Pages

Wednesday, May 21, 2025

Hantar Buah Dapat Buah Juga

Petang tadi ibu balik on time. Cadangnya nak beli burger untuk dinner dan beli buah sekali. Peniaga burger kata tak mula lagi sebab nak ambil anak, pembantunya cuti. Ye sudah.

Singgah kedai buah kat pekan. Teringat kat nenek. Belikan limau Klang, mangga dan laici hijau. 

Mangga yang dijual bukan ditimbang sebaliknya jual per biji. Ikut jenis, ada yang RM1, RM2, RM3.50 dan RM5. Ibu tak sure mana yang lebih berbaloi samada timbang atau biji.

Lepastu terus ke rumah nenek.

Nenek plak pesan soh ambil buah kat dapur. Ada mangga hijau dari Sabak Bernam dan pisang petik kat belakang.
 
Buah yang sama ibu beli untuk rumah. Cuma ibu tak ambil limau Klang. Tak beli banyak cukuplah untuk beberapa hari. Mangga ibu ambil yang keras sikit.

Sekarang nampak banyak mangga dijual kat tepi² jalan. Musim yang tak pernah habis. Laici hijau pun nampak banyak kat kedai buah tadi.

Masuk² rumah tanya nenek ada makanan apa. Laparlah 😁 Pergi dapur buka tudung saji..... yeayyy... ada makanan. Yang terspesial kaki lembu tumis. Arghhhh.... tak boleh dilepaskan.

Cuti ritu nenek bagitau ada rebus kaki lembu tapi tak masak lagi. Bukan senang nak masak kaki lembu ni. Nak prosesnya pun leceh. Kena bakar dulu kulit kaki, kikis² buang bulu kemudian baru direbus. Guna dapur kayu. Dah empuk baru boleh dihiris² untuk dimasak samada sup atau tumis. Ibu memang tak rajinlah bab² gini... tapi bila makan... nak yang sedap 😁

Disebabkan ibu dah makan kat rumah nenek, ibu pesan kat ayah makan dulu sebelum balik. Ibu tak masak. Teringatkan semalam masak tapi ayah tak makan... hurmmm... hari ni no masak² 😬😬

29 comments:

  1. Teringat mangga di pasar sana, garam sangat harganya!
    No masak-masaklah kalau dah masak orang tak makan.... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena balik sini kak kalau nak borong mangga.
      Itu lerr.. sapa soh tak makan.. penat masak tau 😅

      Delete
  2. Cuya tak pernah try kaki lembu, apa rasanya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembut tapi ada part yang kenyal. Ada gak bahagian urat keting.

      Delete
  3. Kaki lembu nak proses mmg leceh.. tapi kalau dpt yg dah siap.. hmmm dap nyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada daging dan kaki lembu, pasti pilih kaki lembut. Cuma takleh makan banyak boleh muak.

      Delete
  4. Mangga dah murah skrg.. sekilo 3-4 sahaja.. ada yg beli 6 kilo RM20.00.. Buah mangga blh campur pelbagai jenis.. 👍🏻😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6kg RM20 murahlah kan... alang-alang beli makan sampai puas.

      Delete
  5. Ye mangga banyak sekarang... 2-3 hari ni pun Sy ada nmpk org jual rambutan & manggis juga...
    Balik rumah mak, kalau ada ikan masin je pun nak juga makan. Inikan pula kaki lembu yg rare tu hihi...
    Rindu pulak dgn arwah Mak saya 🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh dah ada rambutan dan manggis ya.. belum jumpa lagi kat sini.
      ehh.. betullah.. ikan masin je pun sedap.. dapat ikan goreng kurus nipis pun nikmat. Kadang tak tau kenapa rasa nasi kat rumah mak lebih sedap. Padahal beras sama juga guna.
      Semoga arwah mak PH sentiasa dicucuri Rahmat olehNya 💖

      Delete
  6. Makanan yg dah dimasak mmg sedap...lagi2 mak kita yg masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sueann... air tangan mak yang terbaik walau simple sangat masakannya.

      Delete
  7. memang banyak mangga jual tepi jalan je 5kg rm20. tak pernah beli taktau la manis ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli mangga ni nasib-nasib je Cie. Bercampur manis dan masam.

      Delete
  8. Plan beli buah, balik-balik dapat buah dan kaki lembu sekali! Memang rezeki dari dapur nenek tak pernah menghampakan. Dapur nenek level buffet kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan ada lauk balance tengahari... dapat plak sotong fresh adik ipar dapat dari adik dia. Candat kat Terengganu katanya. Kaki lembu tumis tu hari sebelumnya, mak kata takde sapa makan sebab adik beli makanan kat pasar malam tak tau mak dah masak.

      Delete
  9. wahhhhh air tgn nenek mmg sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... air tangan mak yang terbaik kan.
      Tapi kan... anak-anak cakap masakan nenek lagi sedap dari ibu.. ater camne tu 😁😁

      Delete
  10. Kaki lembut tumis, macamana rasanya, mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekstur lembut tapi ada part yang kenyal. Ada bahagian urat keting. Lebih kurang macam makan daging/isi sup gearbox. Tapi ini ada bahagian kulit juga.

      Delete
  11. Saya juga suka tunjang atau kaki sapi ini. Tapi jangan tanya masaknya. Memang tak bisa 🤣🤣. Beli jadi saja, atau kalo nak masak sendiri, yg sudah bersih lah. JD bisa langsung masak.

    Buah2nya nampak segar kak. Saya jarang ketemu seller yg jual buah per pcs. Biasanya per kg kan. Tp saya anggab kalo dia berani jual per pcs, berarti kualitasnya memang bagus.

    Btw yg kakak tanya di komen trakhir di blog saya, kemiri itu apa. Bukan hazelnut, beda kak. Kemiri ini candlenut. Buah keras. Warnanya broken white. Saya tak tahu BHS Malaysia nya. Yg pasti beda dari hazelnut. Hazelnut kacang

    Candlenut lebih kepada bumbu masak. Sering dipakai memang dlm masakan Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo panggil tunjang ya.. macam ada juga orang sebut.
      Dah dapat jawapan.. hasil dari google juga, candlenut tu buah keras. Di sini juga guna nama itu. Mak ajar nak bagi masakan rasa lemak bubuh buah keras. Kalau sendiri masak memang jarang guna. Tapi yang pasti kalau mak masak kuah kacang akan letak buah ni.

      Delete
    2. kemiri direct google to malay = hazelnut
      kemiri direct google to english = candlenut
      candlenut direct google to malay = buah keras

      fuhh.. banyak nak kena study untuk satu benda je.

      Delete
  12. Ammi pun sejenis tak kuasa nak buat kalau masakan tu renyah. Tu yg kadang2 malas nak masak kari or asam pedas…sebab lama nau nak menumis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena betul² pecah minyak... nak sedap katanya kena 3 kali pecah minyak tu😅. Ammi mesti terror masak kari.

      Delete
  13. Wahhh makanan rare bagi saya kaki lembu buat tumis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah Ezna kalau jumpa tapi setakat ni akk tak pernah jumpa orang jual dah masak.

      Delete
  14. Sedap plak nampak pisang dan mangga tu..tapi dua2 tu mengundang gula yang tinggi dalam darah...hehehe...xde kencing manis tp berjaga2 sebab keturunan semua manis2 belaka...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo pisang pun tinggi gula ya.. ok takpe.. kita makan sikit² je.
      Samalah belah mak akk pun... keturunan manis² huhu

      Delete