Hari Khamis semalam Wafi bertugas sebagai Dulang Girl sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2026 (MAPeC).
Bersama 3 orang lagi kawan PRS iaitu Mia, Ika & Syasya. Ketiga² mereka sama F4.
Terubat lah rindu nengok Wafi ulang alik atas pentas walaupun bukan penerima anugerah🫣.
Mudah²an mendapat tempias.
Lepas ni awak pulak naik pentas ambil anugerah tau 🥰.
Alya, Top 5 batch.. sama² cricketer dan sebelah kanan tu Ika.Mama Alya yang tolong ambilkan gambar mereka bertiga. Mama Alya kata Wafi comel, siap mekap lagi.
Adehhh.. muka rentung pun nak mekap juga ya..
Wafi... Wafi...

.jpg)
Apala ibu ni. Naik pentas kena lah glam walau hanya dulang girl. Comel apa bila Di solek
ReplyDeleteXpe ibu , jadi dulang girl pun dulang girl la kan janji dapat melawa atas pentas heheh
ReplyDeletejadi dulang girl kena la make up ibu baru la cun. hihhihi
ReplyDelete