Pages

Saturday, August 29, 2015

Majlis Sambutan Raya Keluarga sebagai penutup Syawal 1436H

30 Syawal, hari terakhir raya... family sebelah atuk ada wat sambutan raya. Kita buat 8 pm - 11 pm. Tapi biasalah.. terlajak sampai ke tengah malam.
Setiap family akan sediakan juadah masing2 dan jemput saudara mara juga rakan taulan untuk bersama2.

Persiapan awal. Sepupu2 ibu lah yang buat semua.
Siang2 ikan dan bersihkan ayam plak selain sepupu2 kecik ada juga anak2 muda sekitar kampung datang menolong.

Big bos meronda kawasan petang tu.

Pakcik dan anak buah.. dah sama besar.
Udin yang sebelah kiri tu sepupu ibu, pangkat pakcik pada Bami tapi diorang sebaya... camner tu!
Ibu lah yang print menu2 untuk diletak di setiap meja hidang... sepatutnya gantung kat depan khemah tapi sebab hujan kita tukar plan.

Anak2 seronok berkaraoke... testing2 petang tu.
Juga homemade dishes dari family nenek Eton.

Geng2 Shohari Clan malam tu.

Waaaahhhh... buruh kanak2.. hikhik... tolong sediakan laksa. Mandur yang pakai baju kuning tu!

Atuk jadi penyambut tetamu malam tu.. duduk je lah.
Alhamdulillah atuk sihat malam tu... Cuaca sejuk siap pakai kot sampai ke majlis habis.
Sebelum tu jam 8-8.20 hujan lebat.. alhamdullillah stop terus... dapatlah majlis berjalan dengan lancar.

Nenek dan nenek Masi.

Atuk Man dengan nenek Eton.

YB Dato' Jaei, mantan adun sebelum ini.

Atuk Jep, orang kuat majlis family ni.

 Bersama rakan yang sudi memeriahkan majlis.

Karaoke lah sepupu ni.

Sesi bakar2... kambing pun ada.

Penjaga kaunter.

Hepi semua.

Lontong subang... sepupu ibu buat.. memang mantap laa sebab katerer masak kan...


Ada nasi impit, rendang, mi jawa, spegheti, nasi lemak, buah-buahan, kuih muih, bubur, aiskrim dan banyak lagi... semua kita potluck. 

Ni atuk Jep ambik gambar nenek sebagai bukti family setuju buat majlis ni. Haha... kena dapat persetujuan dari semua ketua keluarga.
Kitorng anak2 ikut jer.

 oopsssss.... bila orang tua bercinta hehe... malu2 dehhhh...

Ok... dah berakhir entry raya..
kita sambung kehidupan seperti biasa hehe...




Friday, August 28, 2015

Bersemuka kan lebih seronok!

Ada jemputan di rumah parents auntie Farah di Seksyen 7.
Lama dah tak datang sini, last sekali masa auntie Farah ni kahwin.
Seronok anak2 bila ibu bagitau akan ke rumah old friend ibu.
Kami mula berkawan masa sekejap di Form 6 STAR Klang sebelum masing2 melanjutkan pelajaran ke U.
Masa tu ibu auntie Farah ni, Datin Saodah menjadi pengetua sekolah.
Sempat lah kami berjimba2 di Taman Cahaya masa tu. Walau pun bersekolah tak 2-3 minggu tapi ikatan persahabatan masih wujud sampai saat ini.

Masa kami sampai, auntie Farah otw dari attend wedding di Putrajaya.
Kami makan dulu. Ada kambing kuzi, ayam golek, bakso, kuih muih, kebab dan banyak lagi.
Yang paling orang cari adalah durian D24. Isi dia memang makkaihhhhh... superb!
Tak dapat rasa semua dishes sebab kenyang dek makan durian.. sebiji share kami anak beranak.


Yang utama, sebab ayah nak jumpa ayah auntie Farah, Dato' Zabir Bajuri.
Dapatlah 2 naskah biografi beliau.

Family bahagia auntie Farah, ambik dari FB... mintak izin yer Farah.. buat kenangan hehe..

Ni masa hari kejadian... terpaksa edit gambar sebab nampak macam seksi sket kihkih...

Seronok dapat sembang face to face .. selalu chat di alam maya.. tak dapat dengar suara kan...

Thursday, August 27, 2015

Geng Teknik Makan2 di Aroma Ikan Bakar

Bila update aktiviti dengan rakan teknik di Ipoh, baru teringat yang lunch dengan diorg di Aroma Ikan Bakar Jeram masih dalam draft.
Makan2 ni sebelum puasa lagi.


The girls yang masih vogue (vogue la sangattt hehehe)


Ratu selfie, Along & juga Has.

Wefie dengan geng2 makan.


Family Mazian.

Wefie dengan retis, Eny (peace makkk)

Family Jijah.

Family A'a & Azim Tan.

Geng2 bujang... sengaja taknak bawak  anak2 dan ayah diorang.. dengan alasan tengahari bagi diorang rehat kihkih..

Family Wazlina. Hamboiii... happy inche husband balik yer!

Family Eny & Jan.

Family Raja Suria dan Aisyah.

Semua yang dapat hadir.

Sempat lagi nak berwefie2... :-)

Bayar sorang RM35 kalau tak silap... lepas tu ada plak penaja.
Terima kasih tuan penaja.. lain kali boleh lah kannn....

Tuesday, August 25, 2015

Raya Teknik 2015

Geng2 Ipoh dah plan sebelum puasa lagi yang sambutan raya akan diadakan di SMT Ipoh, sekang Kolej Vokasional.
Dapatlah jemput guru2 kami dulu. Majlis pada hari Sabtu, 01.08.2015 bersamaan 16 Syawal.

 Penuh dewan dengan kehadiran bekas pelajar 89/90 dan ahli keluarga.

Zety, classmate 5P1 dan coursemate UUM.

Aizam, juga classmate 5P1 dan coursemate & collegemate UUM.

Abby, tokey tepung goreng sotong dan A'a. Haritu puas lah makan sotong goreng tajaan hehe...

Sebahagian daripada girls yang ada.

Ehhh... ada je yang menyelit.

 Waaahhh... dapat lucky draw. Bukan selalu dapat kan... Tajaan Faiza.

Gabung... kelas Commerce.

Biasalah... kelas perdagangan mana ramai lelaki.. sekerat ni je lah hehehe..
Harap lenkali ramai lah crowd yang boleh attend.

 Anugerah khas.

Ehhh... uncle Zaidi Prudential... lama tak jumpa!

Penaja untuk Adabi.. Tq sangattt... ada produk baru.. soya adabi. Gambar di bawah.

 Ready untuk bergambar bersama2.
Bekas pelajar SMT Ipoh 89/90 yang hadir.

Tuan Azim.. yang ni makanan dari katerer. Masing2 pun potluck untuk memeriahkan majlis.
Ibu bawak buah2an potong campur asam kulit limau.

Kapten kapal pun ada.

Sempat lagi bergurau senda.