Ini jalan2 yang cuti 4 hari sempena Hari Pekerja dan bersambung ke Hari Wesak.
Kami keluar rumah lebih kurang jam 10.30 am hari Jumaat tu menghala ke Kuala Selangor.
Sekali kat LATAR pun dah jammed.
Nak exit ke persimpangan Kuala Selangor jer pun tunggu dekat 1 jam padahal depan mata je pun.
Nasib baik ayah terror divert ikut laluan Ijok.
Agak jauh tapi moving fast.
12.30 baru sampai ke Kuala Selangor... fuhhhh... lap peluh.
Cuti2 ke Kuala Selangor dan Kg Kuantan je sebenarnya... nak tengok kelip2 malam tu.
Kita stay kat Zande Motel, Kuala Selangor.
Sampai2 makan dulu.. lapar dah semua.
Pagi tu buat bihun goreng dan ayam goreng. Rezeki lebih sebab nenek hantar mi goreng juga.
Tapau semua ke KS.
Lepas makan, ayah & Bami solat Jumaat di masjid sebelah jer dengan hotel.
After asar baru kami jalan2 ke Bukit Malawati (yang entah ke berapa kali pergi) huhuhu... killing the time sementara tunggu malam. Takkan nak dok dalam bilik je kan....
Anak teruna dan anak dara. Bami cam biasa lah, susah nak bergambar.
Masing2 layan aiskrim dulu.Wafi taknak bergambar sebab risaukan kera2 kat situ.
Kakak memang selamba jer.
Orang pun takde lah ramai sangat. Mungkin dah petang.
Orang pun takde lah ramai sangat. Mungkin dah petang.
Turun2 tram main sekejap kat playground.
Lepas Isyak baru kami keluar menuju ke Kg Kuantan.
Sebelum tu singgah cuci kereta guna mesin. Saje bagi seronok kat anak2. Hehe... macam ni pun boleh membahagiakan mereka.
Dekat je pun.. dalam 12km jer.. saje gatal guna waze.
Sampai2...makaihhhh... serentak dengan 2 bas tourist dari Korea.
Beratur panjang, kami in between mereka.
Beratur dalam setengah jam, guide mereka bawak kami ke depan, sebab mereka nak in one group.
Alahaiii... terharunya.. baik betul diorang. Kitorang lagi seronok.
Nak naik bot tu tambang dia RM50 satu sampan untuk 4 orang.
Since Wafi kecik lagi boleh lah berlima.
Sebab dah malam dan bulan terang, kelip2 tu nampak tak striking sangat la..
Rupanya kat pokok bemban jer.. kami ingat diorang letak kat satu pulau hehehe..
Duduk dalam sampan je dan pendayung tu akan bawa mendekati pokok bemban.
Alhamdulillah cuaca elok malam tu.
Cuma sapa yang nak datang tu better datang awal lah... lepas maghrib tu sedang elok dan elakkan waktu bulan penuh.
Yang setoet tu kelip2 lah... dalam terang gitu ler.. kalau gelap nampak lah cahaya dia.
Dalam 15-20 minit jer pun.
Ada kedai souvenir.. yg berkaitan kelip2 ada satu design je untuk fridge magnet dan keychain (latex).
Key chain tu mahal lah.. RM10, 3 biji.
Belilah untuk rumah dan rumah nenek juga key chain untuk kawan2.
Otw balik tu Wafi dah tidur.. kejut kan lah juga sebab nak dinner.
Ada chicken chop RM5 dan sedap. Memang berbaloi. Lupa plak kedai dia.
Ada gak menu goreng2 yang lain.
Esok paginya kami checkout jam 11.00 am. Singgah sekejap ke Pasir Penambang.
Beli sotong dan udang. Segar.
Memang dah bawak polybox dari rumah. Tu cik Cha punya.
Lepas tu kami ke Sungai Besar, cari kain pasang.
Ayah yang over happy sebab dapat jubah yang murah dan cantik.
Family lain ke Pantai Remis petang tu.
Kami pun menyusul dari Sg Besar tu. Cuaca plak mendung jer. ohh.. sebelum tu hujan lebat gak.
Baby sitter.
Semua ceria.
Family Cik Ujang, ummi, cik Nora dan atuk jer takde.
"STOP, don't follow me!"
Ni bilik suite di Zande Motel.
Satu malam RM90. Bilik simple tapi bersih. Bilik air pun bersih walau dinding tu belum habis pasang jubin.
Cuma bila masuk dari main entrance tu ada bau yang kurang enak.
Ambik gambar Zande Motel dari tram jer.
Ok... berakhir sudah entry 2 hari 1 malam nyer jalan2.
Ahad duduk rumah sebab Isnin ibu kerja di Hari Wesak
Company replace dengan cuti raya.
No comments:
Post a Comment