Pages

Sunday, September 15, 2013

Pavillion-Starhill-Pasar Seni

Sempena cuti 3 hari decide hari Sabtu, semalam untuk jalan2 ke KL sahaja. Cuci mata jer pun.
Banyak tempat dicadangkan tapi bila faktor masa, wang dan fasiliti difikirkan maka KL lah jadi pilihan. 
hahaha... orang KL pun tak heran Pavi, Starhill dan Pasar Seni!

Kali ni Kawi ajak second cousin, Khalisya.
Maka banyak lah gambar2 dua remaja ni.
Pakaian berdua ni Kawi lah yang decide. Tudung semua Kawi yang match kan.

 Bawak kereta dan naik LRT di Kelana Jaya.

Since kita jalan2 cuci mata dan Wafi pun baru kebah dari demam, maka stroller adalah perlu.
Karang tetiba dia nak berdukung.. haaaa sapa yang larat.

Sampai di stesen LRT Pasar Seni, kami naik bas pelancong yang disediakan dan ia adalah percuma. Certain area jer cover pun.

Sampai di Pavillion, bergambar dulu di air pancut yang jadi tempat tumpuan.

 Suasana kemerdekaan yang ke 56 masih terasa dengan adanya jalur gemilang.

 Wafi yang merajuk bila kakak tak bagi ambil gambar.

Bila Lisa ada, takdelah Kawi dan Bami nak berkelahi.

 Dulu laluan ayah ke tempat kerja.

 Ni depan Starhill.

 Ramai gak tourist.

Ambik aura jer.

 Masa kami sampai dalam jam 11 lebih tak ramai sangat orang.

 Nak buat gambar profile katanya.

Level 6, ada Japanese Walk. Diorang tengah buat origami tapi belum open tu public. Jam 12 baru ready.

 Antara sculpture yang ada.

 Antara kedai2 yang ada. Daiso kat sini tak sebesar Setia City Mall.

Lunch kat food court. Pilihan 2 remaja ni sizzling mee. Banyak choice tapi takde yang menarik selera ibu.

Untuk Wafi, nasi + telur mata kerbau + sosej RM5, gulppppp!!

Kawi dah aim hp Samsung. Tunggulah ibu upgrade hp ibu dulu :)

 hahaha.... ambik gambar kat pintu kedai jer. Nak masuk pun tak berani.

ihhhhh.... ada jer kepala Bami.

Lepas solat Zuhur tu kami jalan ke Starhill pulak. Sekejap jer pun sebab orang dah ramai pulak.
Kemudian ambil bas ke Pasar Seni pula.

 Crowded juga kat sini.

Tempat yang nak dituju, Dr Fish. RM10 untuk 15 minit.
Ibu tak nak masuk sebab masih terasa2 ikan tu gigit2 kaki.

Kawi dan Lisa relax jer.


ooooo.... barulah tau camner lukisan dan gambar dalam botol yang diorang buat tu.
Rumit gak.


Putu Bambu Tradisi ni Kawi yang beli gerai tepi CM, RM2.80/5 pcs. Sedappp...

 Minum petang sebelum pulang. Restoran kat tepi Central Market ni.


Bye.... jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment