Pages

Sunday, May 4, 2025

Dua Jemputan Kahwin Di Valley

Lepas raya bersambung pula jemputan kahwin. Hari ni kita cuba penuhi sebaiknya.

Majlis pertama ex-officemate ibu, Dewi Aviva di The Valley, Meru. Pengantin sampai jam 12.30 pm tapi tak dapatlah ibu ayah tunggu. Ada majlis lain di Cheras.

Ibu hantar gambar padanya pengganti diri tanda hadir😁

Saturday, May 3, 2025

Tautan Mesra Aidilfitri Alumni UUM 2025

Dari Putrajaya, kita ke Petaling Jaya pula. Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Alumni UUM yang diadakan di Kediaman Rasmi Rasmi Datuk Bandar Petaling Jaya.

Di pertengahan jalan solat Zohor dulu di surau Petronas tepi highway. 

Masa kita sampai tu ramai tetamu di ruang tamu. Seperti biasa.... ramai geng² senior yang ibu tak kenal. Senyum sahajalah. Nak bertegur-sapa, ibu ni jenis introvert ☺️

Majlis Rumah Terbuka ASAS 2025

Walaupun Syawal telah berlalu namun majlis rumah terbuka masih ada. Majlis Rumah Terbuka ASAS ni diadakan pada 1 Mei 2025. Sempena Cuti Hari Pekerja kita pun takde kerja🤣 bolehlah join. Ajak budak² bertiga tu, Wafi je yang setuju nak ikut.

Majlis jam 11 am dan disebabkan kita sampai Putrajaya awal, singgah sekejap Sek. Alam Shah yang terletak di hadapan Dewan Damar Sari, Kompleks F8, Putrajaya.

Depa berdua je masuk SBP.

Tak boleh masuk kecuali ada event ASAS. Jadi ayah ambil gambar kat luar je 

Masuk sikit je depan guard house.

Friday, May 2, 2025

Mujur Selamat

Hari ni ibu cuti... sengaja lah layan si kecil yang balik bercuti sekejap. Taulah bila Wafi balik, ada sahaja barang yang perlu dibeli.

Masa ibu jalan² kat pekan, nampak lah murid² perempuan SMK sesi petang di sekitar kedai². BerT-shirt sekolah bertudung hitam. Lencana di kiri dan pin bendera di kanan tudung.

Tudung hitam tak perlu lekat nametag atau lencana

Tinggggg... tetiba teringat.. alamak.... pin bendera Wafi. Semalam ibu campakkan je tudung dia dalam mesin basuh dan jemur bila dah selesai cuci. Mana nak ingat pin bendera tu. Pasrah je lah kalau tertanggal atau pecah 😮‍💨. Tapi mana nak cari dalam masa terdekat... 

Balik dari beli barang tadi terlupa kejap...

Ni tengah lipat kain...

Fuhhhh.... selamat... selamat.... elok je terletak. 

Dah berpuluh tahun tak guna jenis pin² ni. Kan sekarang lencana dan nametag pakai kain je. Zaman ibu lainlah... semua masih pakai pin.

Haaa tu dia... elok lagi terletak kedudukannya. 

Harap terus bertahan walau dah ter"spin" beberapa kali. Mungkin bendera ni dok bahagian dalam jadi ia masih selamat.

Yang viral pin tercabut tu tak tau lah cemana. Mungkin supplier, material berbeza.

Wafi kata dapat 1 je, lepasni ibu try cari yang jenis kain pulak.
 

Thursday, May 1, 2025

Jamuan Raya Main Office

Jamuan raya office ibu diadakan pada 29 Syawal (Isnin, 28.4.2025). Buat kat Conference Room masa rehat.

Random je gambar ibu share ambil dari yang kawan² forward. Ibu malas nak bawa HP 😅

Filter apalah yg diorang guna ni, kemahen putehhh😁


Staff FAD kat booth dessert yg dihias. Ada 2 orang takde kat sini.

Homestay Ayah & Bonda

Sebelum ke Skudai tu, kami minta Cik Fatin carikan homestay. Family dah ramai jadi kena cari penginapan lain. Bolehlah split few family.

Rate Homestay Ayah & Bonda ni RM250 semalam. 930m dari rumah Cik Fatin, kiranya kat taman sebelah je.

Makan Di Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Dari rumah Cik Fatin terus cari Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah. Dah beberapa kali makan sini sebelum ni. Paling teringat masa datang dengan arwah atuk. Atuk cukup suka.. sedap katanya.

Bersama owner. Masa kami sampai jam 11.30 am jadi tak ramai pelanggan lagi. Bolehlah ayah bergambar. 
Umur owner 75 tahun dan sudah berniaga 50 tahun.
Fuĥh..