Pages

Sunday, May 18, 2025

Hari Bermalasan

Hari ni dah plan taknak ke mana². Nak betul² rehat kat rumah taknak buat apa² 😆

Sarapan pun masak apa yang ada kat rumah. Nasi putih leftover beberapa hari lepas yang ibu simpan dalam peti sejuk. Nasi pagi semalam sebenarnya ada lagi tapi lupa plak nak masuk fridge. Macam dah berair sket jadi lupuskan je lah. Balance ikan ada seekor dan telur dadar. Campurkan dalam nasi goreng juga.

Ingat nak buat lempeng pagi tadi nengok blog Cie teringin pula. Buka freezer ada plak 6 biji mantao. Ni kalau tak goreng entah bila nak buatnya. Sardin plak dalam tin besar. Masak semua dan asingkan separuh masuk freezer. Kalau masak separuh je, yang separuh tu nanti takut terbuang juga.

Pagi sampai lunch makan yang sama. Bila tinggal berdua ni lagi malas nak masak banyak kali.

Melepak je lah depan TV hari ni.

Petang ada final sepak takraw. Ayah lah layan. Ibu sesekali je jeling.

Ingat nak goreng keropok lekor dan emping jap lagi. Malas nak duduk dapur panas² ni. Walau cuaca taklah sepanas semalam tapi masih terasa bahang juga.

Alhamdulillah hari ni last paper PPT Wafi. Menunggu panggilan juga sebab minggu ni baru sekali call, tak sempat katanya.

Bila teringat anak² baca entry lama².

29 comments:

  1. sama lah macam bapa mertua saya...memang kalau tengok tv...rancangan sukan pasti jadi pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok live final boleh sakit jiwa dibuatnya 😁

      Delete
  2. Sedap tu makan mantuo.
    Saya pun hari ini bermalasan juga. Encik Suami ajak keluar pun saya tak mahu. Akhirnya dia keluar seorang bawa balik barang dapur.

    ReplyDelete
  3. Linda kata nak malas2 je kat rumah.. Tapi, dr semalam incikSuami asyik ajak keluar je... Hahaha

    ReplyDelete
  4. Terus cute muka abgnya...dekat SP cuaca hari Ahad panas sgt2...sampai sakit kepala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang pasrah.
      Panas juga ya kat sana. Haraplah semua bertabah bila dah masuk musim panas ni.

      Delete
  5. Seronoknya Kak tak payah masak di hari minggu. Heaven sangatttt :D
    Angah baru start PPT bertulis hari ni. Minggu lepas hafazan & maharat.
    Abg pula dah masuk 2nd week PPT. Moga beroleh keputusan cemerlang utk anak² kita semua 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tinggal berdua ni pandai-pandai lah cari makanan sendiri hehe...
      Aamiin YRA.
      Good luck buat Angah dan Abang... ummi pun tak senang duduk selagi anak-anak tak habis exam.

      Delete
  6. sama kak ana pun bila hujung minggu dapur off setakad sarapan je apa yang ada hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tenang-tenang je kak, dapur pun nak rehat kan hehe 😅

      Delete
  7. Betul kalau dah bukak satu tin, baik habiskan terus. Takut nanti terbiar terlupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang dah nampak ada lagi tapi terasa nak masak yang lain. Itu yang terbiar dan terus dilupakan huhu...

      Delete
  8. Terima kasih kerana tidak minta makanan bukan-bukan 😁

    ReplyDelete
  9. Weekend hari tu tak dapat rehat, ada urusan dengan family MIL. Layankan ajelah.. Memang sekarang panas berdenting, baru semalam hujan petang dan bersambung ke malam.. Alhamdulillah.. sejuk sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahad sini dah hujan.. itu pun malam.. petang tu dah mendung tapi tak juga hujan sampai terasa bahang. Petang semalam sama gak.. hujan juga. Ni kat luar pun tengok mendung je.

      Delete
  10. Wkwkwkwkwkwk iseng sangat wafi ke abangnya yaa 🤣🤣🤣🤣. Tapi itulah serunya kakak beradik kan. Kalo tak iseng, tak puas 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia... tak habis² mengusik 2 beradik tu. Cuma dengan kakak dia.. anti sikit 😁

      Delete
  11. Simple macam ni saya suka......alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang senang kan... asal kenyang perut.

      Delete
  12. Mana yang boleh kita habiskan, kita habiskan. Mana yang perlu dilupuskan, kita lupuskan. Saya pun tak mampu nak duduk lama-lama di dapur cuaca panas ni. Rasa malas betul nak melawan dengan panas. Bab² tengok sukan ni, kita jeling je lah. Nak tengok kadang tak faham. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya masak ambil masa yang lama sampai pecah peluh.. makannya sattt je 😅

      Delete
  13. betul tu yg simple pun best & mudah hehe

    ReplyDelete
  14. Takraw tu kami suami isteri layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak takleh tengok live... boleh tercabut organ dalaman😅

      Delete
  15. Dalam hidup SA kan...susah nak jumpa ayat bermalas- malasan tu...rutin tetap ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nengok SA masak tiap² hari pun dah tau... memang jadi rutin. Hidangan pun cukup lengkap Walau kadang balik berjalan, sampai rumah masih sempat masak. Salute betul.

      Delete