Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 62 tahun pada esok hari nya kami mengambil kereta yang telah ditempah sebulan lalu.
Kereta merdeka!
Alhamdulillah dapat beli kereta yang kecil untuk kegunaan anak-anak yang takut nak drive kereta besar😬😬. Kita trade in Naza Ria yang telah berkhidmat cemerlang selama hampir 15 tahun.
Honda City.
Lunar Silver Metallic.
Kita ambik yang low spec je haha... cukup lah dengan monthly budget yang ada. Bagi ibu asal kereta tu boleh bawa ke tempat yang dituju dengan selamat (ayat sedapkan hati😅😅😅)
Ini lah dealer yang ibu deal, Rashid. Anak muda yang sangat gigih.
Kakak Widad pun ambil kesempatan bergambar dengan abang Rashid yang hensem bak kata Wafi.
Ok.. kereta nak keluar dari Honda Setia Alam. Ibu lah bawak.
Tapi ada peristiwa yang menyayat hati😀😀 kelakar pun ada.
Rashid bagi tunai RM80 full tank, sebab katanya mereka tak boleh bawak keluar kereta untuk isi minyak. Kiranya minyak tu cukup-cukup lah untuk ke petrol pump yang terdekat... ok.. katanya🤗
Sekali... dekat selekoh dalam 2 minit... ehh.. apesal kereta ni slow.. tetiba engine mati... betul2 depan kedai makan.. huwaaa.. rilex2... ayah datang sebab memang dia follow dari belakang. Ada seorang brother ni tolong tolak ke tepi. Call Rashid bagitau problem.. dia cakap minyak habis. Nanti dia bawak minyak.
Adoiii.. lepas dia isi tu.. start engine.. baca Bismillah dulu.. fuhh .. ok.. kita sambung drive dalam beberapa meter je lagi untuk sampai ke Petronas Setia Alam.
Alhamdulillah
Dah boleh rempit.
Ok... dah sampai rumah. Lupa nak ambik sebelum drive.. dalam 10 km gitu.
Surprise buat Wafi!!!
Masa nak ambik Honda, Wafi cakap gunalah duit dia RM5k. Ibu tanya nape... sebab kita nak dapat kereta tu cepat. Lepastu bila ibu cakap kalau ibu ambik RM5K nanti duit Wafi tinggal sikit.. alaaaa... tak jadi lah!
Alahai anak😁
Sampai rumah dalam 6.50 pm
Siap-siap untuk ke Dataran Shah Alam.
Sebelum tu solat maghrib dan isyak di Masjid Shah Alam.
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Geng saban tahun.
Bagi anak2 tengok perarakan dan bunga api.
Mereka sangat teruja setiap kali parade lalu terutama askar yang ada karakter tersendiri.
Selamat Hari Kebangsaan yang ke 62.
Pagi ni kita sambung tengok perarakan kebangsaan di TV pula yang diadakan di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment