Pages

Sunday, March 31, 2013

Berjaya Times Square, Theme Park

Beberapa plan diatur untuk cuti sekolah kali ini. Nak ke Genting Highland, pastinya umat manusia yang amat ramai. Akhirnya, ke Theme Park, BTS jugak kita pegi. Oklah... since sekarang cuaca panas, takkan nak ke Sunway Lagoon atau I-City plak.

Berkereta ke Kelana Jaya. Kemudian ambik LRT ke KL Sentral. Menuju plak ke Monorail untuk ke Imbi. 2 jam gak sampai. 
Jam 12 noon dah boleh main. Ada tiket package RM106 untuk 2 Adult and 2 Kids. Tapi since ada insan bermurah hati bagi 1 tiket kanak2, maka ayah beli tiket dari agen RM30 sekepala (kalau beli satu dewasa RM38, warganegara). 3 tiket RM90. Ok lah jimat RM16.

Gambar2 agak blur lah sebab objek semua berpusing... sampai pusing kepala ibu. Tak dapat ambik gambar banyak sebab ayah, bami dan kawi pegi main rides, tapi ibu ngan wafi kat playground dan di kids rides jer.



Berkali2 Bami dan Kawi main, maklumlah orang tak berapa nak ramai.

 Ini untuk kanak2... Wafi ngan Kawi.

Ni atas train... family boleh naik. Slow jer pun..Wafi suka nau.

Gambar2 kat bawah ni, di playground. Banyak rides yang Wafi takmau naik. Tak boleh paksa, karang meraung, susah plak. Kat playground dia nak main.


 
 
 

Ni plak, bumper car, berkali Kawi main. Sanggup beratur.

 

 Ni plak sesi merajuk sebab Wafi tak dapat nak ikut kakak. Camtu lah gaya dia tiap kali merajuk.
 
 Tolak Wafi ke hulu ke hilir sebab dah mula cranky.

 Ok... gambar family plak.

Nak balik dah...
 
Akhir sekali... peace.. JUMPA LAGI!

Ibu tak main satu pun.. cuma duduk kat kerusi urut 5 minit. Sebab ibu tau akan pening dan kalau ibu pening susah plak semua orang hehe..
Keluar dari theme park around 6.45 pm since tak solat asar lagi.
BTS punya lah besar, tapi surau dia... makaihhhh... terhad betul. Bersesak2.

Alhamdulillah... cuti yang menyeronokkan buat semua!!!

Friday, March 29, 2013

Hanya kami ber-3

Cuti sekolah seminggu ni memang takde plan ke mana pun.
Ayah sibuk ngan exam di kolej sementara ibu plak dengan year end audit. Bos ibu pun dah remind awal2 yang cuti semua kena freeze huhu..
Ibu just apply satu hari jer, ni kira cuba nasib lah. Alhamdulillah approved.
Jadi ibu cadang keluar bertiga jer sebab ayah pun takleh cuti, Wafi kena gi school lah sebab tak sesuai pulak nak bawak berjalan2 cuci mata.

Seawal jam 10.30 ke Setia City Mall jer, paling dekat.
Memula beli tiket movie slot 2.15 pm.
Pastu jenjalan kat Parkson. Serius takde plan nak beli apa pun. Pegi ke bahagian household jumpa plak glass cake stand yang ibu minat. 3 layer gitu harga RM149. Nantilah repeat.

 Rehat jap.. penat plak diorang ni.

Lepas tu ke Daiso. Tak boleh tak pegi. Dapat sebiji dua barang pun jadilah hehe..

Kemudian ke MPH..beli novel, magazine dan buku masing2.

Soft lunch plak kat McD.. Bami dengan Kawi jer.. ibu cuit sana sini sket.
Lepas tu hantar Bami solat jumaat kat Setia Alam. Kami solat kat surau Tesco.

Sehabis solat, pick-up Bami dan menuju semula ke SCM sebab kami nak tengok ni.

Best... 5*, sangat puas hati.. dah lama tak tengok movie.

Habis movie tea break kat Big Apple plak.
Jam 4.30 gerak balik ambik Wafi dulu kat school.
Huhhhh siang yang penuh (sambil lap peluh)

Thursday, March 28, 2013

Sejahtera ke atas ayah... & Ayam panggang blackpepper

Hari ni ni ulang tahun kelahiran ayah yang ke 40.. life begins at 40??????
Takde sambutan besar-besaran sebab kita ada plan sabtu ni.
Ayah kata tak perlu beli kek bagai lah..
Tapi kan tadi sampai rumah, ayah tanya mana kek sikeret resepi... mesti sorok kat mana2.
Hekellehhhh.... lupa ker?

Ibu dan ayah yang remaja (pengsan).
Semoga ayah perolehi kesihatan dan sentiasa dirahmatiNya.

Malam ni kita sambut ringkas tapi penuh keseronokan (ehhh... makan pun seronok!)

Ayam panggang blackpepper.
Alhamdulillah.... anak2 semua puas makan termasuk 'birthday boy'. 


Resepi dari Dapur Mamasya.

1 ekor ayam - dibelah 4 (guna ayam paha siap potong)
5 ulas bawang putih - direbus (ditumbuk)
1 inci halia - disagat 
1 1/2 sudu besar rosemary kering (tak guna)
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
Garam 
2 kiub ayam - letak 1 sj 
2 biji lemon - hiris 
4 sudu besar olive oil (guna mentega)

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak 
3 biji karot - potong kecil2 memanjang 
2 biji tomato - potong 4 

Cara2 
1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang. 
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam. 
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 - 1 jam 20 min @ hingga masak. 


Bahan Sos (dari blog Hana Memories)

         1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu

  • 1/2 batang saderi - potong dadu
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
  • 1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos lea perrin - optional
  • gula secukupnya

Cara-cara
  • Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
  • Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa,(garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.

Cuaca panas dan 3 hari sudah

Malam tadi Wafi pun nak tido ngan abang dia.. alahaiiii... lepas menyusu jer "nak tido ngan abam", padahal mata dah tak larat nak bukak.
Cepat2 Bami letak comforter depan tv.
Yerlahhh Bami tak nak tidur lagi, jadi terpaksa lah melayan adik nya.

Bila tengah malam ada plak budak kecik datang mengendeng... nak susulah tu. Lepas menetek... ehhhh dah takde plak. Pindah lagi tempat ke abang dia plak.
Pagi bila ibu bangun, nampaklah dua orang ni terbongkang... yang kecik tu terangkat2 baju..dah agak dah, mesti panas.

Kalau tidur ngan ibu, bila terjaga malam nak bukak baju plak... ishhhh... sejuk karang. Bila ibu tak bagi, terus gi kat abang dia. Pagi tadi, tinggal baju ngan diaper jer.. sedap jer tidur sejuk2 bawah kipas.

Yang bestnya... malam ibu boleh tidur dengan lebih selesa... kalau tak asyik nak melekat jer hishhh...

Monday, March 25, 2013

♪ Lagu rama-rama ♫ (versi penuh)

Akhirnya dapatlah ibu dengar full version lagu rama-rama ni.
Sebelum ni kan agak tak berapa jelas dengan sebutan Wafi.
Sekarang ibu dah terror nyanyi hoyayyyyy.
Kenkadang berlawan nyanyi ngan Wafi.
Sampai kan Wafi cakap "Saya nyanyilah...., ibu dengar".
Hamboi.... sekarang panggil diri sendiri 'saya'.... formal sungguh.. (macam kat school jer lagaknya hehe).


♪♫
Dari ulat jadi kepompong
Tidur lena dalam kelongsong
Sampai masa ia pun pecah
pom pom
Jadi rama.. rama yang indah

Rama-rama terbang merata
Hisap madu di pohon bunga
Sungguh cantik aneka warna
Tapi sayang hidup tak lama
Tapi sayang hidup tak lama
♪♫

Sunday, March 24, 2013

Apa2 je lah kalau kakak widad ni..

Ni gambar2 kakak widad, bff Khalisa juga makcik kesayangan Cik Fatin.
Gambar sebelum tahlil kat rumah moyang diorang ni.



 



Saturday, March 23, 2013

Getaway & Earth Hour

Ibu ni pun..... napalah tak ingat pasal Earth Hour. Tu lahhh kurang membaca sejak kebelakang ni.. Baca novel takpe!!
Tadi ke Setia City Mall, sesaja getway dengan anak2.. Skip tahlil yer malam ni, malam yang ke-2. Insyaallah esok last day tahlil.. ada kenduri sket.
Masa diumumkan kat SCM tentang 1 hour 8.30 - 9.30 pm, penggunaan lampu akan dikurangkan sket..
owhhhh... baru tau.

Jadi lepas dinner, kami melepak kat tepi playground.. plan asal nak lepak atas padang tapi petang tadi hujan, jadi padang basah.

                        


Fountain yang cantikkk...  ekceli every night pun ada hehe.. 

Abang, kakak dan adik... apalagi.. main la..
Syukur... ada abang yang dah besar, senang nak menengok2kan si adik. Ibu cuma tengok dari jauh jer, still kena pantau movement anak2.