Telur setengah atau separuh masak.
Bunyinya nampak mudah tapi kalau tak kena gaya.... jadi keras atau terlalu lembik.
Banyak kali buat... try n error.
Kadang rasa dah taknak buat.
Sekarang google juga tapi tak juga seperti yang kita nak.
Kita cuba lagi.
Sekarang dah tau mana nak adjust.
Step seperti di bawah.
1. Sediakan telur
2. Didihkan air yang melebihi paras telur. Bila air dah mendidih, tutup api.
Masa masukkan telur boleh gunakan senduk dan dengan perlahan masukkan dalam periuk untuk elakkan telur retak.
4. Set masa 8 minit
Masa ni yang sangat penting untuk dapatkan tekstur telur yang kita kehendaki. Ibu setkan 8 minit. Guna timer je senang.
Tidak perlu tutup periuk dengan penutup. Biarkan sahaja.
5. Bila cukup masa terus angkat telur dan alirkan dengan air paip atau bubuh dalam bekas lain yang ada air paip. Ini untuk hentikan proses kepanasan pada telur yang boleh menjadikan ia telur masak penuh. Ibu angkat periuk sekali dengan telur dan buang air panas kemudian masukkan air paip.
Taraaaaaa
Ini hasilnya.Pada ibu ini yang paling perfect.
Telur putih tu tiada yang berair.
Bolehlag tambah lada sulah dan kicap atau apa-apa perisa yang dikehendaki sebab ada juga orang bubuh garam sikit.
Ada juga orang guna bekas kuning ni. Masukkan air nanti air tu turun.sendiri maka telur separuh masak tu menjadi.
Dulu ada jug tapi sebab jarang guna hapuskan je lahðŸ¤
Dulu ada jug tapi sebab jarang guna hapuskan je lahðŸ¤
Teringat kisah lama rasanya masa tu umur kurang 6 tahun. Pagi tu sebelum atuk pergi kerja atuk ada makan telur separuh masak dan bagi ibu rasa. Sedap. Nampak atuk keluarkan dari bekas yang ada air.
Bila atuk pergi kerja, ibu pun try. Ambil telur ayam kampung (masa tu ada telur dan ayam kampung je) dan masukkan dalam bekas da bubuh air paip.
Tunggu lah juga.. tak ingatlah berapa lama. Bila ketuk dan masuk dalam mangkuk... ehhh... kenapa tak sama macam atuk punya.. pelik...
Buang je lah sebab geli pulak berlendir2. Tak bagitau sesiapa pun.
Lepas kejadian tu tak pernahlah makan telur separuh masak hingga dah besar baru tau.. itu pun atuk juga yang buatkan.
Ibu ni ada memori2 yang sukar dilupakan.
Al-Fatihah ( dibaca ) buat atuk❤
Telur ayam kampung pun best
ReplyDeleteTelur ayam kampung memang lah best.... in ayam pun takde😂
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTelugu ayam kampung memanglah best... ni ayam pun takde😂
ReplyDeleteTelugu ayam kampung memanglah best... ni ayam pun takde😂
ReplyDelete