Hari kedua masing2 bangun dengan ceria juga.
Nak jalan lagi kan.. bekfes di dalam bilik jer.
Ke Serikin kita... sempadan Malaysia-Indonesia.
Kalau kat Semenanjung macam Padang Besar, Bukit Kayu Hitam yang bersempadan dengan Thailand.
Kami gerak dalam jam 8.00 am.
Perjalanan dalam 45 min ke sejam gitu dari hotel.
Jalan cantik walaupun bukan highway.
Lalu kawasan pekan dan perkampungan.
Juga lalu Jambatan Santubong dan Gunung Santubong.
Takde tempat berhenti atas jambatan tu untuk ambil gambar berlatar belakangkan gunung.
Walaupun ada kereta yang berhenti tepi.
Seram plak walau tak banyak kenderaan lalu lalang.
Tu tempat parking.. mebi free. Luas parking ni.
Tapi kami parking kat tepi2 rumah orang. Diorang caj RM4.
Ok lah tu.. sebab senang dan dekat dengan pintu masuk.
Ni belakang rumah orang.. ada tandas private free.
Diorang cakap ada tandas kat area parking sana.. tapi dah terlepas.. malas nak patah balik.
Mostly peniaga dari Indonesia berniaga di sini.
Pasar Serikin ni hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad.
Gerai macam tu je.
Kebanyakan barang yang diniagakan dari Indonesia.
Ada periuk belanga, pakaian, makanan, beg, kasut dsb.
Ni kami dah jalan sampai hujung yang mana barang2 pertanian diniagakan.
Sebenarnya nak Tanya ni buah apa.. tapi sebab dah panas... tak jadilah pula.
Ada beras biasa, hitam, merah dan perang. Beras kurang kanji.
Tak beli pun.. tengok2 je.
Bami beli cap.
Emping dari Indonesia. Dijual dengan harga RM20 sekilo. Sekilo tu sekotak.
Ibu tawar dapat RM18. Beli sekotak je sebab yang nenek beli di pasar borong Klang lagi murah hihi..
Wafi beli kipas tangan di sini.
Masa kami datang Alhamdulillah.. cuaca sangat elok.Mula2 je panas terik sebab Serikin ni dekat dengan garisan Khatulistiwa jadi panasnya sangatlah terik. Dalam 1 jam terasa kepanansan lepas tu cuaca baik2 sahaja.
Cari baju2 di sini.
Kawasan bersih cuma ada lah sekor dua anjing.. huhu...
Beli key-chain.. yang ni peniaga tempatan. Dapatlah beli keychain Serikin .
Banyak juga ibu borong di sini.
Telekung 2 pasang, t-shirt2, blouse, biskut Gery dengan harga RM2.50 sepeket.. beli banyak2 untuk buah tangan.
Juga Nabati, pelapik periuk 6 helai RM10.. sian plak tengok peniaga merayu2.
Bila balik rugi plak beli 6 helai je sebab boleh bagi sourvenir sebenaynya.
Ada gak beli buah salak madu.
Jam 11.00 gitu kami dah bergerak balik.
Sesiapa nak pegi better pergi pagi2 sebab matahari cepat naik di sini dan juga untuk elakkan masa menunggu cari parking.