Pages

Friday, May 23, 2025

Cucur atau Jemput-jemput

Daripada Wikipedia

Jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.[1] Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

Dari kecil kami guna perkataan jompot tak kisahlah jompot bawang, bilis, manis atau pisang. 

Cucur badak
Cucur udang
Ini biasa sebut.

Bila berkahwin dengan orang Kedah bertambah kosa kata.

CUCUR

Cucur jagung
Cucur bawang
Cucur udang, dsb.

Cucur jawa
Dulu sebut kuih telinga ke***g
Orang utara sebut coq peneram

Sumber FB : Eija Hashim
Sumber FB : Eija Hashim

Sekali kat FB member nampak CUCUR KODOK

Adakah cekodok dari perkataan cucur kodok?
Kalau memang begitu asal usulnya ngeri pula apabila disebut dan didengar 😅
Nak makan pun boleh teringat haiwan itu.

Tapi kalau sebut cucur udang atau cucur badak takde pula rasa apa-apa.

21 comments:

  1. tang KODOK tu bila disebut mesti teringatkan...tang haiwan lain rasa biasa....hihihi memang itu lumrah kita sebagai manusia hihii

    ReplyDelete
  2. Singkatan kot dari cucur kodok. Rupanya pun ada iras-iras kodok juga kan...ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... orang dulu² namakan kuih berdasarkan apa yang ada disekeliling.

      Delete
  3. Kami panggil cucur kodok Kak!
    Cuma bila duduk KL ni panggil cekodok 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laà.. memang ada lah eh orang panggil cucur kodok 😅

      Delete
  4. memang asalnya panggil cucur kodok mgkin sbb rupa bentuk dia tu ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa pun gitu... adehh.. elok je kodok tu dok diam² dapat nama.

      Delete
  5. Kitorg memang panggil goreng tepung je...
    Bila dah duduk dekat luar, cakap goreng tepung, org blur plak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. arrr menarik.. kalau akk dengar dok bayangkan goreng tepung kulit karipap tu.

      Delete
    2. adoi...sabar je lah...tapi memang iya, dah biasa kan kat rumah campur2 cakap jawa...bila masuk asrama, auto keluar perkataan jawa...kawan2 semua blur je...memang keluar dari ceruk tok kun lah orang kata.. hahaha

      Delete
  6. Ammi dari kecik dok panggil cekodok. Tak pernah guna perkataan jemput2 or cucur. Cucur hanya utk cucur udang. Bila dah masuk U baru dgr kawan2 from other states sebut dgn mcm2 gelaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istilah berbeza ikut negeri.. kadang 1 negeri pun guna lain² nama.

      Delete
  7. Tu agaknya panggil cekodok kalau cucur kodok....teringat kodok ong...ong....ong....tu.

    ReplyDelete
  8. Hari ni SA buat cekodok kuchai...nanti la share....

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh... sedap tu.. teringat lempeng kucai kalau tengok drama korea.

      Delete
  9. Cucur ini sama dengan bakwan kan ? Saya pernah makan di KL, sana sebut cucur, tp di Indonesia kami sebut bakwan.

    Tapi kue cucur di sini ada. Cuma tak sama dengan sana. Kali kue cucur rasanya manis, Krn Dari gula merah. Dia bulat, bagian tengah agak membukit. Itu kue cucur di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahh.. betul.. kat san sebut bakwan.
      kalau cucur yang Fanny sebut tu sini panggil cucur jawa.

      Delete