Pages

Saturday, August 31, 2019

Malaysia Di Ambang Kemerdekaan yang ke 62 tahun

Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 62 tahun pada esok hari nya kami mengambil kereta yang telah ditempah sebulan lalu.

Kereta merdeka!


Alhamdulillah dapat beli kereta yang kecil untuk kegunaan anak-anak yang takut nak drive kereta besar😬😬. Kita trade in Naza Ria yang telah berkhidmat cemerlang selama hampir 15 tahun.

Set masa dengan dealer jam 5.30 pm. Sampai-sampai kereta dah ready di showroom.

Honda City.
Lunar Silver Metallic.
Kita ambik yang low spec je haha... cukup lah dengan monthly budget yang ada. Bagi ibu asal kereta tu boleh bawa ke tempat yang dituju dengan selamat (ayat sedapkan hati😅😅😅)

Ini lah dealer yang ibu deal, Rashid. Anak muda yang sangat gigih.

Kakak Widad pun ambil kesempatan bergambar dengan abang Rashid yang hensem bak kata Wafi.

 Ok.. kereta nak keluar dari Honda Setia Alam. Ibu lah bawak.

Tapi ada peristiwa yang menyayat hati😀😀 kelakar pun ada.
Rashid bagi tunai RM80 full tank, sebab katanya mereka tak boleh bawak keluar kereta untuk isi minyak. Kiranya minyak tu cukup-cukup lah untuk ke petrol pump yang terdekat... ok.. katanya🤗

Sekali... dekat selekoh dalam 2 minit... ehh.. apesal kereta ni slow.. tetiba engine mati... betul2 depan kedai makan.. huwaaa.. rilex2... ayah datang sebab memang dia follow dari belakang. Ada seorang brother ni tolong tolak ke tepi. Call Rashid bagitau problem.. dia cakap minyak habis. Nanti dia bawak minyak.

Adoiii.. lepas dia isi tu.. start engine.. baca Bismillah dulu.. fuhh .. ok.. kita sambung drive dalam beberapa meter je lagi untuk sampai ke Petronas Setia Alam.

 Alhamdulillah
Dah boleh rempit.

Ok... dah sampai rumah. Lupa nak ambik sebelum drive.. dalam 10 km gitu.

Surprise buat Wafi!!!

Masa nak ambik Honda, Wafi cakap gunalah duit dia RM5k. Ibu tanya nape... sebab kita nak dapat kereta tu cepat. Lepastu bila ibu cakap kalau ibu ambik RM5K nanti duit Wafi tinggal sikit.. alaaaa... tak jadi lah!

Alahai anak😁

Sampai rumah dalam 6.50 pm
Siap-siap untuk ke Dataran Shah Alam.
Sebelum tu solat maghrib dan isyak di Masjid Shah Alam.

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Geng saban tahun.
Bagi anak2 tengok perarakan dan bunga api.
Mereka sangat teruja setiap kali parade lalu terutama askar yang ada karakter tersendiri.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke 62.
Pagi ni kita sambung tengok perarakan kebangsaan di TV pula yang diadakan di Putrajaya.

Wednesday, August 28, 2019

Simenkan aje.

Niat nak simentkan depan rumah memang dah lama.
Ye lah.. sebelum ni letak batu-batuan, entah mana pegi batu2 tu.
Bila hujan, lopak bertakung air.
Dok elak2 pun kena juga kat tayar kereta.
Dah macam duduk kebun kekdahnya.
Sebab nak masuk toy baru hahaha , maka gigihkan lah buat juga.
 

Kerja-kerja sedang dijalankan.
Yang bahagian ni sebelum ni dah buat tar.. tapi lama2 menipis juga. Rumput-rumput pun dah tumbuh tepi-tepi tu.
 
Biasa mereka akan buat malam hari. Ni lepas maghrib mereka sampai.
Cousin Cik Ana yang tolong contact sebab mereka dah pernah buat di rumah nenek Masi.

Yang ni dah siap.
Dalam 7 meter mereka konkritkan.
Tunggu 4 jam baru kering.

Ni lah hasilnya bila dah kering tengahari semalam.
Kemas dan kami puas hati.
Kos termasuk upah RM130/meter.
Total kos RM910
Pejam mata je lah.
Ada lagi dalam 2 meter nak kena konkrit sebab simen tak cukup.
Bagi rata depan rumah dan tampung yang lopak2 depan rumah Cik Ujang.
Harap2 Cik Ujang boleh tong2 :-)

Semalam petang Wafi masuk rumah muka tak puas hati. Muncung boleh sangkut hanger.
Ibu Tanya kenapa?

"Bubu lah ni... dah simen elok2, dia pegi pijak buat apa.. kan dah ada tapak kaki dia"

Aduhhh... dengan Bubu pun nak gaduh.
Kucing je kot!
Tapak kaki kucing besar mana je pun... tapi memang dia jalan nak gi rumah Adamlah.

Semoga ada rezeki mencurah2 buat kami untuk tambah lagi jalan.

Wednesday, August 21, 2019

Miss him!


Pagi ni tetiba teringatkan anak bujang ibu.
Semoga Muhammad Rahimi belajar dengan baik.
Jaga solat.
Berkawan dengan elok.
Makan secukupnya.
Diet yang berpada2 tau :-)

Sunday, August 11, 2019

Aidil Adha 2019

Salam Aidil Adha.
Tahun ni sambut raya haji di rumah sendiri. Kemudian baru ke rumah atuk.
Wafi tidur rumah atuk. Hari sebelumnya berbuka puasa Arafah kat sana.

 Seawal jam 8 am kami dah sampai di.m Masjid At-Taqwa 2 untuk sama2 bersolat sunat.
Hari ni buat pertama kali masjid digunakan untuk bersolat tapi masih belum.digunakan untuk solat fardhu.
Dermawan Tuan Haji Shamsudin ( pemilik Pantai Bharu Holdings) telah mewakafkan tanah seluas 3 ekar untuk didirika  masjid.
Semoga Allah memberkati amal jariah beliau dan penduduk sekitar dapat manfaat dari masjid ini.
 Masyaallah.. cantik sangat.
Walau kipas besar tidak dapat berfungsi pada awalnya, hujan yang membasahi bumi dapat menyejukkan suasana.

 Bersama Cik Biela.

 Ibu pun nak juga.

 Jumpa Wafi di masjid je, cik elis bawa.

 Model telekung kah itu hahaha...

Alhamdulillah, selesai solat dan khutbah dalam jam.9.30 am
Tunggu hujan reda sikit.. itu yang dapat bergambar bersama2.

Balik rumah kita bersarapan.
Disunatkan solat dulu baru makan bagi solat aidil adha manakala bagi solat adil fitri pula sebaliknya.

Ibu order roti jala 1 kg dan talam labu udang geragau.
All time favourite.
Kari ayam pula buat sendiri dekat 1 ekor sebab ada masa nak buat.

Lepas breakfast, kita ke rumah atuk.. cari lontong dan kuah kacang plak😀

Wednesday, August 7, 2019

Cerita tentang Recorder

Bila terlihat Recorder ni pasti kenangan lama terimbas kembali.

Masa zaman sekolah rendah lagi, waktu muzik akan guna alat muzik yang dinamakan Recorder. Kalau tak silap masa tu masih baru diperkenalkan.

Masa tu darjah 3 kalau tak silap. Cikgu minta murid2 untuk beli sendiri walaupun tak wajib. Memang sekolah ada sediakan tapi tak banyak. Barangkali juga atas faktor hygiene.

Seingat ibu harganya dalam RM8 - RM15 gitu. Exact price tak ingat😀
Dengan harga yang begitu ibu tau arwah atuk mesti tak mampu nak beli.. ibu pendamkan je lah.. (patut tanyalah kan hahaha kot2 dapat). Sebab ibu rasa dengan duit sebanyak tu atuk boleh beli benda lain yang lebih penting.

Disebabkan ibu takde recorder, maka ambillah alat2 muzik seperti di bawah.

Paling takleh lupa cikgu suruh ambil Kastenet.. adoiii.. dok ketip2 lah alat tu.. kira yang paling senang dan paling tak popular.

Lepas tu kalau buat persembahan duduk paling belakang lah gitu.

Itulah kenangan yang tak berapa nak best tapi ayik terkenang2 bila anak2 minta recorder.
Sekarang harga dalam RM5-RM8 je. Itu pun tiap2 anak minta setiap kali turn mereka belajar.

Lepastu campak2.. ada yang dok dalam almari, bawah almari dsb nya.

Sunday, August 4, 2019

Perbaharui dan permohonan baru passport antarabangsa di UTC Shah Alam

Pagi2 seawal jam 6.30 am sudah keluar rumah. Sampai di UTC Anggerik Mall sebelum jam 7 am. Terus menuju Jabatan Imigresen di tingkat 2. Sampai ambil borang dulu dan isi. Kemudian beratur. Dapatlah beratur orang ke 7 dan 8.
Nampakkkk.... burung bangun awal dapat cacing yang gemuk2 hahhhaha.


Ini pertama kali ke Jab. Imigresen di UTC. Sebelum ni buat di Kompleks PKNS sahaja. Memandangkan tak nak ambil cuti kita buat hari ahad.

Beraturlah dengan gigih sambil2 tengok orang yang semakin ramai datang.
Kaunter buka jam 8 am tapi 8.10 am baru kaunter ambil nombor dibuka.

Borang ni yang kena isi. Simple je.. nama, alamat terkini, no IC, tempat lahir, no telefon dan email address.

Borang ni boleh ambil atas meja kaunter.. sambil2 beratur tu bolehlah isi. Ada juga yang tak ambil... nanti pakcik guard akan edarkan.

Masa nak ambil no. di kaunter 1, Pegawai akan semak dokumen. Kalau kita tak fotostat ic pegawai akan minta kita fotostat dulu dan serahkan kembali. Tak perlu ambil nombor semula. Ada je kedai fotostat kat area situ. Boleh je tanya pegawai yang jaga nombor tu.

Untuk renew passport serahkan:-
1. Passport lama
2. IC
3. Salinan IC
4. Borang yang telah diisi

Untuk permohonan baru kanak2 atau bawah 18 tahun pula sediakan:-
1. Surat beranak
2. Salinan surat beranak
3. Borang yang telah diisi
4. I/C ibu atau bapa (yang hadir)
5. Salinan I/C ibu atau bapa (yang hadir)

Kalau untuk dewasa
1. IC
2. Salinan IC
3. Borang yang telah diisi

Ketinggian Wafi ukur di tepi kaunter nombor. Ibu nya standard lah.. sama je tak tinggi2 pun🤣


Tunggulah sehingga nombor dipanggil. Ibu dan Wafi pergi ke kaunter yang sama walaupun nombor yang satu lagi dipanggil ke kaunter yang lain.
Pegawai akan masukkan maklumat dalam sistem. Kemudia ambil gambar di situ juga. Duduklah sambil senyum mengadap kemera hahhah.. kemudian pegawai akan klik dan dia tunjukkan gambar tu dulu.. ok ke tak ok. Malu nak cakap tak ok hehe.. sebab dah tu muka kita hahahha..
Redho je lah.

Pakailah pakaian yang gelap.. kalau pakai tudung lilit2 mengerlip warna cerah maka bersedialah sarung selendang hitam.. kalau yang tak bertudung atau lelaki pakai warna cerah, mereka akan minta kita pakai kot.

Cermin mata pun kena buka apatah lagi yag bercontact lens. Jadi masa datang Imigresen takyah lah nak bajet2 mata macam retis mata kaler😂

Dah siap nanti, gambar passport kita hitam putih je... muka yang gelap pun jadi cerah hehe...

Kemudian imbas cap jari kiri dan kanan di mesin pengimbas juga cop manual.
Kemudian pegawai akan printkan borang dan minta kita semak maklumat dalam tu. Turunkan tandatangan dan cap jari kanan.


Setel proses tu duduk dulu.. nanti nombor akan di panggil untuk buat bayaran di Kaunter 10.

Untuk tempoh 5 tahun :-
Atas 13 tahun - RM200
Kanak2 - RM100
Wargaemas - RM100
Jemaah Haji - RM100 (bawa surat tawaran haji)
OKU - Gratis (tiada bayaran)

Dah buat bayaran, pegawai akan bagi resit rasmi dan serahkan IC dan surat beranak. Tunggulah 1 jam untuk ambil passport yang telah siap di Kaunter 8 & 9.

Bolehlah kalau nak turun makan di food court tingkat 1.

Tapi kami tunggu di situ je.. dalam 9.20 am tu saje je terus pergi kaunter 8.. serahkan resit. Ehhh... dah siaplah😀

Cover passport boleh dibeli dengan harga RM5 sekeping. Yang lama masih boleh guna tapi masa kat imigresen kena buka sebab yang lama keras sekarang lembut je.

Masa ambik passport semua kena datang sendiri ambil.. means kalau kita buatkan untuk anak, anak tu pun kena datang sebab nak imbas ibu jari dan turunkan tanda tangan/cap jari.

Proses untuk siapkan passport kami berdua, setelah ambil nombor,  tunggu 5 minit. proses dalam kaunter  20 minit sebab buat untuk 2 orang sekali.
Tunggu buat bayaran 10 minit.  Tunggu passport siap 15 minit. Total up dalam 50 minit... kalau campur beratur pagi2 hampir 2 jam lah... tapi berbaloi2 tak perlu lah tunggu lama2 di hari cuti ni... boleh rehat2.

Yayyy... dah siap.

Lepas tu breakfast lah dulu sebab omeyy dah lapar.. muka monyok je. Dapat makan ceria.


Passport versi baru. Yang lama mereka akan gunting begitu dan pulangkan kembali.

Ini waktu urusan pejabat2 kerajaan yang beroperasi di UTC.
Kalau nak datang pagi sila lah ke Kompleks PKNS.
Tadi lalu JPN lengang je.

(Kena check tahun semasa ya sebab entry ni Tahun 2019)

Ni masa nak.balik tadi.. orang semakin ramai. Parking kat luar pun penuh sampai tepi2 jalan
 Ada juga disediakan parking kat seberang jalan. Kalau susah2 sangat park je di SACC Mall.

Harga parking RM2 untuk jam pertama dan RM1 jam berikutnya.

Ok dah selesai urusan passport.
Bolehlah jalan2 oversea😀

Jadi yang nak buat passport tu rancanglah dulu ya. Better datang awal.

Tadi ada dengar ada sorang tu jump queue. Ada sorang ni tegur.. katanya flight petang. Dengar2 gitulah.. hekeleh... kalau dia datang depan ibu nak juga sound. Kalau dia tipu... kena tipulah yang tegur tu.

Kotlah flight petang... lepas tu system down... kan dah naya diri sendiri.

Ok.. cukuplah dahulu kisah buat passport.