Lepas kenduri, ibu balik rumah sekejap jemput Kak Widad sebab nak ke Kedai Kacamata Nur Kaseh. Kedai ni kat bandar Klang. Ikut plan, ayah nak bawa kami tapi kena lepas solat Jumaat. Lambatlah pulak nanti balik sebab ada beberapa tempat nak pergi. Takpe lah ibu drive sob.. sob..
Simpan sini rekod pemeriksaan mata.
Mata Kiri
Rabun : -
Silau : 100
Mata Kanan
Rabun : 50 (sebelum 25)
Silau : 50
Mata Kiri
Rabun : 175
Silau : 50
Mata Kanan
Rabun : 175
Silau : 75
Maintain bacaannya tapi kena tukar spec baru sebab lens dah kabur.
Ibu
Mata kiri
Rabun : 250
Silau : 50
Mata kanan
Rabun : 150
Silau : 100 (sebelum 75)
Alhamdulillah rabun tak naik cuma mata kanan silau bertambah.
Ibu pun kena tukar spec sebab yang ada dah calar dan kabur. Last ibu tukar cermin mata pada tahun 2020, buat di kedai sama cuma di bangunan lama... zaman covid lagi.
Ibu ambil bingkai plastik je sebab pada ibu lebih tahan dan lasak. Sebenarnya... 3 minggu lepas spec ibu masuk dalam mesin basuh. Ingatkan yang termasuk tu cermin mata Wafi lama sebab kaler nak sama. Bila ibu nak pakai spec tercari² mana spec ibu. Ibu jenis letak kat satu tempat je.. gantung kat meja solek. Bila cari tak jumpa baru teringat spec yang masuk dalam mesin basuh. Bila pakai... haaa... memang ibu punya. Luckily tak patah, tak bengkok dan performance maintain. Fuhhh...
Ibu pilih Advanced progressive lens dari Hoya. Lens multifocal (rabun jauh dan dekat) dan photochromic yang boleh berubah menjadi gelap pada keadaan cuaca panas/terang. Sama macam yang ibu pakai sekarang cuma sebelum ni guna lens standard. Harga dua kali ganda dari Standard.
Untuk Kak Widad dan Wafi spec masing² berharga RM50 (frame & lens). Pakej Viral ni lah yang menyebabkan kedai cermin mata Nur Kaseh ni terkenal di kalangan penduduk tempatan.
Cik Fatin beritahu ada satu lagi kedai yang menawarkan pakej RM48 sahaja dan kedai terletak di Centrepoint. Bangunan sebelah je tapi ibu tengok post Cik Fatin lepas semua dah setel.
Staff bagi date 15/5 untuk collect spec ibu tapi katanya biasa kurang dari 3 hari dah siap. Nanti mereka mesej. Ibu collect sekali untuk Kak Widad dan Wafi dan akan postkan pada mereka berdua.
"Sayangi mata anda hari ini, untuk penglihatan yang lebih jelas esok." 👓


.jpg)
.jpg)
.jpg)


Murah sangat tu spec Rm50.
ReplyDeleteMata nilah anugerah mahal dan nikmat yang tiada nilai.
Alhamdulilah masih boleh melihat dunia dengan sepasang mata ni. Syukur..
Cuya pon dah bertahun tak tukar spec
power tk tgi ok lagi...saya dlu masa study pakai juga spek tp skarang tk pakai..maybe dlu dlm kelas dok blkng soh tk nmpk
ReplyDeleteAunty SA ni blom tukar lagi cermin mata baru, company ada baginelaun 1000 untuk cermin mata dan gigi..500 cermin mata dan 500 gigi...tahun lepas dah buat rawatan gigi...tahun ni nak buat spec mata plak...
ReplyDeleteAwal tahun hari tu saya buat dua cermin mata. Memang pejam matalah sebab harga sepasang kanta mata mencanak naik jadi RM1350.00 . Mungkin sebab saya punya ditambah anti-reflective - lens coating. Silau saya teruk, kiri 350, kanan 420. Rabun kiri 600, kanan 600 juga. Teruk betul kan. Tambah bingkai dapatlah harga RM1800.00 x 2 =RM3,600.00. Kena buat dua sebab satu pakai untuk ke ladang, satu untuk di rumah.
ReplyDeleteCie pulak takde silau. Power jela yang naik & kiri kanan tak sama.
ReplyDelete