Entry in panjang berjela... sekali harung je hahah
1st time pegi 22 - 25 Oktober 2019
Kali ni pergi 25 - 28 Januari 2020
Ya... memang tak masuk akal bila dipikirkan. Dalam masa 3 bulan berkunjung ke sana semula.
Beli tiket pun akhir bulan November haritu. Return tiket dekat RM500 seorang. Demi nak utilise cuti sempena CNY, kita redah je lah.
Ini sebab dah janji dengan Widad akan bawak dia ke sana bila dah habis exam SPM. Masa kami pergi tahun lepas, lagi seminggu Kawi nak exam. Gitulah bila beli tiket tak tengok jadual sekolah anak hahahhah..
Hari Pertama
Flight 7.40 am. Dari rumah jam 3.30 am sebab dah agak akan ramai orang sempena cuti CNY.
Sampai dalam jam 8.10 am waktu Aceh. Aceh lewat sejam dari Malaysia.
Sampai2, tour guide kami, Fauzan Ihsan dah tunggu. Terus dibawa ke jeti Ulee Lheue untuk ke Pulau Sabang. Perjalanan 45 minit naik feri express.
Seterusnya ke wisata sekitar Pulau Sabang
View Point Gunung Berapi Jaboi
Benteng Jepang
Kubu di zaman perang Jepun dulu.
Anoi Hitam
Pasir Hitam sebab kandungan nikel yang tinggi dalam pasir. Membuatkan air laut nampak hitam dari jauh tapi sebenarnya jernih sangat.
Ujung Kareung
Sentiasa suka sangat tempat ni. View yang tak terungkap dengan kata2.
Subhanallah.
Disebabkan ombak yang kuat jadi kehijauannya kurang menyerlah.
Tapi kalau dah macam ni pun lawa... apatah lagi jika tiada ombak kuat.
Pantai Sumur 3
Disebabkan ada 3 telaga/perigi/sumur maka pantai ini dinamakan Sumur 3
Lepak sini sekejap sambil minum air kelapa.
Goa Sarang
Sarang burung sebenarnya bawah tu... ingatkan gua tu bersarang.
Gigih turun 180 anak tangga sebab nak shoot tempat ni hahhaha..
Kalau nak shoot betul2 depan gua sarang boleh sewa bot atau berenang.. (tapi takde pun orang berenang)
Selepas itu terus ke Pantai Iboih since kita tinggal di Fina Bungalow 2.
Disebabkan nak memburu dolphin/ikan lumba2 sesudah subuh maka Pantai Iboih dipilih untuk kita stay.
Mandi2 dan solat, selepas itu sambung lagi berjalan. Pakai santai2 je..
Kilometer Nol
Pulau Sabang ni yang paling barat sekali dalam kepulauan Indonesia.
Kiranya titik permulaan.
Kat sini kita tengok sunset.
Lepas tu kita dinner di Pantai Paradiso.
Jam 10 baru balik hotel.
Full Pakej Dolphin dan Snorkeling Rp500,000.00 tapi kami dapat diskaun sebab supir baik hehehhee... Pakej termasuk bot laju, alatan snorkelling (goggle & fin), gopro dan snorkeling guide.
Hari kedua
Dolphin Hunting
Kena naik bot laju membelah lautan... alhamdulillah rezeki kami dapat tengok ikan lumba2 yang banyak. Ada yang buat sommersault tapi kamera tak sempat capture sebab ikut suka hati ikan tu lah bila dia nak buat hahaha
Teruja habis.
Dalam sejam gitu lah kami di tengah laut.. bila dah puas... moh ler kita balik. Lapar sudah.
Sarapan pagi nasi gurih (pakej)
Selepas itu sambung pulak snorkelling.
Snorkeling
Yang ni pakej snorkelling, 6 atau 7 spot.
Spot Underwater Volcano, Batee meuron-ron, Rubiah Sea Garden, Karang Batik, Batee Tokong, Karang Piring, Spot Ikan Pulau Rubiah dan Spot Nemo.
Bersama Hendra Putra Beach, snorkelling guide !!dive master.
Ni kat salah satu spot.
In between nak ke spot ikan di Pulau Rubiah, kita lunch dulu di pulau (pakej).
Habis dalam jam 3.30 pm
Seharian di laut dan pulau.
Muka memang terbakar walau dan guna sun protection.
Sangat puashati snorkelling kali ni sebab banyak spot.
Last spot tu finale lah sebab dapat tengok ikan NEMO.
Priceless.
Siap2 mandi, sambung berjalan lagi
Pantai Pasir Putih
Bila lah nak tengok orang mandi kat sini.
Jernih air.
Orang Sabang dah biasa kot tengok air.
Cik Fatin tak turun sebab dia sakit belakang.. angin satu badan. Nak muntah tak dapat. Masa nak makan kat Kupi Aci Rasa nenek Ina sapu minyak dan tampal koyok baru ok.
Kawah Gunung Merapi Jaboi
Kena hati2 sebab ada lubang2 berasap... diberitahu yang pihak pemerintah tidak membenarkan pelancong ke sini sebab batuan di situ agak rapuh. Bau belerang/sulfur memang menyengat.
Di kawah 1 sahaja.
Tugu I Love Sabang
Waktu ni dah hampir maghrib.
Kita singgah juga sebab taknak miss any place.
Selepas itu terus dinner di Restoren Aci Rasa Kupi. Kali ni datang ada beberapa menu yang tidak disediakan compared 1st time datang.
Compared ayam penyet di Pantai Paradiso, di sana lebih sedap.
Sempat juga bertemu dengan pak Mukhlis, supir kami di Pulau Sabang sebelum ini dan serahkan ole-ole dari Malaysia terutama buat dua anak perempuannya. Dah jadi kawan kakak Widad since mereka sebaya dan sama-sama berminat untuk menjadi nurse.
Hari ketiga
Jam 7.30 am dah siap2 untuk ke pelabuhan Balohan. Kita lawat Banda Aceh pula.
Sebelum tu breakfast dulu di Dhapukupi.
Museum Tsunami Aceh
Selesai melawat muzium, kami check in hotel dulu dan turun semula untuk berjalan ke tempat lain pula.
Mesjid Raya BaiturrahmanSampai di ruang solat masjid, para jemaah baru habis rakaat terakhir solat zohor. Jadi kami buat solat jamak je.
Fatin pulak OOTD dengan kain telekung🙊🙊
Picture ni cikna je ada sebab yang lain dah cari tempat berteduh. Panas litlit.
Pasar Aceh
Kat sini borong telekung dan kain batik/pelikat. ig : amar_manchunian
Dapat juga baju batik dan tudung di kedai lain.
Kapal Apung PLTD
Masa ni kapal PLTD ditutup sebab waktu rehat. Dibuka semula selepas asar.
Jadi ambil gambar di luar je.
Kapal atas Rumah
Kapal nelayan yang telah terdampar di atas sebuah rumah penduduk kampung ketika tsunami melanda.
Seramai 59 orang telah masuk rumah ini dan ketika kapal ini terdampar atas rumah, mereka beramai2 naik ke kapal dan hanya turun semula bila air telah surut.Kubah atas Tanah
Kubah ni dibawa terpusing sejauh 2 km dari tempat asalnya dimana masjid asal telah musnah sepenuhnya.
Rumah Cut Nyak Dhien
Rumah ni telah dibina semula sebab yang asal telah dibakar ketika penjajahan Belanda. Cut Nyak Dhien merupakan seorang pahlawan wanita yang menentang penjajahan Belanda.
Singgah sini untuk mendengar maklumat tentang kejadian tsunami yang melanda masjid dan kawasan sekitarnya.
Di dalam masjid ini ada sebahagian tempat yang rosak tidak dibaiki untuk menunjukkan betapa dahsyatnya malapetaka 26 Dis 2004.
Pantai Ulee Lheue
Kat sini kami menikmati minum petang berupa jagung bakar dan goreng-gorengan. Asalnya plan untuk ke Pantai Lampuuk (pantai berpasir putih) sambil menyaksikan sunset tapi ia ditutup kepada orang ramai kerana mereka ada upacara. Lepak2 sini sambil tengok sunset.
Lepas makan2 ala isi perut, pulang semula ke hotel untuk mandi2 dan solat.
Jam 8 pm berkumpul semula untuk dinner di Restoren Mi Bardi.
Restoren Mi Bardi
Supir suggest makan di sini... kita onz je sebab nak makan like a local hahahha..
Lepas makan minta supir drop kat hotel dan kami berjalan kaki sahaja di kedai-kedai cenderahati yang terletak di hadapan hotel.
Kuliner Rex Peunayong
Lepas berjalan, kami supper pulak. Tak boleh lupakan kerang rebus di sini.
Beli tak banyak pun...2 pinggan je cukuplah untuk rasa2. Tambah pulak sate matang 5 cucuk.
Insyaallah akan upload picture2 makanan.
Hari keempat
Pagi jan 7 am kami dah turun untuk bersarapan di hotel.
Sempat bertemu Ibnu, supir di Banda Aceh masa datang tahun lepas. Beliau mahu mengambil tamu di hotel untuk dibawa ke jeti Ulee Lheue. Hari sebelumnya Fatin ada menegurnya semasa di masjid dan malam tu beliau ada mesej bertanyakan tentang kedatangan kami. Adeh... terlupa pulak nak bagitau awal2.
Time to say good bye.
Till we meet again!
Sebab sekarang ni ada wabak Coronavirus, maka kami lambat sikit boarding since kabin crew perlu bersihkan kabin dulu.. Sepatutnya depart 11.10 am waktu Aceh tapi masa ni kami masih menunggu untuk masuk.
Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan.
Sampai lebih kurang jam 1.45 pm waktu Malaysia.
No comments:
Post a Comment