Lepas bye² Fanny, kami masuk dulu Pasar Seni. Ayah kata nak jalan² dalam ni sebab dah lama tak pergi. Masa cuti CNY ibu ada datang sini dengan anak². Ramai betul pengunjung dari lokal dan luar negara.
Pages
Monday, June 22, 2026
Jalan² Pasar Seni
Labels:
Jalan2
Sunday, June 21, 2026
Berjumpa Blogger Fanny Dari Indonesia
12hb ritu Fanny ada email ibu andai ada date yang ibu free pada hari liburannya ke sini. Fanny ada bagi tentatif date, makanya hari ni yang free dan ayah ada untuk temankan. Pagi lah boleh jumpa di KL sebab tengahari Fanny sudah ada appointment dengan Uncle Gedek & aunty.
Keluar rumah 7 am, drive ke Stesen MRT Kwasa Sentral. Naik MRT ke Stesen Pasar Seni, 30 minit. Jam 8.10 sampai tapi Pasar Seni tak buka lagi jadi ayah cadangkan jumpa kat Restoren Yusoof & Zakhir. Situ je lah yang senang jumpa sebab hotel yang Fanny duduk walking distance je dengan restoren.
Macam biasa kat restoren gini, ibu ayah order tosei garing & kopi-o manakala Fanny order roti telur dan teh tarik.
Labels:
Kawan-kawan
Friday, June 19, 2026
Bua Loy Kelapa Di 99 Founder Cafe
Sesampai kat KTM Sungai Buloh, Wafi kata dah lapar. Dia nak makan Chicken Chop dan cadangkan 99 Founder Cafe di Puncak Alam.
Labels:
Makan2
Thursday, June 18, 2026
Hari Konferensi Waris Guru Murid F4, 2026
Malam tadi naik ETS jam 11.17 pm dari Sungai Buloh. Abang Imi tolong hantar. Ibu berdua dengan Mama Mia. Bawa selendang Jordan pemberian Kak Amie, maklumlah ETS ni kadang sejuk kadang tak berapa sejuk. Masa sejuk bolehlah buat selimut badan. Neck pillow tu pakai lama²... ehh berpeluh pulak.
Tuesday, June 16, 2026
Dulang Girl Lagi
Tadi Wafi call dok tanya lah pasal parcel dia. Hari ni pun tak sampai lagi.. adehhhh lah SPX ni, why so slow😬😬
Labels:
Anak2
Sunday, June 14, 2026
Jalan² SCM Terserempak Aqil
Jam 6 tadi ibu ajak Abang Imi temankan ke Setia City Mall sebab ibu ada barang nak beli. Malas nak drive sebenarnya🤗 Masa tu hujan masih renyai². Sedap betul lah tidur petang, hujan pulak tu. Kalau boleh memang nak sambung tidur.
Masuk beberapa kedai dapatlah barang yang ibu nak. Masa kat JD Sport Bami ditegur Aqil. Datang sorang² beli kasut sukan. Insyaallah seminggu lebih nanti daftar Politeknik.
Ibu ajak Aqil makan sekali sebab masa tu memang kita nak dinner. Bami suggest makan kat Nak Nak, restoren Korea.
Sunyilah nenek nanti bila Aqil masuk Poli. Aqil paling rajin teman dan tolong nenek.
Family Day 2026 : Hadiah Tukar² & Pakaian Terbaik
Hasil hadiah yang dibolot. Masukkan terus dalam container kemudian susun dalam boot kereta. Kat rumah baru unboxing.
Family Day 2026 : Sesi Tukar² Hadiah
Habis persembahan, kita buat tukar-tukar hadiah pula.
Ni hadiah anak-anak. Kali ni tukar style, satu family sediakan satu hamper/beg makanan/minuman ringan berdasarkan warna yang ditetapkan dan cabut undian siapa penerimanya.
Saturday, June 13, 2026
Family Day 2026 : Persembahan Kartun Mania
Beberapa bulan sebelum FD, masa berkumpul² mulalah adik² plan nak berpakain karektor kartun untuk malam hari kedua. Sama² pilih karektor kemudian cabut undi. Bolehlah masing² fikir nak pakai baju apa nanti. 3 minggu baru ibu order baju dari Shopee. Cari yang murah² je.
Family Day 2026 : Dinner BBQ
Sebelum mak-mak keluar untuk ambil gambar di tepi sawah, dah pesan kat abang² untuk bakar ayam, daging, tauhu dan sosej. Ayam sudah diperap pada hari sebelumnya.
Labels:
Family
Makan | Postage I Repair Kereta
Malam tadi dah niat nak briskwalk pagi ni tapi katil tak bagi kerjasama😂. Otak dan kaki synchronize pulak soh bermalas²an. Tapi perut kata lapar. Melempenglah pagi tadi. Buat 1 ½ cawan tepung, dapatlah 6 keping.
Labels:
Family
Friday, June 12, 2026
Thursday, June 11, 2026
Sambut Birthday Wafi
Hari ini ulang tahun kelahiran yang ke-16
Kita sambut in advance pada Jumaat malam lepas sebelum Wafi balik sekolah hari esoknya.
Beberapa hari sebelum tu ayah dah tanya nak makan kat mana tapi Wafi tak bagi keputusan. Masa bersiap-siap tu baru Wafi cakap nak makan kat Serai, Setia City Mall. Biasanya jenis tempat makan akan menentukan pakaian dan persiapan/mekap Wafi. Kalau kata makan kat mamak ke kedai tomyam ke, pakai T-shirt, seluar track dan tudung sarung 😁
Labels:
Anak2
Wednesday, June 10, 2026
Family Day 2026 : Sukaneka
Setiap kali Family Day aktiviti yang dinanti-nantikan adalah Sukaneka Keluarga.
Tahun ini Pengarah Sukaneka adalah Cik Ami.
Dia suka lah aktiviti begini.
Pengarah Sukaneka ni ada kala kena paksa😁, ada yang takes turn.. ada juga yang volunteer. Semua pun sporting sebab adik beradik lain akan support.
Labels:
Family
Tuesday, June 9, 2026
Family Day 2026 : Sarapan Pagi Hari Kedua
Hari kedua selepas solat Subuh mak-mak terus turun ke Teratak Bidara. T.akde pembahagian kerja pun tapi masing-masing auto ke dapur. Masak ramai-ramai.
Cik Nora masak Bakso second trip sebab accessories masih ada lagi. Ibu pun bawa perencah dan daging bakso dari rumah beli toko Ali Bakso tempohari.
Labels:
Family
Monday, June 8, 2026
Family Day 2026 : Makan Malam & Sambutan Hari Lahir
Hari pertama malam makan-makan keluarga dan sambutan hari lahir May babies.
Sunday, June 7, 2026
Masak² | Makan² I Netflix : Teach You A Lesson
Pagi ni tinggal bertiga je sebab ayah breakfast dengan gang UUM. Ibu buat jompot + bawang cicah sambal sardin. Kopiko 3 in 1. Semua tu hadiah masa FD tempohari dan kebetulan barang dapur tak topup lagi. Tepung dari Cikbaya, sardin dari CikBiela dan kopi dari CikFatin.
Labels:
Main masak2,
Makan2
Family Day 2026 : Pancing Ikan & Sunset Di Kesang Laut
Labels:
Family
Family Day 2026 : Lunch & Santai Petang
Check-in homestay jam 3 pm tapi owner bagi masuk awal cuma kena tunggu bilik ready. Jam 1.30 pm dah boleh masuk tapi kami masih berehat-rehat di Teratak Bidara. Nak lunch dulu sambil tunggu adik beradik lain sampai. Cik Ami sampai dulu dalam 1.20 pm sebelum kami sampai. Dari Gunung Ledang ada yang singgah masjid dulu untuk solat, ada yang nak nyendol dulu dan ada yang cari toilet.
Labels:
Family
Family Day 2026 : Homestay Kampung Malaya
Tahun ini Family Day kami repeat Homestay Kampung Malaya (HSKM) yang terletak di Muar, Johor. Sebelum ini menginap pada tahun 2021.
3H2M dari 30/5/2026 - 1/6/2026
Labels:
Family
Saturday, June 6, 2026
Balik Sarang
Habis dah cuti sekolah 2 minggu. ETS Wafi jam 10.22 pagi. Kali ni balik ber-6 sahaja sebab Afiqah balik awal parents hantar.
Labels:
Anak2
Friday, June 5, 2026
Family Day 2026 : Gunung Ledang
Dari Galeri Sejarah Tangkak kita akan terus ke homestay tapi sebelum tu singgah ke kawasan Gunung Ledang.
Gunung Ledang di hadapan sana.
Screenshot video yang diambil dari dalam kereta.
Labels:
Jalan2
Thursday, June 4, 2026
Family Day 2026 : Galeri Sejarah Tangkak
Dari Seremban terus ke Tangkak. Kumpul di Galeri Sejarah Tangkak. Galeri terletak di pekan sebelah padang Majlis Daerah Tangkak. Kecil je tempatnya.. macam bilik. Tapi dalam tu ada aircond dan kipas jadi sejuklah walau kami beramai-ramai masuk.
Labels:
Jalan2
Tuesday, June 2, 2026
Minum Petang Akok Panas²
Malam tadi jam 9 dah sampai rumah dari Muar dan menyinggah tempat lain. Sempatkan basuh baju 3 kali. Pagi sambung lagi. Badan pulak rasa tak sedap dan selsema. Lepas Zohor baru bawa baju²ke dobi untuk dikeringkan.
Sebelum balik singgah gerai tepi² jalan cari goreng²an.
Labels:
Makan2
Subscribe to:
Posts (Atom)

























