Pages

Wednesday, May 28, 2025

Khabar Dari Asrama

Nampak kat grup telegram Paksi 3 dan FB sekolah program PBL & HIP ni.

Cari Wafi dok mana terselit.

Jelas sikit.. seminggu tak dengar khabar berita.
Patutlah... busy dengan program ni. 
aishhh... dia tak tau ke ibu rindu.
 
Lepas exam PPT depa sibuk dengan projek pula.

Sebelah Wafi tu, Ika. 
Last week Wafi follow Ika outing. Mak ayah Ika yang bawa.
Alhamdulillah, Wafi dikelilingi kawan-kawan yang baik.
Agaknya headband tu beli masa outing.
Ni kakak nampak gambar, panggil adik dia Meow πŸ˜‚

haaa... ok nampak dia senyum.
Minggu lepas mengadu tak berapa sihat. Minta makan ubat demam tapi yang ada panadol. Haa boleh  lah tu.
Soh minum air kosong banyak-banyak.

Booth Bahasa Jerman Wafi dan kawan-kawan.
Gigih juga ibu google, pet = Haustier 

Nampak yang ini booth Bahasa Jepun.

Syabas anak-anak semua.

Alhamdulillah habis penggal 1 sesi persekolahan 2025/26.
Petang ni dah boleh balik yeayyyy
Cuti 12 hari kali ini.

29 comments:

  1. Ala ibu ni....Wafi bz la...x lama je lagi cuti sekolah....sabar sikit ye...sikit je lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah tunggu wafi la ni SA.. lepak mamak dulu tren dia kul 6.20 pm

      Delete
    2. Lega dah ni ada depan mata.

      Delete
  2. oh wafi ni smadjiwa ke? ammi mati2 ingat dia budak mrsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smad jiwa ammi, org panggil mat jiwa.. masa form 1 hari2 call nak berenti sekolah πŸ˜‚πŸ˜‚. Now dah ok

      Delete
    2. hehe... dia tak layak masuk mrsm Ammi, awal² dah kena rejectπŸ™ˆ

      Delete
  3. sporting lah yg boboi tu pun pakai headband tu...tak sabar ibu nak tunggu wafi sampai nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak menceriakan keadaan lah tu😁
      macam² gaya lah kawan² lain... yang jadi pocong pun adaπŸ˜…

      Delete
  4. selalu tengok juga bloglist sebelah, hari nie baru mata tertancap dekat "Jalan Rebung"... terfikir mcm suami owner blog " wife to jalan rebung"... sekali betul lah...maaf lah, kita kan baru...tp sporting sungguh nie...suami isteri berblog... terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan AL.. saya mula blogging lama dah ..lepas tu stop lama jugak ..now nak mula balik

      Delete
    2. alamak...... asben yg berblog dulu... lepastu akk create, takde idea nak letak apa itu yang jadi wife to @ jalan rebung. Lama gak asben stop dok sibuk kat FB & IG. Ni ntah ngapa aktif semula πŸ˜…

      Delete
    3. asben tak boleh tengok wife je update blog...dia pun nak juga...hihihi

      Delete
    4. salam kenal JR. seronok berblog nie...saya pun sama juga, pernah berhenti utk 5,6 tahun..tapi syg tak dapat comeback di blog yang sama...kena buat blog baru

      Delete
  5. Wahhh seronoknya cuti lama sikit ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... biasa 9 hari.. ni sebab bersambung cuti raya haji rasanya. Tapi tu lah... awal sehari pula, biasa Kedah start cuti Jumaat.

      Delete
  6. Waah lamaaaa cutinya. Sekalian idul adha di sana berarti ya kak... Senang pasti bisa ketemu wafi lagi ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni lama... seronoklah anak². Tapi homeworknya boleh tahan banyak juga huhu...

      Delete
  7. tudia macam macam bahasa ada....mantappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah dia tawarkan 4 bahasa, Arab, Mandarin, Jepun dan Jerman. Bila soh cakap kat rumah takmau nya dia 😬

      Delete
  8. Seronok ada aktiviti gini, dapat aplikasikan apa yg dipelajari dlm bilik darjah tu

    ReplyDelete
  9. waahhh bestnyaaa aktiviti! yeayyyy cuti 12 hari! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12 hari nampak lama... tapi tinggal bape hari je lagi huhu

      Delete
  10. Yeyy dah start cuti sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penuh xtvt wafi tu... awal 2 hari tu qada tido.

      Delete
  11. Patutlah sibuk, ada program rupanya. Cuti sekolah ni dapatlah ibu melepaskan rindu lama-lama.

    ReplyDelete
  12. Suka join booth macam ni. Banyak aktiviti menarik yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seminggu sebelum cuti, bila ada xtvt gini seronoklah sikit belajar luar dari kebiasaan.

      Delete