Game Wafi jam 10.30 am jadi ibu ayah gerak dari hotel jam 9.30 am. Tinggalkan Kakak Widad sebab dia taknak ikut.
Dari Hotel Jelai ke SEMESTA dalam 10 minit sahaja.
Setesen bas Raub pun area ni je.
Kawasan ni macam pekan lama tapi banyak gak kedai² baru. Semua ada macam Watson, 99, KFC, Baskbear dsb.
Roundabout yang sama masa otw ambil kakak. Lepas tengok game sekolah Wafi vs Semesta, ibu ayah balik hotel sebab nak checkout.
Azmi Ikan Stim Tempoyak
Cikgu pengiring juga suggest makan kat sini, depa dah few times datang.
Bagus gak sebab kedudukannya pun kat pekan jadi senang nak pergi.
Menu yang diambil, ikan patin tempoyak, asam pedas bawal, lemak bakar, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Semua ni termasuk air kosong 3 dan limau ais 1, berharga RM57.05 (termasuk SST).
Habis makan cari kudap²an untuk Wafi dan kawan².
Kebun Sea Loy Kacang Goreng Sempalit
Sebelum balik singgah Kebun Sea Loy Kacang Goreng Sempalit. Kilang memproses kacang tanah dan ada gerai jualan di sebelahnya. Ini produk tempatan. Menurut penjual kat situ, Sempalit merupakan nama perkampungan dekat situ.
Tak ingat yang mana satu berharga RM3.90 dan RM4.90
Kulit Harimau tu takde lah rasa harimau😆 tapi salutan nipis kacang dalam tu ada jalur².
Ada juga buah-buahan dijual di sini. Ibu beli ciku je sebab Kak Widad suka. Yang kanan tu halia Bentong. Ibu tak beli. Pernah officemate bagi, halia Bentong ni kuat baunya. Puashati guna.
Ada juga buah-buahan dijual di sini. Ibu beli ciku je sebab Kak Widad suka. Yang kanan tu halia Bentong. Ibu tak beli. Pernah officemate bagi, halia Bentong ni kuat baunya. Puashati guna.
Kalau tengok rupa dia, lebih kurus dari halia biasa namun warna agak gelap sikit.
Dapat air kelapa pandan ori tanpa gula memang nyaman. Kak Widad kata lain macam panas Raub ni... aihhh... kat rumah tiap² hari dok dalam bilik memang ler tak rasa panas 😬
Habis lah cerita jalan² Raub.
Sampai rumah jam 6 pm.
Tiba2 sampai Raub.. Ketinggalan ketapi plak kita nie.. Hihihi...
ReplyDeleteTu baca dari atas lah tu😅
DeleteItu kacang goreng kulit harimau... Dari namanya ini membuat saya penasaran, bagaimana rasanya, Mbak?
ReplyDeleteSalam,
Kulit Harimau tu rasa lemak manis cuma jenis kacangnya berbeda. Ia lebih kecil, dalam ada 4 biji manakala dua kacang lain (jenis sama) dalamnya ada 3 biji dan bersaiz lebih besar.
DeleteNampak Patin Tempoyak terus lapar.
ReplyDeleteHuntonglaaaa.... kat Kuantan kalau teringin makan patin tempoyak senang nak dapat 😁
DeleteTaufik hantu durian tapi kalau tempoyak memang tak reti makan huhuhu
ReplyDeleteTry lah.. mana tau tiba² tersuka 😅
DeleteAzmi tu cawangan kat situ. Kedai asalnya di Lipis. Kedai dia memang ramai orang datang makan terutama VIP kalau datang ke Lipis ni. Sekarang dorg tengah buat restoran yang baru besar dan luas kat Lipis ni belum buka lagi.
ReplyDeleteooo ada cawangan lain juga. Nampak kat dinding resto, gambar pemimpin dan artis makan kat situ.
DeleteLamanya saya tak ke Raub. Arwah ayah beli kebun di Ulu Semantan. Sayangnya setelah meninggal tak ada siapa berminat untuk usahakan. Baru-baru ini kata sepakat ahli keluarga, kebun itu dijual.
ReplyDeleteNak kerjakan kebun tak mudah kan kak... lagi² bila nak usahakan tu makan modal, masa dan tenaga. Lebih baik jualkan sahaja.
DeleteMacam best je Raub ni Kak... Pernah pergi dulu, makan kenduri kot tapi tak overnight.
ReplyDeleteAktif Wafi, wakil sekolah sokmo 👍🏻
Best tapi tak sempat nak explore banyak tempat.
DeleteGame kriket je dia masuk PH 😁
Haha mmglah xde rasa harimau sbb awak dan saya tak pernah rasa.
ReplyDeleteAmmi suka halia bentong, lebih sedap dr halia biasa
ekeke.. aternya yang dua tu letak perisa, yang harimau tu takde pulak 😂
DeleteKalau member tak bagi halia bentong akak pun tak tau kewujudan halia jenis tu. Memang lebih sedap kan.
Bestnya leh jalan-jalan di raub sambil support wafi... kalau jalan tempat orang ni x sah kalau x singgah kedai mkn signature tmpt tu kan
ReplyDeleteBetul KM... itu lah yang kita cari. Mujur tempat tu takde lah ramai masa kami sampai.
DeleteSambil support sambil jalan.
Okay sangat tu tempatnya tak jauh. Patutlah top rating, tengok makanannya pun nampak menyelerakan. Bentong ni memang terkenal dengan halianya. Comel pulak tengok replika kacang tu. Panas-panas dapat air kelapa, lega tekak.
ReplyDeleteBab makan ni asben akak rajin google tengok rating dan review. Akak follow je tapi kalau ke daerah lain mesti cari makanan authentic mereka.
DeleteKacang kulit nih memang sedap, tapi tuhlaaah, pasti remah2 kulit ari nya bertebaran , belum lagi sampah bungkus 😅.
ReplyDeleteLihat ikan patin tempoyak , langsung catat dalam hati nak coba tempoyak saat di kota Palembang nanti, dalam perjalanan road trip kami.
haa ye lah.. kulitnya tu lah buat sepah.. makan sedap 😅
Deletekena try Fanny masakan tempoyak.
Kacang Goreng Sempalit ni tak pernah tahu.. boleh la singgah bila ada kerja di area sana nanti :D
ReplyDeleteSenang nak cari tempat ni TT, tepi jalan besar je menghala ke KB.
Delete