Safely arrived di Hotel Pintar, Batu Pahat. Senang je nak cari hotel ni, selepas jer UTHM. Itu pun kami guna waze juga hehehe...
Sepanjang perjalanan dari Taman Mini memang masing2 tidur kecuali driver la.
Hotel ni pun ayah yang book hasil dari pencarian di google dan juga review internet.
Baru dibuka Disember 2014.
Standard room RM150 tapi ada promotion RM110.
Kat lobby, simple deco, bersih dan staff pun sangat friendly.
Boleh guna internet juga di lobi ni. Wifi juga ada.
201 tu bilik kami.
Katil king.. tepi2 pun luas. Tak perlu wardrobe sebab dah tersedia rak gantung.
Depan katil tu ada ruang yang besar untuk ayah tidur di bawah. Kami tak ambil extra mattress sebab ada bawak comforter.
Si kecik dan si kakak dah tak sabar nak baring2.
Highlight kat toilet.. Bersih dan kemas. Toiletries tu dia bungkus as a gift (ada sabun, syampu, sikat, berus gigi, ubat gigi, cap dan tak ingat laa hihi). Sayang nak guna. Memang tak guna pun sebab disediakan juga body shampoo dan shampoo juga dalam bilik mandian.
Memang pintar la telefon tu letak di atas sebab kanak2 memang tak dapat capai. Bila kita tengok tv dan tiada aktiviti dalam certain masa, tv tu akan off sendiri.
Juga lampu di luar bilik pun akan terpasang bila kita keluar dari bilik.
Air panas dan sejuk disediakan di pintu masuk level.
Haaa.. jangan tak caya.. ada 2 milo paket dan nescage as complimentary. Setakat ni ibu belum jumpa hotel sediakan paket milo.
Hotel ni memang ibu rekomen.
Bagi 5 bintang!
Petang tu jam 6.30 kita keluar untuk cari dinner. Gugel2 mi racun yang terkenal kat Batu Pahat. Ada di Taman Soga kalau tak silap. Senang cari juga dengan bantuan waze.
Kakak makan chicken chop. Si adik nak makan nasi goreng.
Kalau 2, lain lah harganya.
Rasa macam mi hailam yang manis. Nampa sikit tapi ibu pun terpaksa hulur kat ayah sebab kenyang makan cuit sana sini.
Sebelum balik tu kita singgah di pasar malam. Sesaja nak merasa pasar malam di tempat orang.
Dapat juga beli beg untuk Kawi dan Wafi.
Juga buah tembikai sebagai buah tangan ke rumah rakan ibu keesokan harinya.
TERBAIKKKKKKKK .....
ReplyDeletekena cekidaut hotel lain yg macam ni utk next jln2 budget hehehe...
Delete