Gambar-gambar sekitar perkahwinan sepupu ibu, Aqilah dan Muiz.
Ini rewang pada hari Jumaat malam, 28.03.2014. Cik Fatin sedang sibuk mengelap daun pisang untuk digunakan membungkus kuih koci dan lemper pada keesokan harinya.
Majlis pernikahan di Masjid Bukit Kapar sebelum Zuhur, hari sabtu 29.03.2014
Marhaban wanita pada malam harinya.
Antara 'rewanger', mencuci cawan2.
Cik Amir, Cik Ujang dan Cik Zie yang duduk2 bersembang sementara nak tolong angkat2 pinggan.
Atuk Leh (atuk ikan keli) dan Nenek Zaharah selaku tuan rumah.
Juga Atuk Turiman (atuk kura-kura) dan Nenek Lilik yang jadi penyambut tetamu.
Lovely brothers and sisters.
Ni pulak hari persandingan di pihak keluarga Muizz di Kota Setia, Perak,
Sebuah bas disediakan. Wafi dapat kawan baru.
Majlis start 12.30, dan masih awal lagi jadi kami ke Menara Condong di Teluk Intan. Waktu ni baru jam 10.45 am.
Rombonga Cik Kiah turun dari bas.
Sambutan dengan berkompang.
Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. :-)
Habis majlis kami ke Lumut pulak.
Udang kering yang fresh.
Ikan bilis mata biru yang segar.
Berehat sambil menikmati air kelapa. Ibu masih tak percaya yang Bami nak turut serta. Ingatkan nak duduk rumah jer. Minta temankan Kawi yang tak dapat serta sebab ada kelas tambahan di sekolah. Nasib baik kakak tak kisah. Itu pun ibu mintak dia cuti tapi tak mahu sebab nanti banyak buat homework. Alhamdulillah, kakak well behaved dan ada tanggungjawab.
Cik Biela dan nenek juga turut serta. Wafi pun sangat behaved di dalam bas. Cuak juga ibu nak bawak sebab long distance kan.. takut dia tak serasi sebab first time. Gigih tu tengok kawan2... tengok tv. Sekejapan jer tidur.
Mi di Mastan Ghani juga air jagung yang fenmes di sana.
Seronok sesi jalan2 naik bas bila anak2 tak meragam. Ayah lagi lah suka sebab tak payah drive dan boleh enjoy the scenery dan yang penting boleh TIDUR!