Dah seminggu baru ibu sempat jumpa nenek. Lepas office nak singgah balik rumah nenek biasanya nenek dah pergi masjid.
Petang tadi tak buat apa itu yang ibu ajak nenek keluar. Terperap kat rumah pun cuaca kemain panas hari ni. Jam 6 pm baru ambik nenek.
Ayah suggest makan kat Samat Thai di Sec 13, Shah Alam. Last 2 weeks ayah makan kat sini, teringat² masakannya.
Haĥhh.. gitulah nenek kalau ambil gambar. Kena paksa senyum 😅
Masa tunggu order sembang² dengan owner suami isteri. Ayah dah kenal sebab sebelum ni dah jumpa. Tukang masak dibawa dari Bangkok.
Ais kosong, Lemongrass dan Orange Juice.
Telur dadar dan ianya crispy. Kalau tengok IG Samat Thai, chef dia tunjuk camne nak goreng telur dadar.
Tomyam campur. Terkejut ibu nengok isinya. Memang betul² seafood. Ada udang galah, sotong dan isi ikan putih.
Daging bakar Bangkok.
Kailan goreng.
Udang galah besar dan fresh. Ada 2 ekor.
Kunun masing² tak berapa nak lapar tapi bila masuk restoren macam² order😁 auto lapar pula.
Jom makan.
Nenek tak biasa makan udang kepala besar... tak tau kopek katanya😆
Dessert Pulut Mangga.
Nenek tak pandai makan style gini. Kalau mangga... makan mangga je tak reti makan dengan pulut. Dulu masa mula² kahwin, ibu pelik kenapa kat Kedah depa makan pulut dengan durian atau mangga. Lama² baru boleh terima. Maklumlah dari kecil tak diajar makan begitu.
Mural kat tepi restoren.
Overall memang puas hati makan kat sini. Lepasni boleh bawa anak² pula.
Sebelah resto ada Ecoshop. Ternampak aiskrim Cafè Latte yang Bola Katok review. Beli buat buah tangan ke rumah Cik Elis.
Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga nenek terus sihat walafiat
Aamiin YRA.
DeleteNenek nampak masih steady, umur berapa dah tu?
ReplyDeleteNampak sedap semua makanan, udang dalam tomyam tu pun besarrr
Alhamdulillah.. tahun ni masuk 76 Maz.
DeleteKalau Maz baca nenek tapi ini mak akak sebab dalam blog akak bahasakan diri ibu kat anak².
Alhamdulillah.. tahun ni masuk 76 Maz.
DeleteKalau Maz baca nenek tapi ini mak akak sebab dalam blog akak bahasakan diri ibu kat anak².
Tu dia.. Udang galah terus...
ReplyDeleteItulah... pertama kali jumpa udang galah dalam masakan tomyam di restoren.
DeleteItulah... pertama kali jumpa udang galah dalam masakan tomyam di restoren.
DeleteMoga nenek terus sihat. Sedapnya tengok menu. Pulut mangga lama nya tak makan.
ReplyDeleteAamiin YRA.
DeleteBoleh pi cari tu 😅
Sedap pulak tengok menu, pagi2 ni dah la belum makan hahaha
ReplyDeleteHari Ahad pagi malas²an dulu lah Cuya.. jap lagi baru pi cari makanan.
DeleteBestnya ada nenek lagi. Nampak sedap semua menu tu.
ReplyDeleteDalam blog ni kalau akak mention nenek tu maksudnya nenek anak² akak sebab akak bahasakan diri ibu kat anak². Ini mak akak. Nenek dua² belah keluarga dah lama meninggal.
DeleteTergoda tengok daging bakaq tu Kak!
ReplyDeleteSy first time makan pulut dgn mangga pun rasa pelik & tak lepas nak telan hehe. . sbb belah Baling jarang makan pulut mangga, dulu la. Tapi kami makan pulut dgn pisang emas :D
Lekaih caghi.. PH rajin masak boleh pi try resepi😄
Deletewowww... pulut dengan pisang emas baru 1st time dengar. Dahlah pisang emas sedap.
Agaknya.. dulu² kan kat utara ramai keje bendang tu yang depa makan berat.. pulut makan dengan apa² lauk atau buah.
Hahaha nenek comel betul . senyum pun kena paksa, makan udang pun confused nak kopek! 😂 Tapi seriuslah, baca sampai habis terus rasa nak ajak mak pergi Samat Thai esok! Menu semua padu, part “tak lapar” tu memang klasik auto order macam nak buka majlis 😆
ReplyDeleteTry lah cikgu... bawa orang² tersayang. Insyaallah berbaloi pergi.
DeleteWah, bestnya nenek.
ReplyDeleteTerbaiklah, dapat layanan istimewa... ahaks!
Nenek kalau tak ada apa2 program onz je sapa-sapa ajak keluar.
DeleteNi kunun ganti hari Sabtu malam Ahad minggu lepas, adik-adik bawak mak makan tapi kami tak dapat join sebab belum balik lagi dari Kedah.
Linda pun sampai sekarang tak reti makan pulut dengan santan fresh tu.. Kalau buah kuah durian, baru boleh makan dengan pulut.
ReplyDeleteowh... santan tu biasa tak masak eh... akak tau makan je tak dapat beza plak samada masak ke tidak.
DeleteAduhh... kalau kuah durian lagi laju makan.
Tomyam kat sini memang terbaik la
ReplyDeleteJom bila-bila repeat. Boleh pangkah resto yang hidang tomyam banyak bawang dan serai je.
DeleteTunggu depa balik cuti
DeleteTak pernah cuba makan pulut dengan mangga, kalau makan pulut, pulut sahaja, macam tu jugak mangga.
ReplyDeleteDaging bakar tu nampak menarik ;)
Pelan-pelan terima perubahan 😁
DeletePertama kali kami makan daging bakar Bangkok tu... sedap.. lembut.
Isssh nampak sedaaaap masakan Thai ini kak. Terutama Tomyam tuh 😍😍😍😍 sukaaa lah kalo isian dia banyaaak. Pakai udang galah pula yaa 😍😍👍. Bayar mahal tak apa, kalo sedap begini.
ReplyDeleteSaya dulu di Medan dan Aceh, makan ketan memang biasa pakai buah, ntah itu durian atau mangga. JD tak heran saat ke Thailand. Di JKT ini orang2 makan buah atau ketan, asing2 😄
Betul.. bayar mahal tapi puas hati sangat. Tak adalah ceduk kuah ada banyak bawang dan serai je.
DeleteAgaknya kat Medan dan Aceh banyak sangat buah-buahan. itu yang mereka makan pulut bersama-sama.
Nampak berselera makanannya....fuhhh terkeluar kaki udang tu ha....Makanan Thai sedap....
ReplyDeleteKalau kaki tu boleh makan kami makan, nak rasa berbaloi dengan harganya huhu..
DeleteBegitulah orang tua kan. Kalau bergambar muka ketat je, kena paksa senyum baru nak senyum. Kadang suka menyakat. Bukan biasa-biasa tomyam campur dia, siap udang galah lagi tu. Sedapnya lahai pulut mangga tu. Semua menyelerakan sungguh laa
ReplyDeleteItu belum lagi kena tegur.... asyik gambarrrrr je 😂
DeleteAlhamdulillah makan kat situ kena dengan selera kami.
Aduhhh...tomyan dan daging bakar bangkok tu...menggoda betul la...
ReplyDeletebagi akk cukup sempurnalah masakannya.
Delete