Pages

Sunday, August 4, 2019

Perbaharui dan permohonan baru passport antarabangsa di UTC Shah Alam

Pagi2 seawal jam 6.30 am sudah keluar rumah. Sampai di UTC Anggerik Mall sebelum jam 7 am. Terus menuju Jabatan Imigresen di tingkat 2. Sampai ambil borang dulu dan isi. Kemudian beratur. Dapatlah beratur orang ke 7 dan 8.
Nampakkkk.... burung bangun awal dapat cacing yang gemuk2 hahhhaha.


Ini pertama kali ke Jab. Imigresen di UTC. Sebelum ni buat di Kompleks PKNS sahaja. Memandangkan tak nak ambil cuti kita buat hari ahad.

Beraturlah dengan gigih sambil2 tengok orang yang semakin ramai datang.
Kaunter buka jam 8 am tapi 8.10 am baru kaunter ambil nombor dibuka.

Borang ni yang kena isi. Simple je.. nama, alamat terkini, no IC, tempat lahir, no telefon dan email address.

Borang ni boleh ambil atas meja kaunter.. sambil2 beratur tu bolehlah isi. Ada juga yang tak ambil... nanti pakcik guard akan edarkan.

Masa nak ambil no. di kaunter 1, Pegawai akan semak dokumen. Kalau kita tak fotostat ic pegawai akan minta kita fotostat dulu dan serahkan kembali. Tak perlu ambil nombor semula. Ada je kedai fotostat kat area situ. Boleh je tanya pegawai yang jaga nombor tu.

Untuk renew passport serahkan:-
1. Passport lama
2. IC
3. Salinan IC
4. Borang yang telah diisi

Untuk permohonan baru kanak2 atau bawah 18 tahun pula sediakan:-
1. Surat beranak
2. Salinan surat beranak
3. Borang yang telah diisi
4. I/C ibu atau bapa (yang hadir)
5. Salinan I/C ibu atau bapa (yang hadir)

Kalau untuk dewasa
1. IC
2. Salinan IC
3. Borang yang telah diisi

Ketinggian Wafi ukur di tepi kaunter nombor. Ibu nya standard lah.. sama je tak tinggi2 pun🤣


Tunggulah sehingga nombor dipanggil. Ibu dan Wafi pergi ke kaunter yang sama walaupun nombor yang satu lagi dipanggil ke kaunter yang lain.
Pegawai akan masukkan maklumat dalam sistem. Kemudia ambil gambar di situ juga. Duduklah sambil senyum mengadap kemera hahhah.. kemudian pegawai akan klik dan dia tunjukkan gambar tu dulu.. ok ke tak ok. Malu nak cakap tak ok hehe.. sebab dah tu muka kita hahahha..
Redho je lah.

Pakailah pakaian yang gelap.. kalau pakai tudung lilit2 mengerlip warna cerah maka bersedialah sarung selendang hitam.. kalau yang tak bertudung atau lelaki pakai warna cerah, mereka akan minta kita pakai kot.

Cermin mata pun kena buka apatah lagi yag bercontact lens. Jadi masa datang Imigresen takyah lah nak bajet2 mata macam retis mata kaler😂

Dah siap nanti, gambar passport kita hitam putih je... muka yang gelap pun jadi cerah hehe...

Kemudian imbas cap jari kiri dan kanan di mesin pengimbas juga cop manual.
Kemudian pegawai akan printkan borang dan minta kita semak maklumat dalam tu. Turunkan tandatangan dan cap jari kanan.


Setel proses tu duduk dulu.. nanti nombor akan di panggil untuk buat bayaran di Kaunter 10.

Untuk tempoh 5 tahun :-
Atas 13 tahun - RM200
Kanak2 - RM100
Wargaemas - RM100
Jemaah Haji - RM100 (bawa surat tawaran haji)
OKU - Gratis (tiada bayaran)

Dah buat bayaran, pegawai akan bagi resit rasmi dan serahkan IC dan surat beranak. Tunggulah 1 jam untuk ambil passport yang telah siap di Kaunter 8 & 9.

Bolehlah kalau nak turun makan di food court tingkat 1.

Tapi kami tunggu di situ je.. dalam 9.20 am tu saje je terus pergi kaunter 8.. serahkan resit. Ehhh... dah siaplah😀

Cover passport boleh dibeli dengan harga RM5 sekeping. Yang lama masih boleh guna tapi masa kat imigresen kena buka sebab yang lama keras sekarang lembut je.

Masa ambik passport semua kena datang sendiri ambil.. means kalau kita buatkan untuk anak, anak tu pun kena datang sebab nak imbas ibu jari dan turunkan tanda tangan/cap jari.

Proses untuk siapkan passport kami berdua, setelah ambil nombor,  tunggu 5 minit. proses dalam kaunter  20 minit sebab buat untuk 2 orang sekali.
Tunggu buat bayaran 10 minit.  Tunggu passport siap 15 minit. Total up dalam 50 minit... kalau campur beratur pagi2 hampir 2 jam lah... tapi berbaloi2 tak perlu lah tunggu lama2 di hari cuti ni... boleh rehat2.

Yayyy... dah siap.

Lepas tu breakfast lah dulu sebab omeyy dah lapar.. muka monyok je. Dapat makan ceria.


Passport versi baru. Yang lama mereka akan gunting begitu dan pulangkan kembali.

Ini waktu urusan pejabat2 kerajaan yang beroperasi di UTC.
Kalau nak datang pagi sila lah ke Kompleks PKNS.
Tadi lalu JPN lengang je.

(Kena check tahun semasa ya sebab entry ni Tahun 2019)

Ni masa nak.balik tadi.. orang semakin ramai. Parking kat luar pun penuh sampai tepi2 jalan
 Ada juga disediakan parking kat seberang jalan. Kalau susah2 sangat park je di SACC Mall.

Harga parking RM2 untuk jam pertama dan RM1 jam berikutnya.

Ok dah selesai urusan passport.
Bolehlah jalan2 oversea😀

Jadi yang nak buat passport tu rancanglah dulu ya. Better datang awal.

Tadi ada dengar ada sorang tu jump queue. Ada sorang ni tegur.. katanya flight petang. Dengar2 gitulah.. hekeleh... kalau dia datang depan ibu nak juga sound. Kalau dia tipu... kena tipulah yang tegur tu.

Kotlah flight petang... lepas tu system down... kan dah naya diri sendiri.

Ok.. cukuplah dahulu kisah buat passport.




1 comment:

  1. Nonton Bola Online Streaming Bola Live Yalla Shoot TV Malam Hari Ini

    Cara Nonton Bola Online Live Gratis. Nobar Streaming Bola Live Siaran

    Langsung Sepak Bola Yalla Shoot TV Kualitas HD

    #bola #streaming #live #yalla #shoot #liga #hari #yalla shoot #malam

    #malam hari #shoot tv #bola live #bola online #streaming bola #online

    #streaming bola live #yalla shoot tv #live

    www.NOBARTV.top

    www.NOBARTV.top

    www.NOBARTV.top



    Nonton Bola Online Streaming Bola Live Yalla Shoot TV Malam Hari Ini

    Cara Nonton Bola Online Live Gratis. Nobar Streaming Bola Live Siaran

    Langsung Sepak Bola Yalla Shoot TV Kualitas HD

    #bola #streaming #live #yalla #shoot #liga #hari #yalla shoot #malam

    #malam hari #shoot tv #bola live #bola online #streaming bola #online

    #streaming bola live #yalla shoot tv #live

    www.Lihatbola.live
    www.Lihatbola.live
    www.Lihatbola.live



    Nonton Film Streaming Movie Layarkaca21 Lk21 Dunia21 Bioskop

    Cinema 21 Box Office Subtitle Indonesia Gratis Online Download -

    Layarkaca21 Box Office Cinema21 Bioskop Terlengkap Terbaru

    www.Layarkaca21indo.com
    www.Layarkaca21indo.com
    www.Layarkaca21indo.com



    Nonton Film Streaming Movie INDOXXI Layarkaca21 Lk21 Dunia21

    Bioskop Cinema 21 Box Office Subtitle Indonesia dan English Gratis

    Online Download - INDOXXI Box Office Cinema21 Bioskop Terlengkap

    Terbaru.

    Bioskopkeren, Nonton Movie 21, Dunia21, Lk21, Jurangan21, Nonton

    Film21, Indoxxi, Nonton streaming, Nonton Drakor

    www.Bioskopgaul.com
    www.Bioskopgaul.com
    www.Bioskopgaul.com

    ReplyDelete