Ni bekfes di Gerai Cik Edi. Gerai lama tapi bersih. Yang berkunjung pun orang2 kampung jer.
Ada nasi lemak, lontong, cekodok, kuih muih, bihun, nasi impit, ayam goreng, paru berlada juga beberapa lauk pauk lain dan yang femes sekali lempeng + sambal kampung.
Ibu yang first time datang sini. Anak2 dah biasa sampai. Haritu ibu EL sebab nak jaga Wafi yang demam.
Ibu tengah nak bagi ubat pada Wafi. Ubat yang last tu, Wafi termuntah huwaaaa....
Pilihan ibu lontong dan teh tarik.
Haaa... ni yang paling orang suka, lempeng dengan kuah pencicah.
Memang sedap.
Walau hanya sebuah gerai lama, tapi masakannya memang menepati selera kampung ibu.
No comments:
Post a Comment