Pages

Wednesday, April 30, 2025

Photoshoot Raya Di VC Studio

Simpan sini gambar² di VC Studio sehari sebelum Hari Raya Aidil Fitri 2025.

Semua Kak Widad yang arrange.
Cuma ada family kita, family Paksu Syafiq dan tokwan.







































 

Raya Rumah Cik Fatin

Petang tu balik rumah Cik Fatin, tunggu makanan siap. Cik Fatin panggil kawan-kawan datang sebelah malam.
Antara juadah yang disediakan.

Pandai dah budak kecik ni masak... kakak-kakak tak sangka si bongsu boleh masak.
Lepas ni dia balik rumah, bolehlah kami goyang kaki 😅

Ahad pagi kami gerak 8.30 am sebab ada tempat nak singgah.

Makan Tengahari Di Ashhryshoshedap

Kak Widad cadangkan makan di Ashhryshoshedap (nak menyebut pun susah) hasil carian di medsos. Review bagus katanya. Dari Forest City dalam 30 minit. Restoren ni terletak di Nongchik Reiverside Commercial Johor Bahru. Parking tricky sikit sebab banyak kedai-kedai kat situ.

Nak masuk restoren kena buka kasut.
Lepas order makanan guna QR code, ibu tour resto. Ada 3 kedai restoren ni.

Meja kami di tepi sudut.

Masa ni jam 3.15 pm dah lepas lunch hour jadi dah tak ramai.

Tuesday, April 29, 2025

Singgah Tengok Stadium JDT

Hujan lebat masa kami sampai sini.
Hari yang sama team JDT masuk final lawan Pahang di Bukit Jalil.

Nampak Hummer TMJ.

Cantik Stadium JDT ni. Kami tak masuk dalam.
Petang tu Bami dan Abang Izzat ada buat tour kat few areas.

Ibu dan ayah je keluar dari kereta, itu pun kat parkir sahaja. Ambil gambar dari jauh.

Ibu rasa elok je ibu ambilkan gambar ayah walaupun berpayung.

Bila ayah ambil gambar ibu jadi katik 😬😬

Ibu edit... masukkan gambar yang Bami share. Bami lepak kat KFC teman Abang Izzat buat kerja. Nampak dari luar ada resto Woodfire. Bami kata dalam ada Ikea.. maybe mini.

Nampak sikit padang.

Mungkin toilet lawa itu yang Abang Imi ambil gambar.

2 ni je yang dia share.
 

Jalan-jalan Di Forest City


Selepas sarapan kita ke destinasi seterusnya iaitu Forest City yang terletak di Gelang Patah.  Sesaja ayah bawa berjalan ke sana, ada yang kata tempat tu haunted. Jomlah kita tengok. Perjalanan dalam 30 minit dari Larkin.

Jumpa pondok comel kat tepi jalan. Nasiblah Cempaka kena jadi model. 

Side sini nampaklah kondo-kondo megah berdiri.