Pages

Saturday, June 21, 2025

Perjalanan ke Raub

Alhamdulillah malam tadi ibu, ayah dan kakak tiba di Raub jam 10 malam. Tujuannya nak jumpa Wafi dan support anak² Smadjiwa dalam Pusingan Kelayakan Kejohanan Kriket Perempuan SBP yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub.

Wafi call beritahu tentang game tersebut pada hari Rabu. Bila ibu check SEMESTA ni dalam 2 jam perjalanan. Ehhh... rasa macam tak jauh sangat. Ibu suggest kat ayah untuk pergi bolehlah jalan² Raub juga. Ibu tak pernah sampai lagi. Ayah setuju dan Khamis baru book hotel.

Jumaat pagi Wafi share gambar baru nak bertolak dari sekolah. Wafi duduk dengan Pipah.


Wafi dan kawan² dalam coaster beserta 2 orang cikgu pengiring.

Singgah RnR tapi Wafi tak tau RnR mana 😅

Ini yang dibelinya.

Ibu pesan siap².. beli apa je yang nak makan. Ibu siap² topupkan ewallet.

Petang jam 6 baru mereka sampai ke SEMESTA.

Sementara itu, kami bertiga bertolak jam 6.30 pm. Nak sampai tol Gombak tu banyaklah kenderaan sebab orang balik dari kerja. Seperti ayah jangka, sejam nak sampai ke tol Gombak. Sejam lagi ke Raub.

Kami singgah dulu di RnR Genting Sempah.

Ayah teringin makan patin tempoyak tapi yang kat sini tak sesedap di RnR Temerloh.

Jumpa pula batchmate UUM, Uncle Pearl dan Auntie Ina. Baru balik dari Pulau Redang dan singgah solat dulu. Dapatlah berbual lama sikit di sini.

Cikgu share gambar anak² supper di DM sekolah.

aishhh.. kat sini boleh pulak ya turun supper 😅

14 comments:

  1. Raub - KL dekat je dah cuma bila nak masuk weekend jem la ramai nak balik kampung & jalan2 ke pantai timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah Cie pun kalau shopping gi KL balik hari ya... K. Lipis atas sikit je dari Raub. Jalan pun hiway memang selesa lah. Weekend jam juga ya... tadi balik pun banyak kenderaan menghala ke pantai timur.

      Delete
  2. good luck wafi...seronok tengok wafi dah enjoy dengan kawan2..Pia masih mencari rentak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... nampak serasi dengan kawan² kriket dan kebetulan semua berkawan baik.
      Dah setahun setengah, Insyaallah Pia boleh💪💪.

      Delete
  3. Masa duduk asrama, memang kena rajinkan diri masuk macam2 aktiviti.. Baru lah dapat berjalan2.. Motif sangat..hahaha

    ReplyDelete
  4. Sukses ya Wafi.
    Suka melihat Wafi berfoto bersama teman-temannya. Tampak riang dan gembira...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Abah TA.
      Alhamdulilah serasi dengan kawan² nya tu.

      Delete
  5. Kalau ke Pahang memang tak lepas peluang makan patin tempoyak. Tapi saya tak tahu mana rasa yang sebenar...hahahaaa. Semua main telan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kak... orang luar ni makan je mana².. kalau orang Pahang tau lah beza patin liar dan sangkar. Mana masakan ori.

      Delete
  6. Replies
    1. Itu je lah kot rasanya game yang dia boleh main. Nak main bola jaring tak cukup lincah 😁

      Delete