Cerita Pusingan 1 Kelayakan Kejohanan Kriket SBP di sini.
Senyum dah Wafi nampak ibu dan ayah.
Bawakan keropok ikan buat kudap².
Sempat lagi tu.
Makin rentunglah si Wafi ni😅
Ibu santai duduk kerusi camping. Ayah bawa siap² 2 biji dari rumah.
Nampak semangat berpasukan mereka.
Ayah dan Wafi.
Makin rentunglah si Wafi ni😅
Ni minggu depan ada Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) dan Wafi masuk acara perbarisan kawad Puteri Islam. Lagilah tinggal nampak gigi je nanti.
Terubatlah rindu dapat jumpa buah hati pengarang jantung ni.
Wafi, Fathini, Pipah, Afiqah dan Anis.
Masa ni nak habis dah game pertama lawan dengan SEMESTA. Ibu ayah kena checkout dan ambil kakak di hotel.
Jam 3.30 pm datang balik.
Ibu belikan barang pesanan Wafi berupa sabun mandi dan sabun basuh. Dah alang² ibu datang kan, kalau tak ibu grabkan je ke sekolah.
Bungkuskan juga Mr Churros set family dan Ayam Gunting untuk Wafi makan dengan kawan² selepas game nanti.
Wafi, Fathini, Pipah, Afiqah dan Anis.
Masa ni jam 3.30 pm dan mereka sedang susun peralatan sementara game jam 4 pm. Ibu ayah dan kakak tak dapat nak tengok game kedua melawan INTEJ. Kena balik dah sebab kakak ada quiz Bahasa Jepun jam 8.30 malam. Ayah pula ada event dengan ASAS.
Gambar² ni Wafi share.
Pipah, Afiqah, Wafi & Fathini.
Kenangan yang pasti akan mereka kenang bila sama² susah senang dalam setiap training dan game sebenar.
Anis dan Wafi
Kalau tengok bekas makanan tu Oden Familymart. Kat dinding tu Tealive plak.
Pipah, Fathini, Anis dan Airin.
Gambar² ni Wafi share.
Pipah, Afiqah, Wafi & Fathini.
Kenangan yang pasti akan mereka kenang bila sama² susah senang dalam setiap training dan game sebenar.
Ber t-shirt hitam ni malam tadi mereka keluar ke mall. Tak sure kat mana sebab macam dengar cikgu cakap kat situ ada TMG dan TF je.
Mesti mereka rindukan Wafa dan DD yang tak dapat join pada kali ini.
Kalau tengok bekas makanan tu Oden Familymart. Kat dinding tu Tealive plak.
Jersi merah ni masa game ketiga pagi tadi.
Pipah, Fathini, Anis dan Airin.
Kali ni Fathini tak dapat main sebab kaki injured masa sukantara yang diadakan last week.
Pagi tadi mereka lawan dengan INSTAR, juara bertahan kriket peringkat Kebangsaan yang diadakan bulan April lepas. Sekolah Wafi pula menjadi naib johan.
Nampaknya sekolah Wafi tak dapatlah meneruskan game ke peringkat final yang akan diadakan di INTERSABER. Hanya menang ke atas INTEJ pada pusingan kali ini.
Untuk pusingan kedua peringkat SBP ni, awal² sekolah Wafi dalam grup yang sama dengan INSTAR🤭.
Yang bagusnya walaupun tak dapat tengok live, tapi boleh tahu markah melalui scoreboard kriket. Debarannya tetap sama.
Nampaknya sekolah Wafi tak dapatlah meneruskan game ke peringkat final yang akan diadakan di INTERSABER. Hanya menang ke atas INTEJ pada pusingan kali ini.
Insyaallah bangkit dengan lebih baik dan semangat pada tahun hadapan 💪💪
Tapi rasanya makanan tu bawa dari Semesta. Mereka add on ikan patin tempoyak kat situ. Pandai pulak budak² ni makan ikan patin. Rasa Wafi tak makan tempoyak.
Awal² semua semangat dalam bas... tu tak lama lah tu.. satgi pakat lena.
Ni kat RnR Alor Pongsu, Alya turun kat situ parent ambil. Dapat MC 5 hari asbab gusi koyak dan kena 3 jahitan. Bola kena kat bibir. Masa kena tu ibu nampak tapi dia teruskan game juga. Kuat betul semangatnya.
Tapi rasanya makanan tu bawa dari Semesta. Mereka add on ikan patin tempoyak kat situ. Pandai pulak budak² ni makan ikan patin. Rasa Wafi tak makan tempoyak.
Awal² semua semangat dalam bas... tu tak lama lah tu.. satgi pakat lena.
Wafi ada update masa sampai di RnR Tapah dan RnR Bukit Gantang.
Alhamdulillah anak² selamat sampai sekolah jam 11.20 pm.
Barulah ibu boleh tidur.
Sambil menunggu siaplah satu entry.
Wahhh tahniah, semangat bersukan
ReplyDeletehehe.. terima kasih uncle MT.
DeleteIbu ayah datang support je.
Alhamdulillah.. Selamat sampai... Moga Alya cepat sembuh...
ReplyDeleteAlhamdulillah... jauh perjalanan mereka haritu.. Balik entah jam berapa tidur, pagi dah kena bangun macam biasa.
DeleteInsyaallah hari ni buka jahitan.
Kental betul Alya tp itulah yg kita nak. Anak yg kental!
ReplyDeleteWafi mcm ammi .. tak gang dgn tempoyak dna tak gang juga dgn ikan patin
Yeah... bila anak-anak kental parent pun jadi semangat.
Deleteowhh.. tak makan ya.. mungkin anak-anak pun tak makan juga lah kan hehe...
Akak tak masak patin tempoyak tapi kerap beli makan. Bami dan Kawi suka.
Wah tahniah wafi, janji pengalaman wakil sekolah tu ada... nmp seronok wafi dgn member² dia
ReplyDeleteYeah.... pengalaman bermakna tu.
DeleteMember-member tu memang rapat kat asrama/sekolah jadi bila di padang pun sama.
Tahniah Wafi. Teruskan semangat bersukan.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sampai.
Buat Alya, moga cepat sembuh sepenuhnya.
Aamiin... terima kasih auntie Mulan 🥰
DeleteBiar semangat Wafi untuk terus bersukan.
Tahniah Wafi wakil Kedah hehe....
ReplyDeleteSeronok tengok anak² tengah membesar, teringat kita dulu pun gini la... Rentung muka sbb kuat main sukan :)
Masa peringkat kebangsaan tu Wafi tak terpilih... kena bagi player yang kuat² 😃
DeleteDulu boleh pakai Fair & Lovely haahah
Hebat ya Wafi aktif jadi anggota tim olahraga sekolah Mbak.
ReplyDeleteLucu-lucu foto yang Wafi share. Terlihat senang dan berbahagia bersama teman-teman sekolahnya...
Salam,
Masa sekolah menengah baru dia aktif sukan pak.. ada kawan² yang sepakat itu yang dia join.
DeleteApa-apa pun tahniah Wafi dan team bersemangat sampai ke tahap itu. Seronoklah Wafi ada penyokong tegar datang. Hilang rindu dia dengan mak ayah. Kalau dah bersukan confirm rentung. Takpe, nanti dah habis boleh cerah semula.
ReplyDeleteAduh, kena bola sampai gusi koyak tu kita pulak yang seram. Semoga Alya kuat dan cepat sembuh. Aamiin...
DeleteKalau tak jauh sangat memang ibu ayah boleh je datang sementara tak ada komitmen lain.
DeleteTak tau sempat cerah ke tidak.. ada je programnya😅
2 kali dah Alya kena bola kat muka dan cedera dalam mulut. Tapi sifat juang dia memang tinggi.
DeleteTahniah Wafi!
ReplyDeleteSporting betul ibu dan ayah dia.
hehe... nak sangat jumpa.. rindu.. lagipun tak jauh sangat.
DeleteKalau jauh mungkin tak pergi huhu..
Teman wafi yg namanya Pipah, miriiiip sangat dengan teman saya saat high school dulu. Jadi rindu dia pula ..
ReplyDeleteSenangnya wafi , saat tahu kakak dan suami datang ikut melihat ,☺️👍.
Di usia skr, memang lah anak2 bakal makin tanned dengan banyaknya aktifitas outdoor mereka ya kak, 😄. Tp tak apa, lebih bagus begitu biar mereka sehat Krn banyak bergerak
Mirip ya sama Pipah.. agaknya jenis happy go lucky juga.
DeleteGembira dia ibu ayah sampai.
Itu lah cakap kat dia.. ibu kakak semua geseng masa sekolah dulu hehe
Budak tgh aktif memang tak halang dari kesan rentung tu.. anak sy masuk olahraga.. pastu kawad lagi.. masuk pulak hoki.. hurmm mmg nampak gigi je akhirya hahaha :D
ReplyDeletealhamdulillah dah cuba yg terbaik insyallah cuba lagi tahun depan wafi..
Normallah kan.... baru lah nampak lasak hehe
DeleteHarap tahun depan lebih baik prestasi mereka
Alahai Keciknya dunia....Pete & husband akak gang ASSAK & husband anum pula junior hubby masa dekat UUM.
ReplyDelete