Pages

Wednesday, September 4, 2013

Ketiadaan Air dan Family Raya Open House 2013

Hari Jumaat lepas, balik ke rumah Cik Ana beritahu air takde. Adeh.. tong ada satu jer tak cukup plak untuk mandi-manda dan masak memasak.
End up, balik rumah atuk. Kat rumah atuk air masih keluar walau tak laju. Lagipun rumah atuk ada tong yang besar. Malam tu berkampung kat rumah atuk dengan harapan malam atau awal pagi dah ada air.
Pagi2 balik rumah pun air tak keluar juga dan projek untuk membuat kek2 dan beberapa juadah lain terpaksa dibatalkan bila memikir nak basuh peralatan dsb.
Jadi, ibu hanya buat Puding Cokelat dan juga Trifle untuk Open House keluarga kat rumah arwah moyang malam tu.
Untuk menyertai rombongan majlis akad nikah jiran ibu di masjid pun terpaksa dibatalkan sebab tak selesa dengan keadaan.
Alhamdulillah, tengahari tu air semakin kuat di rumah atuk walau pagi tu stop juga. Dapatlah keluarga masing-masing memasak juadah yang dirancang.


Petang tu sempat ke rumah ex-schoolmate/unimate di Meru. Pegi pun dah lewat sebab nak menunggu hujan yang lebat tengahari tu.

Malam tu pun majlis berjalan sepert yang dirancang. Gerai kami ada wedges, nugget, ketam stick, pudding coklat, trifle juga ais krim.



Aiman sedang sibuk menyusun wedges.

Tak larat la nak angkat Wafi.

Keluarga lain ada yang menyediakan mee/bihun sup, mee kari, nasi impit, rending, kuah kacang, kuih muih, buah-an, ikan bakar dsb.

Khemah air nun dihujung sana.

Tak banyak snap gambar sebab sibuk melayan tetamu yang sama2 memeriah majlis.
Majlis habis dalam jam 1.00 am
Syukur, walau awalnya ketiadaan air yang merisaukan, Allah memudahkan apa yang dirancang.

No comments:

Post a Comment