Briskwalk 2 pusingan tasik je sebab ada program dengan kawan-kawan.
Balik singgah beli lempeng+sambal, popiah biasa dan sambal untuk potluck.
Macam² tuan rumah masak. Rambang mata sekejap.
Tuan rumah berT biru dan belakangnya isteri beliau. Ibu panggil Zul TP sebab masa program geng² express Matrik di Biru Tata Negara Janda Baik, beliau jadi penghulu.
Sempat house tour banglo baru mereka yang baru dibeli dan renovate. Rezeki dapat beli tanah dan rumah di kampung namun dekat dengan semua fasiliti.
Fasa sekarang bila jumpa kawan², masing² cerita experience kahwinkan anak. Kebetulan last week ada yang baru selesai nikahkan anak dan esoknya ada seorang lagi.
Jam 11.30 am minta diri lah sebab ada urusan lain. Singgah MrDiy cari barang sikit. Balik rumah kunun nak baring² sejukkan badan.
Jam 2 pm, Cik Biela mesej soh balik. Nenek panggil makan. Ada lauk special.
Panas kat luar huhu...
Arghhh... ni kalau balik lewat tak uman nanti. Capai lah kunci kereta
Nenek tumis babat+daun soh dan sup kaki lembu. Cik Biela buat lagi kerabu mangga. Makan dengan mak dan adik beradik... cuit sana sini... berebut, baru seronok.
Dah kenyang baliklah rumah. Sambung tonton KDrama.
Dah boleh ready².
Insyaallah Sabtu-Isnin, FD di Hulu Bernam.
Seronok juga makan ramai2 bertambah selera makan sambil berborak.
ReplyDeleteKat rumah sendiri tinggal berdua.. kalau hari kerja makan sorang²... itu yang meriah bila makan dengan adik² lain.
DeleteAlhamdulillah...rezeki tu duduk dekat dengan nenek, nak balik makan pun boleh sangat...hihihi..
ReplyDeleteSemoga seronok nanti di FD...
Balik hari² pun boleh tapi tu lah rushing juga kalau nak singgah selalu sebab nak masakkan asben pula.
DeleteRezeki tu duduk dekat, apa apa boleh laaaa singgah .
ReplyDeleteAlhamdulillah... kadang kalau balik ofis dah lapar sangat memang balik rumah mak cari makan, apa² yang penting kenyangkan perut dulu🙈
DeleteSeronok ada kawan2 uni dok dedekat. Kawan ammi mcm bersepah2 je dorang ni
ReplyDeleteDuduk dekat dan masing² pun bila dah berumur cam sekarang hidup relax² je. Itu yang senang juga nak jumpa.
DeleteAsal dia beli rumah tu nak bawak mak dia dok situ sebab rumah depa susah nak naik turun. Tapimak zul meninggal so rumah tu maybe jadi rumah weekend la ...nak buat homestay pulak sayang sebab rumah lawa
ReplyDeleteSayanglah kalau nak buat homestay sebab semua perabot baru dan dah elok kondisi rumah. Dapat tetamu yang ok takpe.
DeletePernah dengar babat ni tapi cuma tak pernah rasa je.
ReplyDeleteBabat ni bahasa jawa, orang kita panggil perut lembu. Biasanya kalau kat kampung kami depa tak bubuh kapur. Itu sebab babatnya warna hitam. Sedap ditumis.
DeleteBestnya bila unimate semua dok dekat²
ReplyDeleteAkk menumpang je hehe... asben yang rajin bawa akk utk gathering.
DeleteSeronok makn rebut2 macam tu...wah nak family day...kita nyer postpone sebab mak buyung dah beranak...
ReplyDeleteTunggu baby besar sikit, boleh arrange semula.
DeleteFamily terbaru kami baru 2 bulan... angkut sekali nanti.
Dah banyak yg besar anak dari teman kakak yaa, Krn dah banyak hendak menikah. Saya pula krn nikah lambat JD anak msh kecil, padahal usia saya pasti tak jauh dengan kakak, beda beberapa THN, sama2 kepala 4 kita kan 😄.
ReplyDeleteTeman2 saya sama, makanya saya dah lama tak hadir event wedding Krn semua teman dah menikah, yg belum menikah tak ingin menikah, dan yg punya anak msh kecil2. Lamaaa dah nak kawinkan anak 😅
waduhhhh... akk dah 52... jauh betul dengan Fanny yang masih remaja😅
DeleteEhh.. kalau kawan² 40an mungkin sudah tidak mahu nikah sebab sudah hidup selesa.. sama juga dengan kawan² akak.. ramai juga yang masih membujang tapi hidup mereka bahagia.
waduhhhh... akk dah 52... jauh betul dengan Fanny yang masih remaja😅
DeleteEhh.. kalau kawan² 40an mungkin sudah tidak mahu nikah sebab sudah hidup selesa.. sama juga dengan kawan² akak.. ramai juga yang masih membujang tapi hidup mereka bahagia.
Banyak menu sedap-sedap tuan rumah sediakan. Wahh dah sampai topik kahwinkan anak sudah. Kejap je rasa anak-anak dah besar kan.
ReplyDeleteitu lah... lain macam topik sekarang bila dah jumpa.
Delete