Sesi perjalanan diteruskan.. adehh... 2 hari 1 malam jer pun tapi entry tak abis2 lagi.
Ni hari Sabtu 9 Mei 2015. Main program sebenarnya. Yang jalan2 gi Ayer Keroh dan Batu Pahat tu selingan hehehehe..
Kami je dari Batu Pahat. Yang lain berkumpul di RnR Seremban dan konvoi ke Yong Peng untuk program ziarah rakan UUM, Puan Yan.
Pit stop di KFC, pekan Yong Peng. Ada sesi taklimat sedikit daripada tuan penaung.
Perjalanan melalui ladang kelapa sawit.
Dari pekan Yong Peng dalam setengah jam sampai rumah destinasi. Dalam jam 12 lebih dah sampai.
Rakan dari Miri, auntie Sherry juga turun untuk sama2 dalam program ni.
Wafi ada kawan, Aisyah setahun muda. Seronok main dengan kawan baru awak yer.. Aisyah ni anak uncle akmal dan auntie niza. Sebelum ni pun dah pernah jumpa tapi sekejap2 jer tak sempat enjin panas pun!.
Aiman Azeem ni anak uncle azhar. Sebaya ngan Bami. Pandai layan budak2 kecik.
Kawi kat mana2 pun jadi baby sitter. Suka budak2 tapi suka sangat sakat adik sendiri ggrrrr...
Kami gerak sebelum asar tinggalkan rakan2 yang baru sampai sebab tak dapat join awal.
Singgah dulu di Alai, Melaka dalam jam 6 pm.
Makan2 di Restoren Ala Kassim. Ibu dok bayangkan betul2 tepi laut.. rupanya gerai kat tepi2 perumahan jer.
Makanan semua menepati citarasa kami. Sedap dan segar. Terasa kelembutan isi ikan. Tak tunggu lama sebab uncle azhar dah order siap2.
Lain kali boleh ulang tempat ni.
Sebelum maghrib kami dah gerak keluar. Lagi 2 kereta terus pulang ke KL.
Kami stay semalaman di Mutiara Alai Homestay. Satu bilik RM90 (kalau tak silap sebab ayah yang buat urusan).
Bilik cukup untuk memuatkan kami berempat.
Ehhh... lupa nak bagitau, Bami tak join sesi cuti2 ni sebab hari jumaat tu kan masih sekolah, jadi dia tak mau cuti. Kawi dan Wafi awal2 lagi ibu dah inform cikgu.
Cermin mata yang Wafi pakai tu takde power. Souvenir dari nenek mah yong peng. Dulu nenek mah ada kedai cermin mata tapi dah tutup. Banyaklah bingkai2 yang disedekahkan. Bingkai cermin tu berharga RM228.. wowwwww...
Cermin mata yang Wafi pakai tu takde power. Souvenir dari nenek mah yong peng. Dulu nenek mah ada kedai cermin mata tapi dah tutup. Banyaklah bingkai2 yang disedekahkan. Bingkai cermin tu berharga RM228.. wowwwww...
Homestay ni ada sediakan alatan memasak di luar. Tapi takde lah kami nak masak2 sebab stay untuk berehat jer. Kesian driver jalan jauh kan hehehe...
Ada kolam renang kat sini.
Sebab ada dua keluarga jer masa tu dan yang satu lagi tu tak keluar maka kolam renang tu dua beradik lah yang conquer.
Jam 11 am dah check out sebab nak relax2 je otw tu. Lagipun dah dok teringatkan Bami yang kat rumah.
Bami ok je kalau kami tinggalkan sebab boleh ajak kawan tidur rumah. Tapi kena tengok keadaan jugak sebab takkan lah selalu tak join kan... karang orang panggil anti-sosial plak ekekeke...
Alhamdulillah.. habis gak cerita Melaka-Johor-Melaka-@ jln rebung