Last 2 weeks makan sempena nak closing.. masa tu dok fikir camne nak survive 5 hari closing😖
Alhamdulillah walau ada hiccups sana sini we managed to closed the accounts! (semua sudah nyawa-nyawa ikan)
Mereka decide makan lagi sebab haritu ada yang tak dapat join. Ibu onz je.
Kali ni datang berenam. Dapat 1 meja.
Tukang ambil gambar, Sal tiada dalam gambar.
Muka- muka happy dapat makan dan chit chat.
Lepas makan singgah di Parkson beli hadiah kahwin untuk Amy.
Kasi kredit lah adik yang tolong bungkuskan hadiah di Counter Customer Service Parkson. Sabar melayan akak2 ni.2.30 pm setel semua. Ada yang sambung shopping... ibu balik rumah sebab nak setelkan Kawi nyer barang assignment.
Oh ya... malam sambung medang kat mamak.
Ajak nenek sekali. Kawi taknak join sebab penat prepare popiah carbonara dan Bami ada futsal.
Cik Fatin bagitau petang tadi nenek ada cakap dah lama tak makan tosei.
Tup-tup kol 8.30 pm ibu ajak makan tosei. Memang rezeki nenek. Cuma tak dapat makan tosei yang last week kami pergi sebab hampir tutup.
Tosei garing.... tapi memang garing sungguhlah🤭🤭🤭 macam nak rentung haha
Ni kalau lapar memang tak cukup sebab terlebih garing dan nipis. Kadang dapat yg tebal dan tak garing. Ikut tempat juga lah tekstur tosei ni.
Alhamdulillah dapat bawa nenek keluar makan walau makan simple. Tosei ni antara favourite nenek.
No comments:
Post a Comment