Alhamdulillah, cuti kali ini disertai family acik Jaja.
Anak2 tak sabar nak jumpa 2nd cousin, si comel Qisya & Sofya.
Since kita sewa kereta, mereka tolong hantar ke hotel.
Rate RM80/day.
Kereta Axia yang comel. Cukup selesa untuk kami berlima.
Ambil gambar dulu sementara tunggu acik Jaja.
Tak sabra nak mandi.. sabar yer nak.
Main sekejap.
Kita cari bekfes dulu.
Kuching ni jalan dia tenang2 je.
Family bekfes dulu.. (adehhh... lupa nama restoren.. nanti cari dulu)Macam2 makanan ada disini.. mi kolok, nasi lemak, mi jawa, roti canai dsb..
Ibu n ayah ambil mi kolok since kita datang Sarawak haruslah makan makanan sana hihi..
Perjalanan ke Perkampungan Budaya ni dalam 30 minit je.
Jalan pun cantik dan lengang.
Grup foto.
Alaaa... si bam bam Sofya dah tidur.
Tiket dewasa RM60, kanak2 RM30 tidak termasuk GST lagi.Kalau beli online kurang RM5 huhu..
Kebetulan hari tu ada Pesta Menuai.
Banyaklah aktiviti tambahan.
Setiap tiket akan dapat passport ni. So setiap kali kita melawat rumah2 di sini, boleh lah dicop.
Di luar pintu auditorium.
Tengok dulu persembahan kebudayaan dalam jam 11.30 am.
Kita tuju situ dulu.
Colourful.
Energetic.
Ada persembahan tarian dari kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu.
Kaum yang terbesar di Sarawak.
Ni persembahan penutup.
Para pengunjung di jemput menari bersama.
Us.
Wafi sibuk dengan geng dia hihi..
Lepas tu baru kita melawat sekitar taman budaya.
Mulakan dengan jambatan buluh ni.
Jambatan yang sama masa kita datang 13 tahun lepas.
Wafi di awalnya dah nak lalu tapi merajuk sebab kakak kata dia lambat.
Qisya yang Berjaya menghabiskan perjalanan walau kat belakang tu dah jem hihi...
Kawi... Wafi pun nak dokong gak.. fengsannn
Abang sado pakai stoking munge2 hihi.. (ni kalau Bami tau.. mesti maraaa)
Malas lagi nak cari stoking sendiri.. adik dia punya pun boleh.
1st house.
Walaupun rumah2 kat sini Nampak dah using, tapi terjaga elok.
Tikar tu memang lejen.. dulu ada beli 2 camni.. tapi dah takdelah sekarang bila habuk berkumpul.
Batu yang diukir.
Rumah didirikan tinggi untuk mengelakkan dari binatang buas dan juga musuh.
Pakcik ni banyak appear dalam magazine and paper.
Masing2 khusyuk dengar beliau bercerita.
Kraftangan. Wafi berminat.
Masa ni lunch hour jadi mereka sedang berehat.
Tak dapatlah nak tengok aktiviti menyumpit.
Sambil tu boleh rehat2.
Hujung tu tempat menyumpit.
Tak ramai orang masa ni.. bolehlah lama2 sket.
Rumah ni pun tinggi.
Mereka ada demo buat pulut untuk aktiviti malam tu.
Nak juga turun kot tangga tu.
Kat rumah Melanau ni mereka buat cucur peneram.
Beli untuk anak2 since nak makan. Sedap makan panas2. Tepung gandum + gula abong kalau tak silap.
Leganya dapat minum air kelapa dan limau... Nyamannn masuk tekak dikala hari panas.
Tipikal rumah Melayu.
Ayah ambil kesempatan berdendang2.
Yang lain entah mana hehe..
Nak dapat bergambar semua memang tak lah.
Jenuh soh bergambar berdua.
Panas la.. jangan dekat2 la.
Ni rumah last kita pergi.
Ada demo buat kuih rose/goyang.
Mulus je kulit demonstrator ni :-)
Dalam Kampung Budaya ni takleh tergesa2.. relax2 je kita tengok rumah satu2.
In all, dekat 4 jam jugalah kita dalam tu.
Kampung Budaya Sarawak ni ibu rasa yang terbaik dari tempat lain di Malaysia.
Ok.. sebelum check out boleh beli souvenir di kedai dekat pintu keluar.
Lepas ni kita lunch dulu.
No comments:
Post a Comment