Pages

Saturday, December 5, 2015

Seseorang buatnya.

Beberapa hari lepas kita dikhabarkan dengan berita kematian Pak Yus (Yusri Bin Edoo) seorang pelawak.
Al-Fatihah buatnya.


Kawi adalah seorang peminat arwah.
Patutlah beberapa hari ni ibu dok perasan Kawi asyik pegang Yaasin.
Dalam kereta pun bawak dan baca.
Malam tadi selepas tribute Pak Yus dalam program di Astro, Kawi solat dan baca Yaasin lagi.
Mula2 tak perasan, bila ayah bagitau... ooo... patutlah.

Begitu besar pengaruh lawak buat anak ini.
Walaupun program lawak tapi terkesan buatnya.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin.
Aamiin...

No comments:

Post a Comment