Disebabkan barang yang Wafi nak beli semua ada di Setia City Mall, jadi ibu susun mana nak pergi jadi tak adalah penat ke hulu ke hilir di tengah orang ramai. 1 Mei tu kemain ramai orang.. maklumlah public holiday.
Lepas keluar Montigo masuk Watson pula. Kan kedai wajib setiap kali outing😬
Bantal fluffy Popcorn ni Wafi nak hadiahkan kepada Pipah sempena hari jadi.
Sebenarnya Wafi berkenan kat patung Snoopy pakai cap dan pegang bola baseball. Ibu cakap Snoopy tu kan anjing... takut Pipah tak suka pula.
Kemudian masuk Urban Fresh cari makanan nak bawa balik asrama. Ada yang tak jumpa nanti ibu keluar cari kat kedai biasa.
Sementara tunggu Wafi beli Ilao Iloa, ibu beli donut Big Apple dan Tealive.Sebelum tu naik tingkat atas, masuk Bata sebab nak beli court shoes Wafi. Sepasang RM89.99Pembelian seterusnya boleh dapat potongan 20% tapi ibu tak beli pun. Macam tak ada benda nak beli.
Kasut yang dibeli awal tahun patah tapaknya. Tak sangka pulak boleh patah gitu sebab ibu expect kasut akan renggang, itu yang ibu hantar cobbler untuk jahit keliling. Lain pukak masalahnya🫢Ingatkan bolehlah tahan setahun... gagal!
Tapi bila tengok balik cam boleh tukar tapak.. nantilah ibu tanya kat cobbler dulu.
Hari Sabtu tengahari ibu ke Urban Fresh semula sebab nak bayar pewangi Wafi ni. Jumaat tu masa sampai kat rumah baru perasan kenapa Glade takde dalam bil. Mungkin masa nak bayar Wafi tak letak atas meja cashier, tak perasan sebab terselit antara shopping bag atas troli.
Sekalilah ibu cari buku latihan Wafi di MPH. Alang² keluar cari barang dapur sikit kat pekan.





Comelnyaa bantal popcorn.
ReplyDeleteKalau lagi besar lagi syok buat peluk!
Lama Cuya tak pekena llao llao. Dulu zaman kerja mystep, suka beli. Favourite la sos pistachio dia. Sedappp
Kasut Cuya pon tapak dah tercabut. Tak bawa baiki lagi pon. Entah la bila nak bawa
Penuh jadualnya. Comel betul bantal popcorn tu. Kasut sekarang adakah banyak yang spesies tidak tahan lama kan?
ReplyDelete