Pages

Saturday, November 19, 2011

Keputusan periksa secara online, SAPS

Dulu, masa zaman2 ibu sekolah rendah, peksa 2 kali jer.
Tengah tahun dan akhir tahun.
Tiap kali keputusan, wahhhh... cikgu akan sebut sapa dapat no. 1, 2 dsb.
Pastu bawak balik report card tunjuk kat mak abah.
Atok sign jerr sebab selalunyer keputusan elok jerr hehehe..
Ujian bulanan rasanyer takde.

Sekarang, ujian 2 kali setahun, exam 2 kali.
Untuk mid year punya keputusan, still kena datang ke sekolah sebab ada perbincangan guru-ibu bapa.
Bukanlah waktu ni jer baru nak bincang, sebab hari2 lain pun boleh kan.. cikgu.
Yang penting ada contact antara ibu bapa dan guru.
Kalau nak tunggu setengah hari perjumpaan tu memang tak cukup sebab ada ibu bapa yang bersesi temubual tu ambik masa 10-15 minit.
Lama tu, memandangkan ada 40 ibu/bapa.
Selalunyer ibu datang dekat2 nak last sebab kurang dah ibu bapa cuma yang kesian kat anak2 sebab kawan2 lain dah balik, resah gelisah menunggu.

Sekarang, result peksa takyah tunggu report card sebab kalau ditanya kat anak2 manjang jer dengan jawapan cikgu tak bagi lagi.
Sudah ada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Sebelum ni, ibu kena fotostat keputusan peksa abang imi ngan kak widad untuk buat perbandingan.
Sekarang since dah ada SAPS ni, boleh buat semakan secara direct.
Cumanyerr result monthly test takde la lagi pulak.
Cetak terus dan masuk dalam fail.

Hebat rasanyer.. semua hujung jari.
Tapikan... sebab ibu ni membesar secara 'manual', kalau tak pegang report card anak macam tak best la..
Yerlahhh... kalau report card tu adalah ulasan guru, tapi SAPS ni hanya memaparkan markah, %, gred & kedudukan murid.
Dah nama pun analysis markah.
Cam takde 'jiwa' la hehehe..
Cetakan pun cikgu guna yang sama cuma pastekan kat dalam report card yang sedia ada.
Wahhh.... memudahkan gak keje cikgu.
Apapun satu pencapaian dalam sistem pendidikan negara juga.
Cumanyer kalo ibu bapa yang tak berapa celik IT atau takde komputer lambat la plak terima maklumat.
Setiap perkara ada pros and cons.

3 comments:

  1. Betul tu Faiz...semua benda ada pros n cons. My friends n relatives yg cikgu dok komplen pasal SAPS. Mana taknya, satu Malaysia nak key in markah, sistem slow. Lepas tu ada yang dah key in tetiba hilang. Ramai yang terpaksa key in tengah malam/awal pagi, tu pun belum tentu data ada dalam sistem.

    ReplyDelete
  2. syima, ooo camtu ka, tak kira kalo key-in apa2 & sistem slow mcm siput mmg sakit hati.. tu belum kira yg hilang camtu jerr... tapi end user yg dpt manfaat.

    ReplyDelete
  3. Betul dah tu....cuma govt kena make sure sistem tu updated dan tidak menyusahkan. Kalau x memang naya je dah key in hilang. Bayangkan cikgu2 kalau ajar sampai 5/6 kelas atau lebih. 1 kelas avg 40-45 students. Boleh nangis kalau hilang data2 yg dah key-in tu! Huhu.... X sanggup fikir!!!

    ReplyDelete