Pages

Saturday, May 17, 2025

Santai Sabtu

Gagahi juga pagi ni buat briskwalk. Last BW sebelum puasa ritu. Buat masa ni solo je lah, tunggu Kak Widad balik dari Kulim baru jalan sama².

Balik singgah Kedai Acheh.  Nak cari lauk sket. Teringin pulak nak makan ikan masin.

Dua ni mencabar juga nak pilih. Dilema.
Beli banyak² pun sorang je makan kat rumah. Ikan pekasam tu ada 4 ekor (RM9), ni mau berapa bulan nak habis. 

Sampai rumah tarik daun kelapa kering. Sapulah juga daun² kering pokok lain dan bakar. Kutip buah kelapa yang jatuh kat tanah dan dalam parit. Karang nenek bising pulak huhu... risau nenek buat sport check lagi๐Ÿ˜…

Setel bersihkan luar rumah, masak terus. Dalam rumah ayah kemas dan sapu².

Hari cuti lebihlah lauknya. Hari biasa 1 lauk 1 sayur. Kadang one pot meal je.

  • Masak lemak taugeh+tauhu+kucai
  • Ikan kembung + tempe goreng
  • Ikan pekasam
  • Telur dadar
  • Sambal belacan
Jom makan.

Lepas ni boleh layan Netflix.

30 comments:

  1. wahhh..cantik nya tengok dari peta....macam rama-rama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kalau nengok macam rama². Tapi sepatutnya pepatung. Nama tempat tu Dragonfly Park.

      Delete
  2. Tengah lapar ni nampak lauk pauk terus, sedapnya semua tu favorite

    ReplyDelete
  3. Tenggiri jeruk gu sedap, pekasam pun sedap. Memang berbelah bagi hihi...
    Banyak tu kalori dibakar Kak ๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last² beli pekasam je.
      Yang dibakar banyak yang ditopup pun sama banyak๐Ÿ˜…

      Delete
  4. Cie lagi lama tak BW dah lebih 3 bulan rasanya. Malas betul kaki nak melangkah. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mulakan tu yang liat kan.
      Cie kan rajin join fun run.. dah boleh mula balik tu. Akak tengok officemate akak lepas raya merata pergi.

      Delete
  5. Saya pun lama rak briskwalk. Encik Suami ajak setiap pagi Ahad atau cuti, tapi beratlah kaki hendak ikut. Pergilah dia seorang, kadang Firdaus temankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat kerja ladang tu kak... tu sehari berapa banyak steplah agaknya. Bila weekend mesti nak rehat² je.

      Delete
  6. Briskwalk solo tapi semangat berkobar, memang power! Ikan pekasam banyak tu, siap tahan ujian berbulan-bulan, ni bukan lauk biasa, ni stok survival lepas puasa ni ha. Daun kelapa pun kena ‘spa’ bakar-bakar, power betul! Lepas settle semua, layan Netflix dengan perut kenyang, memang cuti style pro! ๐Ÿ˜„๐Ÿฝ️๐Ÿ“บ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya jenuh juga nak bagi peghabih kalau dah sorang je makan ikan masin huhu...
      Pagi buat gerakan badan... petang jadi dugong ๐Ÿ˜…

      Delete
  7. Beli dua-dua lah lagi senang. ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti mata sakit tengok kat peti ais banyak benda.. masaknya tidak ๐Ÿ˜…

      Delete
  8. Selamat melarikan diri.
    Tau balik takpe.

    ReplyDelete
  9. Nak briskwalk, tapi skrg ni musim panas sungguh, even pagi2 pun panas. So saya hiking jela, at least hiking terlindung dgn pokok2 skit hehe :p

    Fuhhh lauk kampung sedapnyaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sekali je hiking Maz... taubat lepas tu๐Ÿคฃ

      Lauk kampung kalau lunch memang ngam.

      Delete
  10. Wahh banyaknya lauk masakk
    Cuya tak ramai di rumah jadi masak pon sikit2 jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah rajin tu Cuya.. selalu 1 lauk 1 sayur je๐Ÿ˜…

      Delete
  11. Lebih kurang sama je kita, bila weekend akan masak lebih dari biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend banyak masa di rumah... masak lebih boleh ulang makan. Lagipun makan lebih tenang berbanding weekdays.

      Delete
  12. Saya pun dah lama tak makan ikan asin. Sebab yg makan saya Sorang. Jadi malas nak beli ๐Ÿ˜…. Kalo teringin sangat beli saja yg sudah jadi direstoran. Lebih hemat tak mubazir ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga beli dah siap masak. Tapi kadang-kadang ada ikan masin yang tidak dijual di restoren.

      Delete
  13. Lama tak makan ikan pekasam....pastu cari tempoyak pulak makan sekali....pun sedap.....terliur pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh.. jangan disebut tempoyak... karang kena cari plak ๐Ÿ˜…

      Delete
  14. Kalau dalam dilema, kena beli dua dua baru tak menyesal. hihi..Sepadan semua lauk tu ada kuah ada gorengan dan juga sambal. Macam lama tak masak taugeh tauhu kucai masak lemak putih. Biasa tumiskan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tak habis² Fiza... lagipun ikan jeruk talang senang juga nak dapat kalau teringin.
      Sebab nak makan ikan masin tu yg masak lemak sayur.

      Delete
  15. Masak lemak tauge tu dapnyaaa....gu kan ngan ikn kembung goreng berlada kan...dapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... takde nak berlada² SA... goreng togel je sebab ada sambal belacan.

      Delete