Pages

Monday, September 16, 2013

Sate Goreng/Panggang

Hari ni cuti umum, Hari Malaysia.
Duduk rumah jer, relax n relax.
Breakfast pun ayah beli jer since ibu dok sibuk dengan house chores.
ehhhh.... kata nak relax huhu...

Dalam kepala memang teringin nak buat sate bakar, dah print resepi.
Tapi daging tak beli lagi dengan Wafi yang dok merengek dan mengempeng jer.
Jam 12.30 baru sibuk nak ke NSK, beli bahan mentah.

1.50 baru siap untuk memerap daging yang memerlukan 2 jam baru boleh dimasak.
Kuah kacang ibu panaskan jer, baki dari majlis makan2 kat kilang Khamis lepas.
Nasi impit dah rebus awal tapi kejadiannya tak menggembirakan sebab sukatan tak betul.
Alaaa.... selalu beli yang segera, ni pack sendiri, tu yang 'terlembut'.

Sayur lodeh pun dah siap, sambil2 tu ibu bersihkan stok lauk mentah untuk seminggu.

Ibu buat dua version, satu yang panggang dan satu lagi goreng seperti dalam resepi.
Resepi ibu ambil dari Dapur Azie.


Dah siap tapi lewatlah makan, dalam pukul 4.00 huhu...
Kesian Bami, dok asyik menyebut bila nak makan, bila nak makan.

Makan juga dengan kuah lodeh.
Tak sempat nak potong bawang dan timun.

ermmm.... sedap..
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment