Jijah @ Vicky yang arrange geng Teknik untuk beriadah di Taman Tasik Cyberjaya pada hari Ahad 19.10.2014.
Berpusing gak ler sebelum jumpa tempat tu.
Ini Wafi yang berlarian takmo bergambar.
Dari playground nak ke tandas tu jauh ler jugak.
Taman dah cantik tapi tandas hazab gggrrrrrrr
Harap pihak bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan efficient.
Potluck. Ibu bawak nasi lemak sambal sotong dan jeli kelapa. Ada pulut kuning, karipap, pastri, roti jala, ciskut dll.
Ciskut yang sedap.
Wauuu... sedap tau!
Bila dah berjumpa, aktiviti sembang n makan. Usik mengusik.
Anak2 main di playground.
Cuaca plak nyaman jer.. tapi pagi tu dari rumah huja renyai2.
Di Cyberjaya cuaca perfect!
Cool kan...
Ni aktiviti car boot sale. Jpaq ada bawak mee sanggul Bumi Best dan pes mi bandung muar.
Memang terbaik kombinasi. Beratoq ambik order.
Mi sanggul Bumi Best ni keluaran bumiputera dan dijamin halal.
Yang best boleh dibuat maruku. Terbaekkk.
Lepas piknik dalam jam 12.30 kami ke Sg Merab plak untuk program ziarah sahabat Razee yang beberapa hari sebelum tu ada masalah kesihatan. Alhamdulillah telah beransur sihat.
Kat situ pun dijamu lagi... nasi arab... wahhhhh... memang sedap.
Alhamdulillah.. aktiviti rehlah dan ziarah berjalan dengan lancar dengan kehadiran rakan2 teknik yang sporting.
Next outing bulan November, piknik n BBQ di Templer.
Adoiiii... tak dapat join sebab ada program lain huhu..
Looking for room for rent near MMU Cyberjaya? Have a look on Edusphere!
ReplyDelete