Pages

Tuesday, June 11, 2013

Cerita tentang 2 basikal

Haritu masa kat rumah ummi, Wafi dok berkenankan basikal kuning Isyraf.
Basikal tu 2 roda jer, jadi Wafi tak boleh nak naik lah sebab tinggi.
Tu yang dia mintak ibu pegang belakang dan dia dok sibuk nak mengayuh.
Katanya nak basikal kuning macam Isyraf.

Sekembali dari Tapah, ibu decide lah nak belikan satu untuk Wafi.
Beli hari Isnin, masa tu Wafi di taska. Kira nak buat surprise la.
Beli kat pasaraya.. yang ada warna oren, harga RM95. Tak tengok tempat lain pun.
Letak basikal di boot naza. Kawi & Bami yang akan bagitau.
Bila Wafi dah masuk kereta, kakak dan abang tunjuklah basikal tu.
Wafi ke belakang dan bila dia tengok basikal tu dia cakap " saya nak basikal kuning "
Sambil tu teresak2 dalam perjalanan dari taska ke rumah sambil cakap nak basikal kuning.
Sedih sangat dia tu.

The next day, ibu masih teringat2 keinginan Wafi nak basikal kuning.
Ambik dari taska, terus cari basikal kuning kat kedai lain. Biar Wafi pilih sendiri. Harga dapat RM80. Rupanya ada saiz yang kecik sket.

Bila dah dapat yang berkenan dihati, sukalah dia. Dok nak mengayuh jer.

Bila dah ada 2 ni, menyemak jer dalam rumah. Tak letak luar lagi sebab weekdays malam jer kat rumah. Bolehlah juga main kat luar petang balik dari school, tapi takde lah lama sangat.

Basikal tu kira birthday gift Wafi hari ni 11.06.2013
Selamat Hari Lahir, sayang.

Nanti ibu uploadkan gambar Wafi sambut birthday kat school yer...
itu pun kalau dapat banyak sebab bateri hp yg ibu bekalkan dah low :(

No comments:

Post a Comment