Pagi tadi jam 4 am baru sampai rumah. Semalam jam 8 pm gerak dari Kulim. Ikut Lebuhraya Pantai Barat (WCE). Perjalanan guna WCE memang lancar tapi yang buat slow masa kat Tanjung Karang dan Kuala Selangor sebab banyak lampu trafik dan kenderaan kemain banyak.
Bila masing² dah puas berehat, dapatlah keluar rumah selepas solat Zuhur.
Balik dulu rumah nenek. Salam² kat bilik je sebab nenek sakit kaki. Entah macamana pagi² bangun nenek kata kaki sakit. Terpaksa dipapah untuk ke bilik air dan keluar bilik.
Jam 3 lebih ingat nak beraya kat rumah atuk² sebelah² rumah nenek tapi ramai yang tak ada di rumah.
Teruslah ayah kata nak minum² kat Eco Grandeur.
Sebelum tu singgah rumah Atuk Pingi. Alhamdulillah dapatlah ziarah adik kedua atuk.
Angkut sekali Yaya dan Abang Aqil. Terpaksa Bami naik motor nenek dan ambil kereta kat rumah. Nak bawa 1 kereta tak muat sebab Bami ajak Abang Aqil ikut beraya sekali.
Habis minum balik rumah nenek. Sambung makan laksa. Lepas Maghrib ulang balik rumah yang tak ada orang siang tadi. Dapatlah beraya di rumah Nenek Ina dan Atuk Nasir. Jumpa pulak Atuk Man jadi kita bermaaf²an terus sebab tadi kan dah sampai rumah tapi tak ada orang.
Tak boleh lama sebab nak kena balik. Wafi nak buat kerja sekolah. Haishh... ritu balik kampung tak bawa balik homework. Ni baru nak buat ada 2 subjek + 1 assignment video raya.
balik kampung bawa homework pn, dah tentu tak siap ibu... hahaha...
ReplyDeletelinda plak harung jem dekat tg karang tu ptg raya ketiga...malas nak buka waze lalu jalan dalam..ikot je lah jem tu...6pm dari sekinchan, 9pm baru sampai selayang. campur berenti kedai tomyam dedek lapar nak makan nasi..
hahha.. kurang2 tak bersalah Linda walau tak buat. Dapat 1 muka jadilah 🤣
Deletekat tg karang tu memang waze suggest jalan dalam tapi kami decide lalu jalan biasa je hadap jammed.
Mujur area sana rata-rata kedai tomyam buka.. memang meriah. Camtulah bagus, ambil peluang. Dah pasti ramai yang kelaparan dalam perjalanan.
Cantik & hensem belaka in maroon & burgundy 😍
ReplyDeleteSi Abang pun sama, bawa balik homework ke kg, malam² buat la sikit² sbb terlalu banyak homework cikgu² bagi
patut nak pakai raya pertama tapi wafi & kawi kata kaler awam.. macam-macamlah budak berdua tu!
Deleteitu yg decide pakai hari seterusnya dan belikan ayah dan bami kurta je.
Cantik warna tema maroon & burgundy tu.
ReplyDeleteTerangkan kaler tu... dah lama teringin pakai tapi biasalah... follow si kakak dan adik nak kaler apa.
DeleteMeriah rayanya. Ni kalau masuk AEON, dapat hadiah misteri sebab pakai sedondon.
ReplyDeletehahah... sedondon kaler je. Wafi dan Kawi tak mau sama baju dan corak dengan ibu. Diorang cakap ibu taste orang tua.. sabar je lah..
DeleteTrend warna raya di Indonesia THN ini burgundy juga. Baguuus lah baju yg kakak pakai itu. Warnanya pun saya suka 😍😍
ReplyDeleteDah masuk raya ketiga, saya dah bosan juga makan santan. JD esok nak beli soto bandung, kuahnya bening tanpa santan 😄
Baju kakak kebaya labuh..
DeleteSekarang baju anak-anak mereka pilih sendiri. Senang. Kalau ibu pilihkan nanti taknak pakai.
Betul... kalau hari2 bosan juga makanan bersantan.
Kalau kat rumah, masak sayur bening pun dah sedap. Dapat pulak sambal terasi dan ikan goreng.
CNtik plak kaler burgundy tu..tahun depan nak buat la..
ReplyDelete