Pages

Thursday, May 11, 2017

Kuching 2017 - First MAS for Wafi


Jumaat, 28.04.2017
Hari kita bertolak ke Kuching
Flight 10.15 pm
Tapi kena keluar awal since Malaysia cuti 3 hari, sempena Hari Pekerja pada Isnin, 01.05.15
Kena congak timing takut kelam kabut dengan jalan jem, orang balik kerja.
 
Since Wafi tak nak balik awal dari SRA, maka pickup dia jam 4.30 pm.
Kami dah siap2 dari rumah.
 
Teksi En. Mat.. sampai jam 4.50 pm since kita dah cakap nak bertolak jam 5.00 pm.
Sempat lagi Wafi mandi2.
 
Alhamdulillah, kami sampai di KLIA jam 7.00 pm walau jalan agak sesak sikit sebelum persinpangan KLIA.
 


Tambang teksi dari Klang ke KLIA RM100, kalau ikut meter dalam RM114

Sekarang dah kena self check-in.
1st time... masa naik Firefly ke Langkawi di Subang ada kaunter.

 
Baca arahan.
 


Hahaha... ada kawan cakap macam tenggiling.
Sticker bagasi tu boleh minta kaunter buatkan.
Pandai2 je... tu yang bergulung2.. Yang jaga kaunter tu senyum sinis jer...

Sempat posing.

Suka beg pink Cik Biela ni.. dari jauh dah nampak hihihi...
 
 

Check-in bagasi. 3 beg jer.

Sementara menunggu... sempat lagi Wafi main di playground.

Di ruangan menuggu.
Penuh.

Majalah Kuntum. Killing the time.

Complimentary.

Ibu ambik chicken garlic.. kurang best. Sayur masin sket huhu...
Ayam baru best.

 
Stewardess cakap dia ni pelakon iklan.
ooo.. ok.. tak perasan.
 
Bila sampai kena buat declaration.
Immigresen akan keluarkan satu slip yang menyatakan kita boleh duduk dalam tempoh 90 hari.
Kalau lebih kena renew. Agaknya lah.
Macam expatriate.. kalau cukup tempoh pas lawatan sementara kena renew. Duduk lah mana2 negera lain sementara pas yang baru siap.
Slip ni tak leh hilang.. kalau hilang mebi ada beberapa prosedur kena patuhi. 
Lupa plak nak snap slip tu.. kecik je macam ATM slip.
 
Sampai hotel dalam jam 1.30 am.
Naik je taxi Grab dari airport.
Tambang dalam RM38 kalau tak silap.
 
 
Kita duduk di Hotel Grand Magherita.
Cukup selesa untuk kita berlima.
 
Sebab....
Macam biasa.. ayah tidur di bawah hehe..
 
K.. good night.


No comments:

Post a Comment