Pages

Saturday, September 21, 2013

Perabot murah2


Ofis ibu ada buat clearance sale perabot2 ofis.
Kira staf kena bid jugak lah.
Kerusi atas tu ibu beli dengan harga RM4.
Meja (console) tu RM2.
Ada lagi 2 biji typist table, 5 kerusi dan 2 pegion hole.
Semua sekali RM36.
Berbaloi2. Kat kedai perabot second hand pun tak dapat.
\
Itupun mula ibu ambik 4 perabot yang small size sebab bawak dengan Cik Nazaria jer.
Bila ayah datang dengan Cik Exorina barulah tambah yang lain.
Tak baloi nak bayar lori angkut sebab member caj RM30.
Haha... bukan kedekut tapi significant la kan...

Monday, September 16, 2013

Sate Goreng/Panggang

Hari ni cuti umum, Hari Malaysia.
Duduk rumah jer, relax n relax.
Breakfast pun ayah beli jer since ibu dok sibuk dengan house chores.
ehhhh.... kata nak relax huhu...

Dalam kepala memang teringin nak buat sate bakar, dah print resepi.
Tapi daging tak beli lagi dengan Wafi yang dok merengek dan mengempeng jer.
Jam 12.30 baru sibuk nak ke NSK, beli bahan mentah.

1.50 baru siap untuk memerap daging yang memerlukan 2 jam baru boleh dimasak.
Kuah kacang ibu panaskan jer, baki dari majlis makan2 kat kilang Khamis lepas.
Nasi impit dah rebus awal tapi kejadiannya tak menggembirakan sebab sukatan tak betul.
Alaaa.... selalu beli yang segera, ni pack sendiri, tu yang 'terlembut'.

Sayur lodeh pun dah siap, sambil2 tu ibu bersihkan stok lauk mentah untuk seminggu.

Ibu buat dua version, satu yang panggang dan satu lagi goreng seperti dalam resepi.
Resepi ibu ambil dari Dapur Azie.


Dah siap tapi lewatlah makan, dalam pukul 4.00 huhu...
Kesian Bami, dok asyik menyebut bila nak makan, bila nak makan.

Makan juga dengan kuah lodeh.
Tak sempat nak potong bawang dan timun.

ermmm.... sedap..
Alhamdulillah.

Sunday, September 15, 2013

Pavillion-Starhill-Pasar Seni

Sempena cuti 3 hari decide hari Sabtu, semalam untuk jalan2 ke KL sahaja. Cuci mata jer pun.
Banyak tempat dicadangkan tapi bila faktor masa, wang dan fasiliti difikirkan maka KL lah jadi pilihan. 
hahaha... orang KL pun tak heran Pavi, Starhill dan Pasar Seni!

Kali ni Kawi ajak second cousin, Khalisya.
Maka banyak lah gambar2 dua remaja ni.
Pakaian berdua ni Kawi lah yang decide. Tudung semua Kawi yang match kan.

 Bawak kereta dan naik LRT di Kelana Jaya.

Since kita jalan2 cuci mata dan Wafi pun baru kebah dari demam, maka stroller adalah perlu.
Karang tetiba dia nak berdukung.. haaaa sapa yang larat.

Sampai di stesen LRT Pasar Seni, kami naik bas pelancong yang disediakan dan ia adalah percuma. Certain area jer cover pun.

Sampai di Pavillion, bergambar dulu di air pancut yang jadi tempat tumpuan.

 Suasana kemerdekaan yang ke 56 masih terasa dengan adanya jalur gemilang.

 Wafi yang merajuk bila kakak tak bagi ambil gambar.

Bila Lisa ada, takdelah Kawi dan Bami nak berkelahi.

 Dulu laluan ayah ke tempat kerja.

 Ni depan Starhill.

 Ramai gak tourist.

Ambik aura jer.

 Masa kami sampai dalam jam 11 lebih tak ramai sangat orang.

 Nak buat gambar profile katanya.

Level 6, ada Japanese Walk. Diorang tengah buat origami tapi belum open tu public. Jam 12 baru ready.

 Antara sculpture yang ada.

 Antara kedai2 yang ada. Daiso kat sini tak sebesar Setia City Mall.

Lunch kat food court. Pilihan 2 remaja ni sizzling mee. Banyak choice tapi takde yang menarik selera ibu.

Untuk Wafi, nasi + telur mata kerbau + sosej RM5, gulppppp!!

Kawi dah aim hp Samsung. Tunggulah ibu upgrade hp ibu dulu :)

 hahaha.... ambik gambar kat pintu kedai jer. Nak masuk pun tak berani.

ihhhhh.... ada jer kepala Bami.

Lepas solat Zuhur tu kami jalan ke Starhill pulak. Sekejap jer pun sebab orang dah ramai pulak.
Kemudian ambil bas ke Pasar Seni pula.

 Crowded juga kat sini.

Tempat yang nak dituju, Dr Fish. RM10 untuk 15 minit.
Ibu tak nak masuk sebab masih terasa2 ikan tu gigit2 kaki.

Kawi dan Lisa relax jer.


ooooo.... barulah tau camner lukisan dan gambar dalam botol yang diorang buat tu.
Rumit gak.


Putu Bambu Tradisi ni Kawi yang beli gerai tepi CM, RM2.80/5 pcs. Sedappp...

 Minum petang sebelum pulang. Restoran kat tepi Central Market ni.


Bye.... jumpa lagi!

Saturday, September 14, 2013

Sedang baca....

Playboy Itu Suami Aku?!


ehhhhh.... novel jer.
suami ai bukan playboy hihi.

Friday, September 13, 2013

Buaian juga yang dicari

Pagi tadi dah mengadu demam bila bangun dari tidur.
Masa ambik kat school Ummi Ros ada bagitau Wafi demam, 37.5

Kalau demam Wafi minta masuk buaian. Ayun sket2 jer, dah tidur.

Cepat sembuh yer sayang, esok kita nak jalan2.

Wednesday, September 11, 2013

Syawal berlalu tetapi jamuan makan masih ada.

Ni makan2 kat rumah Cik Elis, ahad lepas. Walau dah habis Syawal tapi since minggu lain penuh dengan jemputan dan urusan, maka tertunda ke Ahad tersebut.

Sembang adik beradik.

Dengan gadget masing2 dan bertukar2 info.

Nenek yang keletihan setelah pagi tu rewang kat rumah atuk ikan keli sempena majlis pertunangan sepupu ibu, Aqilah.

Adam yang demam.
Petang tu hujan, sempatlah ibu take a nap. Ayah lah over, 2 jam tidur.

Petang tu singgah di Plaza Masalam.

Kawi dah boleh diharap untuk membayar di kaunter.


Merajuk bila kemahuan tidak dituruti.

Maghrib di Masjid Negeri.
Selama ni ibu tak tau yang bawah tu ada ruang solat. Selalu naik ke aras 2.

Yang diidamkan oleh Kawi, purdah.
Lawa katanya orang yang berpurdah ni.

Solat dah akhlak kenalah dijaga yer Kawi.

Tuesday, September 10, 2013

BEL 3050

Motor pertama ibu, Yamaha Sport BEL 3050.
Ibu beli second hand masa mula kerja ngan syarikat sekarag. Beli cash RM3,500.
Mahal juga kan kalau difikirkan tapi sebab nak memudahkan ke tempat kerja beli lah juga.
Ingat dulu, ibu pinjam kat ummi RM1,000 untuk top-up duit yang ada.
Dengan motor ni lah ibu hantar cik amie dan adik yang mana ntah untuk ke sekolah rendah.

Bila ibu dah punya wang lebih, ibu beli kereta Proton Saga pula. Lepas tu, motor ni ibu bagi atuk pakai.
Lama gaklah.. mungkin 15 tahun ibu tak naik.

Bila Bami beria nak motor, ibu bincang ngan atuk. Kat rumah atuk ada 3 extra motor. oklah ibu ambik motor merah ni yang mengaum bila dibawa.

Hantar kedai, servis mana yang patut.

Ayah pun beria belajar bawak motor. hahaha... umo 4o tahun baru reti bawak motor.
Ok lahh... better late than tak tau pa pe.

Ke surau pun ayah bawak motor jer.

Jangan bergaduh dengan Bami sudah.
Setakat ni Bami bawa untuk main futsal dan ke masjid jer.

Yang tumpang seronok, Wafi dan Widad lah.
Pantang orang start motor, mesti nak pusing2 kat rumah dulu.

Monday, September 9, 2013

Ayam Rosemary Happycall

Haritu kan cerita pasal pemanggang ajaib dari Happycall.
Beberapa hari lepas nak juga try. Tak boleh tunggu next week

Buat ayam rosmery dan masak dalam magic pan ni.


Dalam masa 15 minit dah masak.
Cepatkan... perap jer lama.
Ayam pun moist. Carrot dan kentang pun dah jadi lembut.

Konsep magic pan ni macam pressure cooker lah juga.
Dapur pun tak kotor dengan percikan minyak.

Waktu nak terbalikkan, memula ibu terbaikkan magic pan tu.
Tapi bila buka, ayam dia dok kat tepi.
Jadi ibu just balikkan guna senduk kayu jer.

Sangat recommend pada sesiapa yang suka menggril.
Banyak sangat brand sekarang ni dengan harga yang berbeza2, i-kan, vantage, HIG dsb.

Sunday, September 8, 2013

Bun Kacang Merah King's

Kat pasaran banyak jual bun roti kacang merah.
Ada yang memula penuh dengan inti, lama2 tinggal sikit.
Ada yang kat hujung jer kacang merah tu.
Ada pulak roti yang agak keras.

Kat King's adajual beli 1 percuma 1 RM3.80
Jual murah sebab expiry date dah dekat.
Beli jelah... cuba rasa.
Bawa 3 ketul ke ofis.

Setakat ni antara bun yang penuh dengan inti.
Roti pun masih lembut lagi.
Sangat puas.

Bancuh milo sebab nak standby untuk mencicah in-case roti kurang enak @ inti sikit.
Tak perlulah mencicah kan...
Tapi milo habis juga.