Pages

Sunday, March 28, 2021

2D 1N KL - Breakfast Buffet Hotel Majestic

Since batch kami 6.30 - 8.30 am seawal 6.50 pagi dah siap turun. Nak relax2 gitu. Biasa dok hotel tak ambik breakfast pun.. jadi pagi lepas subuh boleh relax-relax. Ni sebab dapat voucher free mesti guna dengan sebaiknya😊

Jom tengok the spread yang sempat diambil gambar. Segan nak ambil banyak-banyak😂😂😂

Western style


Kawi berulang2 datang sini.


Bread and fruits.


Juice.... 

Barista pun ada.


English style.


Congee. Idli pun ada.


Mi goreng.


Nasi lemak.. ada rendang dan sambal udang.

Sedap.


Mi Siam kegemaran Wafi. 2 kali ulang.


Letakkan no meja dalam box makanan yang kita nak. Nanti waiter akan hantar ke meja.


Birthday boy😊


Anak perempuan sulung 


Anak perempuan bongsu😍



Antara makanan yang sempat diambil.

Makan sikit-sikit je.
2 hari makan tak hengat.
 

 

Saturday, March 27, 2021

2D 1N : KL - Hotel Majestic KL

Ini adalah kali kedua kami stay di Majestic Hotel.

Sementara tunggu ayah check in bilik. Masa sampai ni dah 3.15 pm

Panjang queue.. jam 4 baru setel itupun bilik tak siap lagi.

Bersama Wak Sukardi. Legend wak ni.. gaya kolonial.

Suka hotel ni.

Cuma yang tak best terlalu lama dapat bilik. Kata dalam 30 minit mereka akan call balik. Hampeh.

Beli jiwa... adalah complimentary. Freeflow. Ada minuman panas dan sejuk, mi siam, sandwich dan murtabak mini. Tapi lambatlah mereka topup. Orang ramai.. 

Wafi suka sangat... tapi memang sedap. Mi siam.  6 kotak dia makan sorang.. kotak comel je.

Toilet hotel bersih dan cantik.
Room rate RM276  tanpa sarapan dan melalui booking.com 
Booking masa PKP. Masa ni dapat separuh harga.

6.05 pm baru dapat bilik. Fuhhh... 3 jam. Patutnya kan check in boleh 3 pm. Alasan mereka volume check out tinggi. Ramai yang dah mula tak puas hati dan marah-marah. Adui... ini bukan hotel cikai... ada prestij! Ayah relax je mebi esok harijadi ayah hahaha...

Yang pangkat datuk boleh pulak dapat bilik. Yang rakyat marhaen tunggu jelahnya walau harga bilik dan duit yang dibayar sama. 

Bilik luas. 

Bathroom pun ada tv.

Bilik air kena pasang langsir ya... masa 2017 guna bidai.

Ada mesin buat kopi.

Complimentary.

Toilettries.

Sampai-sampai ibu diffuse Purification.

Bila dah relax-relax ayah bertanyakan pada duty manager jika ada complimentary disebabkan lambat dapat bilik. Mereka menawarkan 4 free breakfast bernilai RM68 seorang.  Alhamdulillah rezeki birthdayman. Nilai sarapan 4 orang, RM272. Almost free biliklah... bayar RM4 je. Breakfast 6.30 - 8.30 am since 8 30 - 10.30 am tu dah full.

Tentang compensation tu kena tanya... mereka tak offer pun. Ada satu guest ni bertanya kat kaunter tu yang dapat. Masa bersembang tu mereka ada highlight pada kami. Ada juga guest yang dapat free lunch bernilai RM100++ since harga bilik termasuk dinner dan breakfast.

Yang penting kena tanya petugas kaunter!

Tak tanya, mereka tak offer 😬


2D 1N : KL - Charcoal Bife Steakhouse

 Lepas parkir kereta di Hotel Majestic, lantas kami ke Bangunan Linc untuk lunch menggunakan perkhidmatan Grabcar.  Since PKP lagi bilangan penumpang kena ikut garis panduan sedan car hanya 2 orang manakala 7 seater car terhad kepada 4 orang. Owh... baru tahu.. 1st kereta sedan car.. so tak boleh naik. Ayah pun tersilap booking.. jarang2 guna grabcar🤭🤭


Unik betul pokok ni.


Buffet style. Dewasa RM49.00 dan kid separuh harga. Dinner harga lain.

Sedap rojak buah tu.

Mereka akan hantar daging ke meja.. yang macam daging kebab tu. Kemudian potong kat situ.

Yang ni boleh ambil di kaunter makanan. Ada spagheti juga tapi tak ambil sebab dah kenyang sangat.

Lepas beli barang makanan sikit balik semula ke hotel dan bermula episod yang kurang menyeronokkan.

Salah satunya ini.... entah kenderaan mana yang sagat pun tak tau. Sour eyes betullah. Kotak parking punyalah standard boleh pulak digeseknya. Nombor pun tak tinggal.
Hurmmmmm....


2D 1N KL : Taman Rama-rama KL

Seawal jam 8.30 am kami keluar rumah. Plan untuk sambut birthday ayah di Hotel Majestic, KL sudah dirancang awal. Sebelum  ni 2017 pun sambut di sana. 

Kali ni abang Imi tak dapat join sebab esok Ahad kena bekerja ( latihan industri di Kedai Pertanian Malaysia milik Cik Rasul).

Breakfast dulu di McD. Nasi lemak telur dadar RM5.99 haha... tak baloi. Masuk kedai Mesra Petronas lagi banyak pilihan. Apapun... rezeki juga.

Sambung perjalanan ke Taman Rama-rama KL. Sampai jam 10.00 am.

Entrance fee.

Cool sangat.
Rama-rama kot tu.. hehe.. pelik pulak. 


Ada jaring kalau tak mau semua rama-rama lari pi KLCC🤭


Banyak rama-rama kat atas tu.


Tema earth color lah kunumnya.... Kawi suggest.


Baru perasan tudung senget-senget.


Wafi dah mengadu panas.


Akar atas tu lama-lama tengok macam ular. Cepat-cepat jalan.


Kakak je sporting bergambar.


Geram plak ikan besar-besar dalam tu.

Missing abang Imi.


Satu ni je lah yang dapat diambil gambar. Susah nak ambil sebab rama-rama ni sangat sensitif dengan kehadiran orang.

Di dalam dewan pameran.
Ada pulak scorpion dalam tu.


Unik!

Wafi suka sangat tengok rama-rama ni. 

Jam 11 lebih kami dah keluar dari taman ni. Terus ke Hotel Majestic untuk park kereta dulu.