Pages

Tuesday, September 10, 2013

BEL 3050

Motor pertama ibu, Yamaha Sport BEL 3050.
Ibu beli second hand masa mula kerja ngan syarikat sekarag. Beli cash RM3,500.
Mahal juga kan kalau difikirkan tapi sebab nak memudahkan ke tempat kerja beli lah juga.
Ingat dulu, ibu pinjam kat ummi RM1,000 untuk top-up duit yang ada.
Dengan motor ni lah ibu hantar cik amie dan adik yang mana ntah untuk ke sekolah rendah.

Bila ibu dah punya wang lebih, ibu beli kereta Proton Saga pula. Lepas tu, motor ni ibu bagi atuk pakai.
Lama gaklah.. mungkin 15 tahun ibu tak naik.

Bila Bami beria nak motor, ibu bincang ngan atuk. Kat rumah atuk ada 3 extra motor. oklah ibu ambik motor merah ni yang mengaum bila dibawa.

Hantar kedai, servis mana yang patut.

Ayah pun beria belajar bawak motor. hahaha... umo 4o tahun baru reti bawak motor.
Ok lahh... better late than tak tau pa pe.

Ke surau pun ayah bawak motor jer.

Jangan bergaduh dengan Bami sudah.
Setakat ni Bami bawa untuk main futsal dan ke masjid jer.

Yang tumpang seronok, Wafi dan Widad lah.
Pantang orang start motor, mesti nak pusing2 kat rumah dulu.

No comments:

Post a Comment