lah ni sekarang mesti dah canggih.

Ambil gambar kat luar pula.




Pokok koko yang sebenar.. ada lah tu buahnya atas pokok.

Jom lah balik Wafi.. ada tempat lain nak pergi ni.
Lepas lawat Kilang Beryl's kita nak ke MAEPS Serdang, nak join the crowd tengok MAHA 2026.

Sebelum tu singgah Masjid UPM, Serdang.
Ehh.. teringat Ezna dan Dania bila sebut pasal UPM.

Lega betul duduk bawah kipas ni.. terasa sejuk. Kat luar walau dah jam 5 lebih terasa bahang.

Temankan Kak Widad

Cerita Sabtu 29.8.2026 lepas.
Patutnya Wafi je temankan Kakak Widad ke Majlis Perkahwinan kawan Poli kakak di Kajang. Ikut perancangan malam tu kat rumah nenek ingat nak buat BBQ tapi ramai yang dah ada program. Bila dah gitu tak perlu lah ibu prepare makanan. Tak ada apa nak buat, follow je lah Kawi.

Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun

 
Click banner to join 💃

Happy 3rd Wedding Anniversary, SA & suami! 🥂💐
Semoga terus bahagia, kekal bersama dan dipenuhi dengan lebih banyak kenangan indah di tahun-tahun mendatang. ❤️

Ajom kita beramai-ramai join 🥰

Tuesday, September 1, 2026

Makan Malam Di Bumbu Babah

Bila PH tulis makan kat Bumbu Babah TF, ibu teringat macam ada nampak dalam draft yang kami makan kat Bumbu Babah juga. Bila tengok date draft tu 18 Nov 2025. Makannya tak ingat bila... dah lama sangat.

Kami pergi sebelah petang... masa tu nak ngeteh kununnya. Jalan² sampai Saujana Utama. Tapi perut rasa lapar tu yang cari tempat makan terus. Nampak Bumbu Babah, ayah suggest makan kat situ je.

Hari Cuti Yang Bekerja

Breakfast pagi tadi, sandwich telur dan Moccona kosong.

Hari ini 1 September 2026 Cuti Peristiwa, diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sempena kejayaan kontinjen negeri muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Disebabkan pengumumannya hanya dibuat pada hari Khamis 24/8/2026 dan syarikat telah ada jadual sendiri maka cuti hari ini dijadualkan semula.

 
Company dah plan untuk shutdown pada 17 & 18 September untuk kerja-kerja baik pulih dan naik taraf pencawang TNB. Maka kami ngikutlah apa yang dirancang. Kalau Sabtu 12/9/26 takmau kerja bolehlah ambil cuti.

Lama lah sket cuti sempena Hari Malaysia nanti... 5 hari.
Ibu pun sedang menimbang-nimbang untuk berjalan.
Nak cari mangsa dulu sebab gang lain bekerja, ibu sorang je cuti.