Pages

Sunday, December 16, 2018

Terengganu 2018 : Day 1 - OTW Pergi

7.12.2018, Jumaat
Plan yang hampir setahun untuk cuti2 Shohari clan bermula hari ini. Seawal 6 am kami mulakan perjalanan setelah pickup Cik Cha di rumah nenek dan hantar toto untuk ditumpangkan pada Cik Wada.

 Selain kami berempat, Cik Cha and the kids.. full force dalam exora.. 8 orang.. mujur anak2 Cik Cha kurus2... jadi belakang tu selesa.

Abang Imi tak join sebab baru daftar poli untuk semester ke2.

 1st stop di RnR Temerloh. Awal lagi.. dalam jam 8++. Makan sandwich sardin & telur yang ibu bawa sementara tunggu nasi lemak Cik Elis. Kids dapat main playground... bagi mereka stretching sket.

Perjalanan diteruskan... ikut laluan LPT2 ke Terengganu. Pertama kali ikut situ.. jalan ok cuma di beberapa tempat agak beralun.

Oh.. ya.. pagi tu 3 kereta bergerak dari Klang.. kami, Cik Biela & family + ummi & Izzatun dan family Cik Elis. Oh ya... Cik Ami bertolak dari Kajang.

Sebelah petang selepas zohor family Cik Ujang, Cik Wada & Cik Baya. Manakala family Cik Nora bertolak malam
 Cukup 8 buah kereta dengan 46 orang penumpang.

Yang tak dapat join Abg Muhammad belajar di Mesir, adikwan dan Bami berada di kolej juga cik Anuar dan Cik Zamri yang bekerja.

2nd stop di Pantai Sura, Dungun.
Kami exit di Kuala Dungun sebab nak singgah2 pantai.

 Cuaca sangat cantik walau sebelum tu hujan on & off.

 Lepak sini dulu.

 Cik puteri Arissa yang sedikit moody😂

 Masa ni hujan sket ala2 tempias disebabkan angin kuat.

 Kudap-kudapan...

Angin best betul... sejuk dan nyaman.

 3rd stop di Rantau Abang.. misi mencari penyu.. tapi takde lah sebab penyu naik darat waktu malam dan ada musim2nya.

Penyu naik darat untuk bertelur.

 Panas litlit masa ni.. berteduh bawah pondok nelayan.

 Pasir halus dan cantik.

 Geng bawang😂😂

 Takde sapa pun mandi masa rembang😀

 View cantik.

Mari teruskan perjalanan.

Sampai dah KT.. Masa ni hampir jam 3. Singgah rumah adik Cik Zie.. ambik nenek Kuantan pula. Dijamu pula satar dan keropok lekor.. memang marvelous.

Alhamdulillah... jam 4++ sampai di Ana Homestay. Penginapan kami 4H3M

Hampir 10 jam baru sampai tapi puas hati sebab dapat singgah beberapa tempat.

No comments:

Post a Comment