Pages

Monday, August 2, 2021

Kerana Sebotol Parfum

Selepas tolong Kakak Widad buat video untuk assignment kelas ibu semak kerja BM Wafi. Dah habis minta Wafi bawa semua buku dan susun di biliknya. 
Masa ni ibu sedang baca whatsap mesej di komputer. Kepala pulak sakit.

Prangggggg

Astaghfirullah

Terdengar jeritan Wafi. 
Wafi datang kat ibu cakap botol minyak wangi yang ayah bagi pecah.

So?

Jawapan ibu sebab ibu tahu mesti Wafi akan ambil penyapu dan mop untuk bersihkan.

Tak lama lepas tu ibu jengok bilik Wafi, Kakak Widad kata Wafi tak ada dalam bilik. Ibu cari Wafi kat dining room... tak ada... bilik kakak tak ada.. terus cari di ruang tamu.

Rupanya Wafi menangis berjujuran air mata sambil teresak-esak. Peluk bantal sampil tutup muka.

Wafi kenapa?

Kita takut ayah marah.

Minyak wangi yang ayah bagi kita tu mahal.

Ibu pujuk-pujuklah.
Lepas tu mesej ayah yang sedang berada di surau sambil menunggu Isyak. Ceritakan apa yang terjadi.

Ayah telefon ibu nak  cakap dengan Wafi.
Selesai sudah sesi memujuk anak kecil ni.

Wafi sudah tersenyum kembali!

Ini salah satu minyak wangi yang ayah bagi Wafi yang terselamat. Versace.
Botol yang pecah tu banyak lagi isi. Ayah cakap botol yang pecah tu harga murah je... dengan harapan Wafi lega.

Bila ayah balik surau saje lah sembang-sembang dengan Wafi lagi. 

Rupanya ibu juga jadi punca... sebab ibu kata SO?

Aduhhh... ibu dah minta maaf..
Rupanya Wafi sedih ibu taknak tolong.. haaaa... memanglah.. ibu cakap macam tu jadi Wafi kenalah selesaikan sendiri. Dah 11 tahun tak perlu nak manja-manja.

Takde pun ibu nak marah.. sebab bukan ibu yang beli hahahah (gelak jahat!). Botol tu jatuh pun bukan Wafi sengaja. 


Malam semalam Kakak Widad photoshoot gambar Wafi untuk assignment. Rasa sejam jugalah siap mekap simple dan ambik gambar dengan pelbagai posisi.

Adalah lebih dari 20 keping..
Lepastu yang kakak pilih 1 sahaja untuk diedit dan buat cover majalah.. iaitu gambar pertama!πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ


Sakit hati je Wafi bila tau...

Penat je kita posing

Sabarlah Wafi. Bukan senang nak jadi model.
Lagi-lagi model tak berbayarπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

4 comments:

  1. Kesian Wafi. Takut ye sebab rasa bersalah.
    Tak apalah. Bukannya Wafi sengaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia paling takut kena marah dengan ayahnya sebab ayah dia jarang marah dia. Kalau kena marah memang dia akan ingat. Cara terbaik untuk elak kena marah nangis dulu jadi orang lain akan kesian.

      Delete
  2. Aduhaii kesian Wafi. Gabra agakanya takut kena marah. Tak tahu nak buat apa, ibu cakap macam tu lagilah dia sedih. Takpe, proses pembelajaran supaya dia berfikir juga tu macam akak cakap. Bagus dia dah happy dah. Gambar pulak jadi hal lain. Hihi..comel Wafi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah takut kena marah dengan ayah.. dengan ibu lagi banyak kena marah tapi ok je.. pilih kasih.

      Delete